Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Sunday, October 25, 2020

Cara buat Cucur Bulat-Bulat

 Assalamualaikum..




Selalunya saya buat cucur leper dan garing. Tapi, kalau nak buat cucur bulat-bulat macam bola/guli, kena guna air panas. Lepas tu kena rajin bulat-bulatkan. Resepi ni terpakai untuk segala cucur. Kalau nak manis, letak gula, kalau nak pedas, letaklah lada.


Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum

2 cawan air panas

sedikit bawang, cili yang dikisar

sedikit ikan bilis

garam secukup rasa


Cara-Cara

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili. 



Kemudian masukkan air panas. Kacau sebati guna sudu/senduk.




Apabila dah tak berapa panas, uli bulat-bulat adunan tu. Kalau melekat, tangan kena letak tepung. Susun elok-elok. 



Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.


Makan panas-panas.



Sekian. 

Sunday, May 31, 2020

Popia Nestum krup krap krup krap

Assalamualaikum..

Salam Syawal penuh barakah.

Tahun ni Aidilfitri memang rare. Raya yang tak boleh pergi mana-mana. Tak boleh balik kampung. Tak boleh rentas negeri. Hanya boleh raya dengan keluarga di negeri yang sama sahaja. 

Jadi, marilah kita beraya dengan keluarga yang sememangnya hidup dengan kita sehari-hari. Keluarga sebenar kita. 



Jadinya juga, pada tahun yang penuh rare ini, kami sekeluarga kecil ini, buat biskut dan kudapan raya sendiri. Salah satu kudapan yang amat memikat hati kami ialah popia nestum. 

Entry khas popia nestum ini dibuat memandangkan inilah kudapan raya pertama yang habis. Popia Nestum yang lazat dan berkrim ini hanya mampu bertahan setakat Raya yang ke-5 sahaja. Selepas itu, serbuk pun tidak nampak kelibatnya. 


Bahan-Bahan

1 bungkus kulit popia saiz besar (dalam 40 keping)
1 cawan Nestum
1/2 cawan horlicks (boleh ganti dengan susu tepung)
1/2 cawan gula
sedikit tepung gandum (bancuh dengan air) untuk  dijadikan gam popia

Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara    

Ambil sekeping kulit popia. Gulung kulit popia tu. Gulung agak-agak. Jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu padat. Nak cantik, pakailah lidi. Habis gulung, keluarkan lidi. 



Hujung gulungan tersebut, gam dengan bancuhan tepung. 



Setelah siap, gunting serong kecil-kecil. 



Dah siap gunting semua, barulah panaskan minyak dan goreng sehingga garing.




Toskan popia yang dah digoreng tu supaya takdelah berminyak-minyak sangat.



Nestum, horlicks dan gula tu, kisar sehingga halus. 



Selepas tu, gaul adunan nestum dengan popia sehingga sebati. 



Itu aje. Simpan dalam bekas kedap udara. Krup krap krup krap ketika dimakan.

Sekian. 

Sunday, May 10, 2020

Pau Kelapa Homemade..

Assalamualaikum..

Salam Ramadan. 

Sebelum ni tak pernah saya terfikir nak buat Pau Kelapa. Sebabnya, saya takla suka sangat pau kelapa. Pau paling saya suka pau kari. Tapi, Hubby suka pau kelapa. Hari tu, ada orang jual pau kelapa. Maka, Hubby pun beli. Pau kelapa tu intinya tak sedap. Dahla kelapanya warna hijau. Jadi, Hubby terpaksa habiskan dengan muka tak berapa selera. 

Jadi, saya buatkan jelah pau kelapa. 



FYI, kat rumah takde stok tepung pau. Dah lama tak buat pau. Jadi, saya guna tepung gandum. Jadi, pau saya ni tak putih melepak macam pau guna tepung pau. 

Walau bagaimanapun, rasa pau ni tetap lembut dan lazat. Intinya pun cukup-cukup manis dan lemak. Yelah, yang orang jual tu, kelapanya ntah-ntah dah diambil santan. Manalah tak kering dan macam makan hampas. 

Nota: Saya buat versi sukatan sikit. Dapat cuma lebih kurang 10 biji pau aje. 

Bahan-Bahan

250gm tepung gandum (kalau ada tepung pau, lagi bagus)
1/4 sk baking powder

*Ayak dua-dua bahan ni bersama


Bahan dilarut

1/4sk garam
60ml minyak masak
130ml air
1sk yis
3gm gula (sedikit je)
7gm susu pekat manis
1/2 biji telur


Bahan-Bahan Inti

4sb kelapa parut
2sb gula merah
sedikit air
Sehelai daun pandan
Kalau kurang manis, tambah gula pasir

Cara-Cara untuk Inti

Masuk semua bahan inti dalam periuk. Kacau sehingga semuanya sebati dan sedikit kering.




Cara-Cara

Tepung dan baking powder diayak dalam mangkuk besar. Bahan-bahan larut dicampur semua, kacau sehingga gula larut. Masukkan bahan larut ke dalam mangkuk tepung, sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan sehingga sebati dan tak lekat. Kalau lekat, jangan bimbang sangat, tapi janganlah pula terlalu lembik. Lembik melekit-lekit sedikit, ok.



Biarkan doh 5 minit.



Saya sediakan alas pau guna daun pisang. Boleh juga gunakan kertas minyak.  



Ambil sedikit doh. Leperkan. Kalau doh melekat, letak tepung atas tapak tangan. Letak inti, tutup dan bulat-bulatkan dengan kemas. 




Susun, jarak-jarakkan sebab pau akan naik lagi. 



Biarkan doh naik 2 kali ganda. Saya tak kukus terus, saya nak makan buka puasa. Jadi, saya simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. 



Nak makan, boleh kukus selama 10 minit. Air dah mendidih, baru masukkan pau. 



Pau sungguh lembut dan sedap. Alhamdulillah. 



Sekian. 

Saturday, July 16, 2016

Banana Fritters Rangup

Assalamualaikum...



Kalau anda ada membeli pisang, apa kata cuba buat `banana fritters' guna kulit popia. Anda akan dapat merasa banana fritters yang rangup dan manis. Malah kalau suka, boleh makan banana fritters ni dengan aiskrim. 



Resepi ni mudah dan lazat.

Bahan-Bahan

4 biji pisang cavendish (cth: montel, cabana, sun king)



8 keping kulit popia saiz besar 
Gula perang secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara-Cara

Pisang dibelah 2.



Letakkan pisang atas kulit popia. Letak 1/4sk gula perang (lebih kurang).




Lipat kulit popia macam lipat popia. 





Panaskan minyak. Kalau minyak banyak, lagi bagus. Saya ni mengamalkan penjimatan minyak, jadi tak letak banyak. 



Goreng banana fritters sehingga garing. 



Tos dan makan panas-panas. Kalau suka boleh letak aiskrim. Dan drizzles dengan coklat cair. 



Sekian.

Sunday, September 8, 2013

Cucur Jagung Rangup



Pagi tadi saya buat Cucur Jagung. Senang je buat cucur ni. Guna jagung manis dalam tin. Sedap bila kunyah jagung manis tu. Memang manis. 

Saya kalau buat cucur, suka buat yang adunannya cair sedikit. Kalau pekat, kuranglah rangupnya. Bila cair, boleh gorang garing-garing. Sebab cair, jadi tak bulatlah cucur ni. Bentuknya leper-leper je sebab sudukan adunan ke dalam minyak panas. Tapi memang rangup dan sedap. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 tin (200gm) jagung manis 
(guna semua isi dalam tin termasuk airnya)
1sk garam
1/2sk serbuk kunyit
1 1/3 cawan air (pandai-pandailah adjust)
1/2 batang cili merah (cincang)
seulas bawang merah kecil (cincang)


Cara-cara

Gaul tepung dengan jagung (airnya sekali) dalam mangkuk. Masukkan garam dan serbuk kunyit. 



Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata. Kalau suka rangup, biar cair sedikit tapi jangan cair sangat.




Masukkan cili dan bawang. Gaul lagi.




Panaskan minyak dalam kuali. Sudukan bancuhan dan goreng sehingga garing.



Angkat dan toskan. Hidang.



Sedap dicicah dengan sos cili.


banyak jagung



Sekian.