Assalamualaikum...
Hari tu saya ada makan di Restoran Cina Muslim. Saya cuba menu `Siakap Stim Hong Kong Style'. First time rasa dan memang kena dengan selera. Jadi, mulalah terfikir nak buat sendiri.
Maka, saya pun menggooglelah resepi. Hasil berenang ke sana kemari, akhirnya saya mix dan match beberapa resepi. Hasilnya amatlah memuaskan hati. Sedap!
Bahan-Bahan
Seekor ikan siakap (saiz besar)
4sb kicap cair (memang kat botol tu kicap cair ya, ada jual di pasaraya)
1sk kicap pekat (saya pakai kicap ABC)
1/3 kiub pati ayam
1sk gula
2 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
sedikit daun ketumbar (hiris)
1 tangkap daun bawang (hiris)
1/4sk minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah dan garam (untuk melumur ikan)
1/4 cawan air
Cara-cara
Lumurkan ikan dengan lada sulah dan garam. Letak bawang putih, halia, daun ketumbar dan daun bawang atas ikan (sila hiris dengan halus dan kemas.. jangan tiru saya hehehe).
Letak semua bahan-bahan lain.
Panaskan api dan silalah kukus ikan sehingga masak. Tak lama pun mengukus ikan ni dalam 10-15 minit (bergantung kepada saiz ikan).
Dah masak. Tak muat pinggan. Ikan besar sangat hehehe |
Masakan ala Cina tak boleh makan kalau sejuk. Tak sedap. Jadi, kena makan masa panas-panas. Memang syok...
Selamat mencuba.
Sekian.