Sunday, July 13, 2014

Biskut Nutty Oat Chocolate Chip



Biskut Chocolate Chip memang di antara biskut-biskut yang mudah untuk dibuat. Maka, untuk juadah raya, wajarlah biskut ini disenaraikan sebagai biskut yang harus ada. Namun begitu, oleh kerana biskut ini serangup dan hampir sesedap biskut famous amos, dikhuatiri ia tidak dapat dihidangkan semasa raya. 

Saya sendiri pun tak pasti sama ada biskut ni akan bertahan sampai raya atau pun tidak. Ini memandangkan biskut ini digemari oleh budak-budak di rumah ni dan menjadi kudapan selepas berbuka puasa. Untuk Khayra yang tidak puasa, biskut ini dimakan sebagai snek dan dianggap seperti biskut Chipsmore yang dibeli di pasaraya.

FYI, terpulanglah kepada anda untuk menentukan saiz yang sesuai bagi biskut ini. Diingatkan adunan yang anda sudukan ke dalam loyang akan meleper dan membesar hampir 3 kali ganda. maksudnya, sudulah kecil-kecil sahaja kalau mahu saiz yang kecil. Tapi kalau nak saiz sebesar Chipsmore, boleh sudukan saiz 1sk sudu adunan. Saiz tak penting, yang penting rasanya. 



Mengenai kacang, gunalah apa-apa kacang yang anda suka. Saya suka hampir semua kacang. Untuk kali ini, saya guna almond nibs dan juga hirisan kacang tanah. Gabungan ini menghasilkan biskut choc kacang yang lazat. 

Bahan-bahan

1 1/2 cwn tepung gandum
 2 1/2 cwn oat
1 cawan butter
1/2 cwn tepung jagung
1sk baking soda
1sk soda bikarbonat
2 biji telur
1sk esen vanila
1 cwn brown sugar/gula perang
1 cwn gula kastor (kurangkan sedikit kalau nak kurangkan manis)
250 gm choc chips
1sb serbuk koko
1/2 cwn badam cincang
1 cwn hirisan kacang tanah 

Hiasan:

Coklat masakan yang dicairkan.

Cara-cara

Putar butter, gula kastor dan gula perang hingga gebu dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi. Masukkan esen vanilla. 



Masukkan tepung, oat,  serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Putar sebati.



Masukkan choc chips. Gaul sebati dengan spatula atau senduk. Masukkan kekacang dan gaul lagi. 


adunan dah siap


Sudukan adunan mengikut saiz yang anda suka atas loyang yang dah disapu mentega. Jangan sudu besar-besar sebab adunan akan membesar 3 kali ganda. 

sudukan kecil daripada ni pun ok.
Kalau saiz ni dapat agak besar juga:)


Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 14- 15 minit. 



Untuk hiasan, saya paipkan coklat masakan sedikit di atas biskut. 



Biarkan biskut sejuk di atas redai dan coklat masakan mengeras sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. 



Sekian.

2 comments:

Rizziela said...

sedapnya... mcm senang ajer nak buat :D

weezana said...

Insya-Allah senang je buatnya Rizziela..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...