Wednesday, March 2, 2011

Sekeping Hati



Aku punya sekeping hati
Kerana setiap manusia ada sekeping hati
Yang bukan hanya menyimpan glikogen
Atau mensintesis protein plasma
Malah hatiku ini menghasilkan hempedu
Yang berfungsi untuk sistem penghadaman



Sungguh banyak fungsi hatiku ini
Menerima darah dari arteri hati
Menerima darah dari vena portal hepar
Hatiku ini juga kebal
Punya sistem imunologis yang menapis antigen
Mengawal atur metabolisme karbohidrat
Menguraikan molekul hemoglobin




Namun hati manusiaku ini ada kekurangan
kerana tak dapat menahan banyak kesakitan
Hati kami sering berasa sakit hati, iri hati, mengambil hati
patah hati, busuk hati, makan hati, murah hati, bengkak hati
kecil hati, besar hati, ada hati, lembut hati
Yang menyakitkan banyak hati
Yang mengecewakan banyak hati
Yang menyinggung perasaan banyak hati


Memanglah rambut itu sama hitam
Namun hati kita berlainan penyakitnya
Bukankah sepatutnya
"Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah?"




Wahai si pemunya hati
Janganlah berbusuk hati
Kerana aku akan patah hati
Janganlah kamu iri hati
Kerana aku akan makan hati
Janganlah kamu sakit hati
Kerana aku akan berkecil hati


Rezeki Tuhan sama-sama dikongsi
Segala-galanya bukanlah hakiki
Jangan bongkak, jangan ada penyakit hati
Kerana bila Allah Menghendaki, maka "Jadilah"
Dan juga kerana: Semua manusia punya sekeping hati....

2 comments:

Nora Azi said...

fulamak! canggihnye... baru2 baca kot ingatkan budak med (perubatan) dok menghafal buku teks pasal hati... rupa2nya puan wizana meluahkan perasaan. mmg bagus! bes2! keep it coming! tapi sapa yg buat sakit hati tu? kalau dekat boleh gak k azi datang tolong. tolong tarik telinga dia ker, cubit ker... hahaha... hang in there my dear. what goes around, comes around! love ya!

weezana said...

tq.. biasa2 je ni.. mmg meluahkan perasaan... saya pun rasa nak tarik telinga dia.. :)