Saturday, December 15, 2018

Romantika 4 Hari 3 Malam

Assalam...



Alhamdulillah... Saya ada buku baru.

Novel cinta bertajuk, `Romantika 4 Hari 3 Malam'. 

Saya mohon maaf kepada semua pembaca blog ini sebab saya dah tak aktif post resepi-resepi baru. Blog ini sebenarnya buku resepi saya. Jadi, sama-samalah kita kongsi resepi yang ada. 

Kepada yang membaca buku, sudi-sudilah dapatkan novel saya ini. Ceritanya ada manis dan ada dukanya. 

Terima kasih buat semua. 

Sunday, March 25, 2018

Bubur Durian dengan Kacang Hijau

Assalam,

Dah lama betul tak ada entry baru. Hari ni saya rajinkan diri juga. Rupa-rupanya apabila saya tidak memblogging, saya tak update resepi. Akibatnya, ada resepi yang saya lupa. Jadi, kalau nak ulang resepi, tetiba saya blur.

Maka, hari ni saya nak kongsi resepi `Bubur Durian dengan Kacang Hijau'. Mesti ramai peminat bubur yang manis berlemak ni.




Bahan-Bahan

10 ulas durian
1 cawan kacang hijau
1/4 cawan sagu (tak letakpun takpe)
400gm gula melaka
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan sedikit kalau tak suka manis sangat)
2 cawan air
2 cawan santan
2 helai daun pandan
1/2sk garam


Cara-Cara

Rebus kacang hijau dengan 3 cawan air. Setelah hampir empuk, masukkan sagu. Rebus sehingga kacang hijau dan sagu lembut dimakan. Toskan, buang airnya.



Dalam periuk berlainan, rebus 2 cawan air, gula melaka, gula pasir dan dauh pandan. Kacau sehingga gula larut. 




Masukkan kacang dan sagu tadi. Kacau sebati.



Masukkan durian. Kacau lagi.



Masukkan santan, kacau kerap sehingga mendidih. Masukkan garam. Dah agak pekat, bubur pun dah siap.



Boleh makan begitu sahaja atau cicah dengan roti.



Sekian.