Assalamualaikum...
Minggu lepas saya buat dua biji Cottonsoft Japanese Cheesecake. Satu untuk hari jadi bff, satu lagi untuk Encik dan Cik dalam rumah ni. Yelah, kalau buat sebiji je, nanti Encik dan Cik dalam rumah ni, terliur pula.
Untuk resepi kek yang lembut dan cheezy ini boleh klik sini. Saya gunakan topping yang sama iaitu cream cheese dan almond. Tapi kali ni saya piping cantik-cantik (cantiklah sikit daripada kalau main sapu je). Untuk kek hari jadi, saya tambah pula hiasan berbentuk hati merah untuk menaikkan kemeriahan kek. Hasilnya, memang awesome.
Pipe kan cream cheese.
Tabur almond.
Kek hari jadi tambah hiasan hati.
Sekian.
Saturday, April 23, 2016
Sunday, April 10, 2016
Strawberry Milk Ice-Cream.. with Fruity Gels
Assalamualaikum...
Musim-musim panas ni, ramai betul yang buat aiskrim. Sana-sini kengkawan berkongsi resepi. Aiskrim sumilah, aiskrim choki-chokilah.. Jadi, hari ni saya pun nak kongsi resepi aiskrim Malaysia. Paling senang nak buat, sedap dimakan dan menambah kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat hehehe...
Bahan-bahannya cumalah:
Plastik aiskrim
Susu segar perisa strawberry
Fruity Gels (lebih kurang sumi) - fruity gels ni kena potong 2 sebab tak muat masuk plastik.
Itu sahaja.
Cara-Cara
Setiap satu batang aiskrim, guna 2-3 fruity gels. Jadi mula-mula tu masukkan fruity gels dahulu. Selepas tu masukkan susu ke dalam plastik. Lepas tu simpul hujung plastik (simpul mati). Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan sampai betul-betul beku.
sebelum |
selepas |
Sedia untuk dimakan.
Sedap dan sihat.
Sekian.
Saturday, April 2, 2016
Novel Balang Cinta.. (sebuah perjalanan yang panjang...)
Assalamualaikum...
"There is a door we all want to walk through, and writing can help you find it and open it." - Anne Lamott.
Hari ni nak bercerita sedikit tentang Balang Cinta. Sebenarnya, ramai betul yang bertanya sejak bila saya mula menulis manuskrip ini. Lazimnya saya berikan jawapan begini:
"Sebuah perjalanan yang panjang..."
Itu adalah jawapan yang sangat jujur. Namun, apa yang ramai yang tidak tahu, `Balang Cinta' bukanlah manuskrip pertama saya. Balang Cinta ialah manuskrip kedua. Namun, menjadi manuskrip pertama yang dipilih oleh penerbit untuk dicetak. Maka, Balang Cinta menjadi novel pertama saya.
Manuskrip pertama saya bertajuk "Maple Jingga, I Miss You" (saya pernah tukar kepada "Maple Jingga, Aku Rindu". Mungkin tajuknya nanti akan berubah apabila diterbitkan. Mungkin menjadi "Maple Jingga" sahaja. Saya pun tidak tahu. Terpulanglah kepada penerbit nanti. Tentunya juga penerbit yang sama, Jemari Seni.
Cover imaginasi |
Kepada yang sudah membaca Balang Cinta, cuba anda buka muka surat 284. Semasa Firas membelek surat khabar untuk memilih filem, salah satu filem ialah "Maple Jingga.. I Miss You." Filem itu juga yang ditonton oleh Firas dan Khyra pada malam tersebut:)
Bab 50 pula, cerita tentang buku resepi romantik bertajuk "The Lovely Cakes & Cupcakes" tulisan Hasya Aleesya. Tajuk buku tersebut merupakan nama kafe milik watak utama dalam manuskrip Maple Jingga. Tentunya watak utama tersebut bernama Hasya Aleesya.
Justeru, persoalannya, bila sebenarnya saya memulakan projek menulis manuskrip pertama ini?
Ada yang menduga saya memulakan projek ini semasa cuti belajar di United States. Namun, jawapan tersebut adalah salah. Saya mulakan selepas itu. Selepas pulang ke tanah air.
Cita-cita ingin memiliki novel sendiri, terlalu dalam dan sudah terlalu lama dalam diri. Namun kesibukan menjadi penghalang. Saya tidak ada motivasi diri untuk menulis atas kesibukan yang tiada penghujungnya.
Profesor Tom Frenz yang mengajar subjek `Autoethnography' banyak membuka mata saya untuk mengumpul kekuatan dalam mencapai impian yang satu ini. Apabila beliau mengajar buku tulisan `Anne Lamott' bertajuk `Bird by Bird', saya terjaga daripada lena yang cukup panjang.
Apa yang saya lupa selama ini adalah `disiplin'. Untuk mencapai sesuatu impian memang bukan sesuatu yang mudah. Namun, bukan pula sesuatu yang mustahil. Dengan syarat saya harus disiplin. Kerana disiplin inilah saya berjaya menghasilkan manuskrip pertama.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)