Kadang-kadang apabila berjaya masak resepi baru, saya pun jadi macam tak percaya. Sebabnya, kadang-kadang tu memang tak percaya boleh jadi. Terutamanya kalau rasa masakan yang dibuat tu menjadi sedap sangat. Dan, barulah rasa berbaloi mencuba sesuatu. Seterusnya teruja untuk terus mencuba dan mencuba.
Hari ni saya cuba masak Ketam Goreng Telur Masin. Nak cuba buat sendiri. Selalunya makan kat Adam lai je hehehe. Dan hasilnya, tadaa!
Nak menyediakannya tak la sesusah mana, cuma kena rajin la sikit. Almaklum, telur nak kena rebus dulu dan ketam perlu digoreng dulu. Bukannya main campak je semua ramuan dalam kuali. Tapi kelazatannya, hingga menjilat jari. Must try resepi dan apabila makan ketam ni terasa seperti berada di restoran hehehe...
Terima kasih kepada Qaseh Honey atas perkongsian resepi berserta foto ketam yang cantik di blog beliau.
Bahan-bahan
3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
10 biji cili padi (saya potong 2 untuk rasa pedas sedikit)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2sb mentega
5 biji telur masin ( buang 3 putih telurnya)
1sk gula
3sb susu cair
2 ulas bawang putih (diketuk)
3sb tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam
Cara-cara
Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).
Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.
Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.
Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.
Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.
Makan dengan nasi putih. ratah begitu sahaja pun awesome sangat!
Happy!
Sekian.
17 comments:
pergghh sedapnya. terliur seyh. nice sharing. boleh try la nanti. hehe
sedapppnya....
try tau, memang sedap :)
Rasanya ini resepi utk jamu adik ipar esok... thankss
Atunz, sama2.
sedapnya terliur rasa nak masak stok ketam yang beli kat pasar borong resepi ni.. baru 1st time tahu ada resepi taruh telur asin.
Dahlia, saya pun cari resepi sebab terpikat dengan rasa Ketam Telur Asin yang dimakan di restoran Chinese Muslim.
Da try resepi ni,buat smlm utk mkn mlm...tgk resepi je dh terliur,dannnn..perrrghh,memag sedap.
tq ats pkongsian ni...
(Mohon share n try resepi ni)
Sory br mintk lps wat,hihi
nor hafiza, terima kasih sebab sudi cuba dan sudi mengunjugi blog saya:)
Hari ni baru nak masak.. Dah pesan kat hubby beli telo masin balik skolah ni... Mkn utk berbuka nti...
happygirl, rajinnya dia.. :)
menu tuk berbuka ari nie, hope menjadi la, coz lama dh nk msk sdri, sampai paksa hubby g beli ketam...
My Sarah, harap2 jadi.. tapi, ketam masak apa pun memang sedap.
sedap ye..memang kene ke pasar la ni cari ketam
https://www.diyanarazim.blogspot.com
sedap.. cari ketam jgn x cari :)
Trime kasih share resepi...dah buat td..mmg sedapp...
Sama2 FiveRose..
Post a Comment