Cheese tart oh cheese tart... Dah lama saya jatuh cinta dengan dessert yang satu ni. Hmm dessert ke? Kadang-kadang saya anggap cheese tart ni dah macam snack. Sebabnya, saya suka mensnacking cheese tart.
Hobi mensnacking (maaflah ye atas pencemaran bahasa) cheese tart ni memang berbahaya. Mana taknya, kalori dan kadar gulanya bukannya sedikit. Tapi bila kita dah jatuh cinta, maka cinta itu buta. Lantaklah tentang sisinya yang buruk. Namun di hati saya, cheese tart tetap menawan dan menggiurkan!
Sejak balik dari US ni, saya memang menyimpan hajat nak cuba buat cheese tart. Malangnya, hajat tersebut terpaksa ditangguh beberapa kali. Cabaran yang paling besar adalah, masa mula2 tu saya belum ada oven. Bila dah ada oven lain pulak cabarannya, saya yang naif tentang dunia masakan ini, baru tahu yang saya perlukan acuan untuk membuat pastry shell nya.
Kebetulan pula, ada kawan ofis yang sudi menolong saya untuk beli acuan tersebut. Maka, projek inaugural untuk buat cheese tart ni bermulalah bulan Ramadhan lepas. Insan-insan bertuah yang dapat merasa cheese tart tersebut adalah my family kat Sungai Petani. FYI, resepi cheesetart ni saya adaptasi dari blog Azlita Masam Manis.
My brother lah insan yang paling suka dengan cheese tart yang saya buat. Saya berjaya buat my brother singgah kat rumah saya semasa perjalanan pulang my brother dari Sungai Petani ke Muar. Umpannya adalah sedozen cheese tart sebagai bingkisan untuk dia bawa pulang ke Muar.
Jadi, dah 3 kalilah saya membaking cheese tart. Kali ke-3 ni baru ada peluang nak ambil gambar. Sebelum ni, tahap freshman la katakan... Sekarang ni dah masuk Sophomore hehehe...
Tujuan buat cheese tart kali ini pun kerana My Brother. My Mom nak melawat cucunya (my nephew) yang terkini yang ke-8 iaitu anak my brotherlah.
Dengan penuh kasih sayang (ada taman aje dalam hati ni), saya mulakan Step by Step... Cheese tart.....
Bahan-bahan (untuk pastry shell) dapat 40 biji
170gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara Penyediaan
Pukul mentega dan gula. Tapi tak perlu pukul lama sangat. (Azlita pukul dengan spatula, saya pukul dengan mixer)
 |
| Saya guna mixer sbb tangan saya lenguh kalau guna spatula |
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. (Yang nipun Azlita pukul dengan senduk kayu, saya memang tak kuasa, jadi saya pukul je dengan mixer).
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
 |
| uli yang ni, pakai tangan ye. |
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk (Azlita cakap semalaman tapi saya simpan dalam 6 jam).
Selepas 6 jam, keluarkan adunan tadi. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
 |
| Ini rupa acuan tart |
 |
| Ini adunan yang saya dah tekan dalam acuan |
 |
| Ini yang saya dah cucuk dengan garfu |
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak.
Buat shell ni agak makan masa jadi kita boleh sediakan awal. Caranya, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan lama sikit la (paling lama saya pernah simpan seminggu je).
 |
| Shell dah masak |
 |
| Shell dalam tupperware |
Sekarang ni nak buat filling dia pulak.
Bahan-bahan
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Apa-apa filling yang suka. Saya sediakan blueberry, strawberry dan coklat.
Cara Penyediaan
Putar cream cheese dengan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen. Putar lagi sehingga sebati. Dan adunan cream dah siap. Ketepikan.
Ambil shell yang dah siap tadi (pastikan shell telah sejuk). Piping atau sudukan filling perisa (blueberry/strawberry/ chocolate atau apa2 berry yang patut).
 |
| saya guna sudu sebab saya malas |
Sebelum pipekan cream cheese, sila ketepikan sesudu makan adunan cream cheese tadi untuk tujuan lorekan/hiasan. Lepas tu baru masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam shell tadi sehingga penuh shell. Jangan melimpah dah ler.
Sekarang masa untuk menghias, saya bahagikan sedikit adunan tadi kepada 2 warna, merah dan hijau. Lepas tu lorek mengikut kreativiti.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. Biarkan 2-3 jam barulah filling cheese tu jadi mantap untuk dimakan.
 |
| yang ni saya suruh Mr. Hubby bawak opis |
 |
| Yang atas ada badam tu, filling dia chocolate |
Sebab dapat banyak, saya bahagikan 3: satu untuk makan kat rumah, satu untuk my brother dan satu lagi untuk Mr. Hubby bawa kat opis. Semoga semua yang dapat makan cheese tart ni akan berasa gembira. Itupun kalau dalam hati mereka ada taman seperti saya....