Showing posts with label puyuh. Show all posts
Showing posts with label puyuh. Show all posts

Sunday, June 12, 2016

Five-Spice Roast Quail (Puyuh Panggang Rempah Lima)

Assalamualaikum...




Mula-mula tu, ingat nak buat puyuh berempah. Tapi, macam nak cuba buat chinese style. Guna rempah lima (five-spices). Selalunya, chinese recipe ni digunakan untuk masak itik. Puyuh pun lebih kuranglah dengan itik, besar dengan kecik je.. hehehe...

Saya sebenarnya agak-agak je, sukatan. Jom tengok. 

Bahan-Bahan

5 ekor burung puyuh
2sk rempah lima (five-spices)
1 sb kicap manis
1sb madu (saya ganti dengan 1sk gula)
1/4 serbuk lada hitam
1/2sk garam
1sb minyak (minyak masak, tapi kalau guna minyak zaitun lebih baik)


Cara-Cara

Gaul puyuh dengan rempah lima, garam, gula (madu) dan lada hitam. Kalau nak terus bakar pun boleh, tapi saya simpan dulu dalam peti sejuk. Tiga jam gitu.



Letak puyuh atas loyang atau kuali ajaib. Masukkan minyak (kalau boleh percikkan bagi kena semua puyuh).



Lepas tu boleh bakar guna oven (170 darjah) atau guna kuali ajaib. Saya saja je nak guna kuali ajaib. kalau guna kuali ajaib, api tu sedang-sedang je. Tutup kuali ajaib.



Saya masak keseluruhannya dalam 30-40 minit. Bila dan 15 minit tu, boleh terbalikkan puyuh. Bila dan 30 minit tu, tuang kicap atas puyuh dan balik-balikkan sedikit puyuh supaya puyuh kena kicap. 



Biarkan sampai warna dia cantik dan puyuh tu betul-betul masak. Maka, dah siaplah puyuh panggang rempah lima.



Sedap dimakan begitu sahaja ataupun makan dengan nasi putih. Sesuai dihidang untuk semua peringkat umur. 

Sekian. 

Sunday, March 10, 2013

Bebola Daging Telur Puyuh




Dah lama tak masak telur puyuh. Kalau masak telur puyuh, selalunya akan masak sambal. Tapi hari ni nak masak lain sikit. Nak masak `Bebola Daging Telur Puyuh'. Idea resepi ni bukan saya yang hasilkan, sebaliknya hasil ronda-ronda saya di blog-blog masakan. Tetiba terjumpa resepi yang menarik ni di dapur ibundo.
 
FYI, resepi bundo ni ada kuahnya, tetapi saya malas nak sediakan kuah, jadi saya buat bebola sahaja. Hasilnya, 20 Bebola Daging Telur Puyuh yang sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja. Kalau nak cicah dengan sos pun boleh je.
 
 
Bahan-bahan
 
20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya
400 gm daging cincang ramli.
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur

sedikit serbuk stok ayam/daging
sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 tangkai daun sup dicincang halus halus.
 

Cara-cara


Campurkan kesemua bahan di atas.


 
 
Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan. Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbuka.




 
 

Buat seperti itu sehingga habis.


 

Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.


 
 
Senang je kan? dah siap pun...
 
Sekian.



Saturday, March 24, 2012

Step by Step.. Puyuh Goreng Halia Berkicap

Sebenarnya saya nak masak sotong percik hari ni. Ini gara-gara terpengaruh dengan gambar Sotong Percik Puan Nora Ali di Facebook beliau. Malangnya, semalam saya tak sempat ke pasar malam. Ini pula gara-gara asyik buat 5S kat opis. Akibatnya pukul 9 malam baru nak balik rumah. Tokey jual sotong pun dah packing barang nak balik rumah.

Apabila terpaksa rela membuat 5S di opis, maksudnya waktu berkerja terpaksa ditambah setiap hari. Mana taknya, 5S ni seumpama pertambahan satu lagi beban tugas pada setiap individu. Bukan sekadar pertambahan 20 minit setiap hari (ye la 10 minit 5S kan, waktu datang dan sebelum pulang). Sehubungan itu, blog saya ni kekadang bernyawa kekadang tidak. Mana taknya juga, saya ni bukan sahaja tak sempat nak masak, malah tak sempat nak makan pun.

Walau bagaimanapun, yang positifnya, opis tetiba je jadi bertambah bersih dan teratur. Kalau persekitaran dah bersih, selepas ini boleh bersihkan hati, minda dan perkara-perkara lain yang lebih global.




Maka hari ini kita masak `Puyuh Goreng Halia Berkicap' memandangkan dalam peti sejuk cuma ada puyuh, ayam dan daging sahaja sebagai pilihan.

Bahan-bahan

4 ekor puyuh (dipotong 4 setiap ekor)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya

2 ulas bawang merah saiz besar atau 7 ulas bawang merah saiz kecil.
2 ulas bawang putih.
2 inci halia
1 batang cili merah
1/4 cawan kicap manis
1/2 sk garam


Cara-cara

Gaul puyuh dengan garam dan kunyit secukupnya. Kalau nak lagi sedap, perap selama sejam. Kalau nak goreng terus pun boleh je.



Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali (kalau deep fry lagi bagus). Goreng puyuh sehingga masak, kalau suka garing boleh sampai garing.



Angkat, tos dan ketepikan.



Hiris nipis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah. Panaskan 3 sudu besar minyak minyak  (boleh guna minyak puyuh tadi) dan tumis bahan-bahan hirisan sehingga kekuningan dan naik bau.



Masukkan kicap dan goreng sebati selama 5 minit. Tambah garam. Kalau suka lebih manis, boleh tambah sedikit gula. Kalau guna kicap masin, memang kena tambah 2 sudu besar gula.


Masukkan puyuh yang dah digoreng tadi. Gaul hingga sebati. Boleh tutup api dan hidang.





Sedap sangat. Kunyah punya kunyah, tak perasan dah termakan 2 ekor puyuh. Yum Yum...