Sunday, May 15, 2016

Buat Ice-Cream mudah.. (nak makan dengan brownies kedut hehehe)

Assalamualaikum..



Melengkapkan resepi hari ni, mari kita kongsi resepi buat aiskrim yang simple dan ringkas. Yelah kan, brownies kedut dah siap, jadi kenalah buat aiskrim untuk pelengkap selera. Barulah ummmpphhh...

Resepi aiskrim ni saya ambil dari Blog Cik Epal. Menurut Cik Epal, guna jelah resepi ni sebagai asas membuat aiskrim. Lepas tu, letaklah apa-apa perisa untuk jadikan aiskrim anda mempunyai perisa berlainan. Kalau tak tambah apa-apa, jadilah aiskrim vanilla. 

Oleh yang demikian, saya buat dua perisa aiskrim sahaja, vanilla dan milo. Semestinya vanilla untuk saya dan milo untuk bebudak. 



Jom tengok resepi yang simple ni!


Bahan-Bahan

1 tin susu cair
1/4 susu pekat manis
1 biji telur
1sk esen vanilla
1sb ovalett

Eh, 5 bahan je rupa-rupanya.


Cara-cara

5 bahan kat atas tu, masuk dalam mangkuk adunan. 



Lepas tu, putar guna mixer. Putar sampai berkrim (pekat dan likat) ya. Cik Epal kata, dalam 15 - 20 minit.



Lepas tu, asing-asingkan adunan kalau nak buat beberapa perisa. Saya asingkan dua bekas. Salah satu bekas tu, saya tambah 2sb milo dan kacau sebati. 




Tutup bekas dan sejuk bekukan dalam freezer. Biar sampai sejuk beku, lepas tu barulah boleh dimakan dengan senang hati.

Dah beku


Cun tak?




Sekian. 


Chocolate Brownies Kedut (terasa sungguh coklatnya!)

Assalamualaikum..



Dah banyak kali juga sebenarnya saya buat brownies coklat. Katanya brownies yang paling popular ialah brownies kedut. Kedut-kedut pada permukaan brownies tulah yang menjadikan brownies tersebut tempting untuk dimakan. 



Jadi, saya pun googlelah resepi brownies kedut ni. Jumpa resepi mudah di Blog Azlita Masam Manis. Kebetulan pula semua bahan ada kat rumah, kecuali tepung naik sendiri. Tapi, itu bukan masalah. Guna jelah tepung gandum. Lepas tu, tambahlah sikit baking powder hehehe...

Bahan-Bahan

400 gm coklat masakan/coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter (saya pakai salted butter, tu je yang ada)
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1/4sk baking powder)
30 gm serbuk koko 


Cara-Cara

Cairkan coklat dan butter. Guna kaedah double boiler atau panaskan atas api kecil. 



Dalam mangkuk adunan, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau pakai spatula pun dah okey sangat. 



Masukkan coklat + butter yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.




Ayak tepung dan serbuk koko bersekali.



Masukkan tepung + serbuk koko tadi di dalam mangkuk adunan. Kacau sebati.




Panaskan oven 160 darjah selsius. Lapik loyang dengan baking paper. Atas baking paper sapu dengan mentega. Masukkan adunan ke dalam loyang. Azlita pakai loyang 10X10. Saya pakai loyang 9X9 (itu je yang ada). Jadi saya masak brownies ni lama sikit. Nak dekat sejam juga. Apa-apapun, masak jelah brownies anda sampai tengah-tengahnya boleh dicucuk dengan lidi (tak cair). 



Selepas brownies masak, matikan oven. Biarkan 15 minit brownies tersebut di dalam oven. Renggangkan sedikit pintu oven.



Selepas itu, akan terhasillah brownies yang berkedut-kedut. Sila potong dengan kemas. Brownies anda sangat terasa coklatnya. Sungguh sedap dimakan begitu sahaja.




Sekian.