Saturday, February 4, 2012

Step by Step... Mee Bandung Simple

Hujung minggu datang lagi. Minggu ni cuti hujung minggu agak panjang iaitu 4 hari kerana bersambung dengan sambutan Maulidur Rasul dan Thaipusam. Walau bagaimanapun, bukan semua rakan-rakan dapat merasai cuti 4 hari ini kerana cuti Thaipusan hanya diberikan kepada beberapa negeri sahaja iaitu Johor, NS, Perak, Penang, Selangor dan KL. Kepada rakan-rakan yang berada di negeri lain, janganlah berasa iri hati ye, keistimewaan ini tentunya kerana jumlah kaum India yang ramai di negeri-negeri tersebut.



Seterusnya, mari kita masak-masak di rumah sempena cuti hujung minggu ini. Hari ni saya akan masak Mee Bandung. Semasa sedang menggoggle resepi, saya terjumpa resepi mee bandung yang agak mudah. Oleh kerana saya bukannya rajin sangat, maka saya ingin sekali mencuba resepi yang dikatakan simple ini.

Resepi saya ambil dari dapur Hana 6877 di MyResepi.


Bahan-bahan (untuk 4-5 orang makan)


1 peket mee kuning (500gm)
4-6 ekor udang basah - saya letak 100gm
50g udang kering (kisar)  - saya guna 100gm sbb saya tak letak keledek
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering
2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
4 biji telur - (ikut jumlah berapa orang makan)
sawi
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging (saya letak 200gm)
limau kasturi / limau nipis
tauhu goreng - hiris nipis

 

Cara-cara

Celur atau rebus mee kuning seketika. Toskan.


Rebus daging dengan 1.5 air. Simpan air untuk masak kuah nanti (Inilah air rebusan daging).



Kisar bawang besar,bawang putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.



Masukkan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kacang tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.




Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji-sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang). Akhir sekali masukkan sawi.




Tutup api. Curahkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi (saya tak hias). Siap utk dimakan. Bolehlah tahan, sedap juga mee bandung simple nih... :)




No comments: