Saturday, December 3, 2016

Nutella Cheese Pie yummy...

Assalamualaikum...

Hari tu saya ada terbeli Nutella Cheese Pie.. Kecik je saiz dia. Harganya boleh tahan. Lepas tu, bila tiba-tiba rasa nak makan Nutella Cheese Pie ni, rasa tak sanggup pulak nak beli. Hmmm.. Nak buat sendiri pulaklah. Jadi, boleh suka hati nak buat saiz besar mana dan letak nutella sesedap rasa kan....

Untuk shell pie, saya guna resepi yang sama macam saya buat tart kecik-kecik. Untuk details, boleh ke link ni



Jom kita buat Nutella Cheese Pie.


Bahan-bahan (untuk pastry pie) 

170gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Penyediaan

Putar mentega dan gula. Tapi tak perlu putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sehingga semua bahan sebati. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk semalaman.



Selepas disimpan semalaman, keluarkan doh. Tekan-tekan doh di loyang pie. Saya guna loyang bersaiz 28cm diameternya. 



Lepas tu saya cucuk-cucuk sedikit doh dengan garfu. Kemudian, saya bakar doh pada suhu 165C selama 20 minit atau sehingga masak.

Semasa doh dibakar, saya siapkan filling.

Bahan-bahan

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara Penyediaan
Putar cream cheese dengan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen. Putar lagi sehingga sebati. Dan adunan cream dah siap. Ketepikan.



Ambil shell pie tadi dan pipingkan filling di atas shell. 



Lepas tu bakar lagi pie, selama 5 minit. Keluarkan pie, paipkan dua sudu besar nutella. Paip halus-halus.



Lepas tu, simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Tunggu sampai filling tu kental.




Selamat mencuba! 

Sekian.