Wednesday, December 30, 2015

Masak Simple je.. Kacang Buncis, Udang & Telur

Assalamualaikum.. 



Hari ni saya nak share resepi sangat simple tapi sedap. Sesuai untuk orang malas dan tak berapa ada masa (macam saya). Disarankan, gunalah udang saiz besar untuk rasa yang lebih wow.

Bahan-bahan

5-6 ekor udang saiz besar
2 biji telur ayam (kacau dalam mangkuk)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
15 - 20 batang kacang buncis (potong pendek dan serong)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa


Cara-cara 

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris sehingga berbau wangi. 



Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.



Masukkan kacang, kacau lagi. Goreng kacang tu ikut kadar yang disukai. Kalau suka makan lembik, goreng le lama sikit. 



Masukkan telur, kacau. Masukkan garam dan serbuk perisa. 



Senang kan?

Sekian. 

Friday, December 11, 2015

Balang Cinta (31 Nota Romantik + 31 Hari)

Assalamualaikum...




Novel ini manuskrip pertama saya yang diterbitkan. Terima kasih kepada Jemari Seni atas kesudian menerbitkan karya ini.

Kepada yang suka cerita bergenre romantic sweet, saya syorkan bacalah `Balang Cinta' ni. Kisahnya tentang Khyra yang impikan suami romantik. Malangnya, dia dipertemukan dengan Firas, engineer yang sangat kayu. FYI, engineer memang payah nak cari yang romantik. 

Hampir pula, Khyra tak nak kahwin dengan Firas. Tapi disebabkan tak nak merumitkan keluarga, Khyra teruskan juga. Almaklum, segala-galanya diatur oleh abang ipar dan kakak sepupu Khyra (Shamsul dan Ernieza).

Menyedari Firas memang langsung tak romantik, Shamsul dan Ernieza menghadiahkan `Balang Cinta' sebagai hadiah kahwin buat Firas dan Khyra. Dalam balang tu ada 31 Nota Romantik. Nota tu bukan nota saja-saja. Tapi, Firas dan Khyra kena selesaikan semua tugasan nota tu dalam masa 31 hari.

Tugasan tu kena buat berselang-seli. Kalau hari ni Firas, esok Khyra pula. Jadi, sepanjang 31 hari tu, macam-macam adegan romantic sweet yang berlaku. Yelah, Firas dah ler sengal. Khyra pulak expectation tinggi. 



Novel ni sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak lembutkan jiwa. Harus disimpan di rak buku setiap isi rumah terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kalau gaduh tu memang sesuai pilih salah satu tip untuk pujuk pasangan masing-masing.

Kepada yang jiwa tak romantik tu, dua perkara mungkin akan berlaku pada anda setelah menghabiskan bacaan novel ini:

1. Tetiba je rasa macam romantik.
2. Hairan kenapa mesti jadi romantik

Kepada yang nak bertanya apa-apa, boleh hubungi saya di : weezemilia@gmail.com

Happy reading!


Sekian.