Saturday, February 11, 2012

Places for Jalan.. Cantiknya Putrajaya untuk Beriadah

Semalam semasa balik dari Town Hall Session with KSN, saya cakap pada Mr. Hubby, "Nanti kita datang sini lagi ye. Boleh bawak bebudak jalan-jalan." Rupa-rupanya perkataan `nanti' tu tak la lama nak menantinya. Hari ini, kami sekeluarga beriadah di sekitar Tasik Putrajaya.


Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah bandar Putrajaya. Tasik buatan manusia ini mempunyai keluasan 650 hektar diwujudkan bagi membentuk suatu landskap bandar dalam taman yang tenang dan damai. Tasik ini digunakan untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan ini.




Bukan hanya pelancong yang datang untuk menikmati keindahan persekitaran tasik ini. Malah, penduduk Putrajaya dan yang tinggal berdekatan dengan bandar ini turut mengambil peluang untuk beriadah bersama keluarga masing-masing.



Kami tiba di sekitar kawasan ini jam 6 petang. Waktu ini amatlah sesuai untuk beriadah kerana suhu yang tidak panas dan angin bertiup sungguh nyaman. Pemandangan tasik amat indah. FYI, di tasik ini ada perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya. 





Hasya sangat gembira kerana dapat menunggang basikalnya dalam kawasan yang agak luas.



Saya dan Mr. Hubby juga gembira ke sini. Selain daripada dapat merehat-rehatkan fikiran, kami juga dapat berjalan-jalan untuk mengeluarkan peluh. Almaklum, kami ni adalah antara rakyat Malaysia yang kurang bersenam.




Kalaulah hari-hari balik kerja awal, bolehlah saya dan Mr. hubby singgah ke tasik ni untuk berlari dan berlari. Dan alangkah indahnya, kalau saya berada di Kementerian yang bangunannya di seberang tasik ini....

No comments: