Kalau anda terbeli lala, kepah atau kerang tapi tak tau nak masak apa, rebus jelah sesiput yang anda beli tu.
Untuk merebus sesiput ini sungguhlah mudah.
Bahan-bahan
800gm Lala
3 liter air
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang cili merah
1 inci halia
1 batang serai
Garam secukup rasa
Cara-cara
Bersihkan lala. Toskan. Ketepikan.
Hiris semua bahan dan titik serai.
Panaskan air dalam periuk dan tumis bahan-bahan hirisan dan serai.
Setelah mendidih, masukkan lala. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan (kacau sesekali) sehingga lala masak. Kalau kerang, tunggu sampai kulitnya terbuka, untuk lala saya agak-agak je. Sila letak serbuk perisa aka ajinomoto aka `cukup rasa Maggi' jika lala rebus anda kurang ummphh..
Sekian, masakan rebus, campak-campak. Khas untuk orang yang malas, takde masa atau yang terbeli sesiput.
2 comments:
Yei jadi
Yei jadi... Tq for resepi
Post a Comment