Thursday, June 9, 2011

Nak `title' Dr?

Nampaknya kesibukan saya menyebabkan saya dah jadi blogger yg amatlah kurang produktif. Inipun, menulis semasa waktu rehat (1.13pm harap maklum).
 
Hari ini saya nak bercerita tentang title "Dr.". Pada pendapat sayalah, seronok juga kalau ada title. Yelah asyik title yg biasa2 mcm tuan, puan, cik, best juga kalau dapat title "Dr.".

Menurut pengetahuan saya yg cetek ini, "title" Dr. boleh digunakan oleh seseorang sekiranya dia adalah "Medical Dr" atau mempunyai kelulusan "PhD" (Doctor of Philosophy). Justeru, saya kenalah menyambung pelajaran saya dan mendapat PhD untuk bergelar "Dr." Manakala title2 lain yg lebih menampakkan ke`cendekiawanan' seseorang seperti Prof. Madya (Assoc. Prof) dan Proffesor bolehlah diguna pakai sekiranya anda bertugas sebagai ahli akademik di universiti2 terkemuka dan kemudiannya diberi pengiktirafan tersebut. Jadi, bukanlah sesedap rasa je nak bergelar "Prof".

Maka, pada bulan lepas saya pergi ke majlis ilmu iaitu "Executive Talk" di sebuah Institusi Latihan yang amat terkemuka (nama dirahsiakan hehehe). Kebetulan pula, saya pergi bersama kawan baik saya Encik Zamani. Saya tertarik dengan tajuk Executive Talk tersebut iaitu "U R Special". Saya mengandaikan dialog ini akan padat dengan motivasi diri sebagai seorang penjawat awam.
 
Sebaik sahaja sampai, kami diberikan atur cara dan beberapa helaian iklan. Hati saya berdetik, "Kenapa pula ada iklan? Sejak bila pula executive talk di institusi ini perlu ada penganjur?"
 
Dan, saya membelek-belek pula helaian biodata penceramah. Seperti pernah saya lihat penceramah ini, tapi dimana ye? Namun, persoalan saya terjawab apabila saya membaca helaian mengenai penceramah bagi sesi dialog tersebut. Nama beliau bermula dengan:

PROF. DR. dot dot dot... dan PhD nya diperoleh daripada Camden University USA.

Sebelum saya komen, saya nak mohon banyak2.. Sbb ulasan saya ini adalah daripada apa yg saya tahu sahaja. Jadi kalau pandangan saya berlainan, itu adalah `perkara yg saya tidak tahu'.

Pertamanya, sebagai pemegang Sarjana dari salah sebuah universiti di US ( saya mendapati bahawa semua universiti berdaftar dan diiktiraf oleh US Gov mempunyai laman web yang berakhir dengan .edu. Contohnya http://www.harvard.edu/ dan http://www.princeton.edu/. Maka sebarang e-mail2 profesornya dan pelajar juga mempunyai "edu" di penghujungnya.

Yang anehnya, Prof Dr. tadi tu kan, claim PhD nya dari Camden University. Anda boleh layari websitenya yang mengguna http://www.camden-edu.com/. Maka, apa yg boleh saya simpulkan? Hmmmmm.... Itu belum lagi nak cerita tentang gelaran "PROF" yang dia guna! What the H__L!

Saya sangat kesal... Banyak perkara yang saya kesal....
 
1. Kenapa Institut yang berprestij tersebut menjemput penceramah sebegini?

2. Kenapa TV dan surat khabar perlu jemput orang yang sebegini? Nanti orang akan cakap, "Eh, dia ni pernah masuk TV tau, Eh, produk dia ni masuk Harian Metro tau"

3. Kenapa Jabatan-jabatan Kerajaan jemput dia ni sebagai pakar motivasi untuk kursus-kursus motivasi.

4. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?

Setelah dia beri executive talk yang tak berupa executive talk tu, dia sempat promote produk dia selama 30 minit. Saya SUNGGUH bengang. Rupa-rupanya, kawan saya Zamani tu pun bengang. Sebabnya, kami datang untuk meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri, bukannya nak dengar orang jual barang.

Saya pulang dengan kekecewaan dan menggoogle laman web aididleaks tentang Dr Mickey Mouse and he's the one of the Meeska Mooska Mickey Mouse.... Sila rujuk blog Saudara Aidid Mu'addib untuk cerita lanjut mengenai penceramah ini.