Tinggal 2 hari je lagi kita menunaikan ibadah puasa. Tahun ini saya kurang berkongsi resepi-resepi masakan dan juga biskut raya. Bukan kerana apa, kerana saya kurang ada masa untuk mencuba resepi-resepi baru. Tambahan pula, tragedi MH 17 sedikit sebanyak menyebabkan mood lebih kepada bersedih. justeru, terasa tidak wajar untuk berkongsi terlalu banyak kegembiraan. Biarlah sambutan hari kemenangan tahun ini berlangsung dengan kesederhanaan sahaja.
Resepi biskut raya yang saya ingin kongsikan hari ini juga sangat mudah. Saya tak larat nak buat biskut yang rumit-rumit. Meskipun mudah, tapi biskut ni sedap. Biskut kekacang memang selalunya sedap. Kali ini saya gunakan choc perisa orange sebagai perisa utama. Justeru, apabila kacang ini digigit, terasa keorenan choc ni. Chocolate biasa yang didrizzle di bahagian atas pula, menambahkan rasa kesedapan cookies raya ini. Cubalah sebab resepi ni teramat mudah. Kalau suka choc orange yang lebih, boleh tambah 50 - 100 gm lagi. Ikut suka anda.
Bahan-bahan
500gm Almond Strip
260gm Coklat Orange
50gm Coklat Masakan (koko)
Papercup secukupnya
Cara-cara
Bakar almond pada suhu 160 darjah selama 15 minit. Keluarkan.
Cairkan coklat oren menggunakan api perlahan atau kaedah double boil.
Setelah coklat cair, ketepikan kuali. Masukkan almond yang dibakar tadi. Gaul sekata.
Sudukan ke dalam papercup saiz kecil.
Cairkan coklat koko. Drizzle atas almond tadi.
Masukkan 5-10 minit dalam peti sejuk. Kejap je bekunya. Selepas tu boleh simpan biskut ni dalam bekas kedap udara sekalipun pada suhu bilik. Tak perlu simpan dalam peti sejuk.
Sekian.