Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts

Sunday, April 26, 2020

Kambing Bakar yang wow..

Assalamualaikum.

Salam 3 Ramadan..



Sepanjang musim PKP ni memang ramai orang yang tetiba jadi chef. Tetiba juga cuba masak resepi baru. Almaklum, majoriti luangan masa adalah di rumah. Ini adalah waktu paling tepat untuk mencuba dan mencuba.

Justeru, memandang harga beli kambing bakar agak mahal berbanding buat sendiri. Maka, marilah cuba untuk buat sendiri. Saya guna resepi dari Saji.my. Saya adjust sedikit resepi ni. Masak elok kambing bakar ni. Lembut dan juicy. FYI, saya dah buat 2 kali. 

Bahan-Bahan

Daging kambing 5 - 6 slices
Sos tiram 2 sudu makan
3 sudu makan sos lada hitam (saya ganti dengan 1 sudu makan lada hitam ditumbuk)
2 sudu makan kicap
1 inci halia (tumbuk halus)
1 sudu kecil gula perang
1/2 sudu kecil daun rosemary kering
sedikit minyak masak


Cara-Cara

Semua bahan gaul sebati dengan daging. Perap daging 2 - 3 jam dalam bekas bertutup dan dalam peti sejuk.




Keluarkan dari peti sejuk. Letak sedikit (1/2 sudu kecil) minyak masak dalam kuali. Terus bakar. Saya bakar guna kuali ajaib. 




Hangus-hangus sikit dan tak berdarah, tanda dah masak. 



Boleh makan begitu sahaja. kalau terlebih rajin, buatlah gravy. Tapi, makan begitu sahaja pun dah sedap sangat. 

Sekian.

Saturday, September 19, 2015

Nasi Kabsah Kambing.. (guna Rempah Kabsah Chef Ammar)



Assalamualaikum...

Hari tu kan masa pergi Pasaraya Giant, mata saya tertarik dengan susunan botol-botol rempah. Yelah sebelum ni tak pernah nampak pun botol-botol rempah macam tu. Maka, saya pun mulalah membelek botol-botol rempah tersebut. Rupa-rupanya, inilah rempah Chef Ammar.



Kenal ke tak kenal?

Ok kalau tak kenal, saya kenalkan sedikit. Sapa-sapa yang rajin tengok Al-Hijrah, pasti kenal dengan Chef Ammar ni. Sebab ada program masakan Arab/Mediterranean yang bertajuk, "Masak dari Hati, Masak dengan Iman'.

Saya ada tertengok juga program ni. Tapi, bila dengar Chef Ammar ni sebut bahan-bahan yang digunakan, kepala saya jadi pening. Yelah, kat mana pulak saya nak cari bahan-bahan yang complicated dan berbunyi Arab tersebut. Maka selalunya, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja. Dalam hati pula, berangan-angan nak buat pelbagai resepi masakan Arab yang nampak awesome sungguh!

Justeru, apabila secara tidak sengaja bertemu dengan pelbagai botol rempah Chef Ammar, apa lagi yang perlu ditunggu?!

Selepas membelek-belek dan membulatkan hati (tak tahu nak pilih yang mana satu!), akhirnya sebotol rempah Kabsah Chef Ammar saya ambil dari rak. Bayar dan bawa balik. Jeng.. Jeng.. Jeng...



Bahan-bahan

500gm beras basmathi
700gm daging kambing
3 1/2 sb rempah kabsah Chef Ammar 
(rempah ni ada lebih banyak, boleh repeat banyak kali)
1/4 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2sb tomato paste
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa
2sb minyak sapi 
2 cwn air


Cara-cara

Masak nasi dalam periuk nasi (macam masak nasi biasa ler...)

Dadukan bawang besar dan bawang putih (saya kisar sebab tak suka bawang cincang hehehe). Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang sehingga naik bau. 



Masukkan rempah kabsah, gaul sebati sehingga naik bau.



Masukkan daging, kacau dua minit. Masukkan air, kacau sebati dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging masak (empuk). 




Masukkan tomato pes, kacau seketika. 




Masukkan garam secukup rasa (biar masin sedikit sbb nanti nak gaul dengan nasi) dan biarkan kuah menjadi pekat dan agak kering.

Dah nak kering

Just nice lerr ni


Nasi yang dah masak tadi, titik-titik sedikit pewarna kuning. Gaul sebati pula dengan minyak sapi.



Lepas tu masukkan nasi dalam periuk kambing. Letak daun ketumbar yang telah dihiris dan gaul sebati.



Dah siap


FYI, selain daripada rempah kabsah, Chef Ammar juga ada keluarkan rempah-rempah lain seperti Mandy, Bukhari, Briyani dan Bukhara. Ada juga pilihan rempah, yang dijual bersekali dengan beras basmathi. 

Nasi Kabsah Kambing :)


Selamat mencuba! Masak dari Hati... Masak dengan Iman... <3

Sekian.  

Sunday, September 29, 2013

Roti Arab cicah Kari Kambing..



Sebelum ni saya pernah post entry Step-by-step Roti Arab. Entry tu saya masak Roti Arab cicah dengan rendang. Hari ni saya buat Roti Arab lagi. Tapi kali ni dengan Kari Kambing. Dan kali ni juga saya buat satu adunan sebab takut tak cukup. Almaklum, kari kambing yang dagingnya berlemak-lemak perrghhh...

Buat Roti arab ni takdelah susah. Cumanya nak kena rajin sebab uli sendiri. Tapi tak susah ulinya, kejap je. Tak sakit tangan pun. Resepi yang sama saya ambil dari Sofinar di MyResepi. 

Bahan-bahan

2sb mentega
2sb minyak masak
2sb gula
300ml air suam
6gm yis (lebih kurang 2sk)
500gm tepung gandum

Cara-cara

Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.




Tepung digaul dengan yis.




Campur kesemua bahan dan uli hingga kental dan licin.






Perap satu jam dalam plastik atau bekas kedap udara.




Selepas sejam, uli semula dan bahagikan doh kepada 18 bahagian. Bulat-bulat.


selepas sejam



Panaskan minyak. Canai doh nipis 0.4cm. Goreng dengan minyak banyak. Tunggu roti kembung baru terbalikkan. Angkat dan toskan.






Nota:  Gorenglah roti apabila kari kambing telah masak. Jadi, boleh makan panas-panas.

Mari sediakan Kari Kambing pula. Resepi ni saya inspirasikan daripada Dapur Mat Gebu. Cumanya, saya permudahkan lagi serta kurangkan sedikit bahan. Saya juga buat kari tanpa santan. 

Bahan-bahan

500gm daging kambing
1 biji kentang (boleh letak 2  biji kalau suka) - potong 4
1 biji tomato - potong 4
1 keping asam gelugur
sepeket rempah kari daging Babas - gaulkan dengan 1 cwn air

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Tumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

minyak masak secukupnya (kena letak lebih sikit supaya tak kering, almaklum tak guna santan)
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga layu dan naik bau.




Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga masak dan naik bau.




Masukkan rempah kari babas dan kacau lagi sehingga mendidih. Masukkan daging. Masukkan tomato dan asam keping. Kacau sesekali sehingga daging masak. Boleh tutup tudung periuk tapi jangan lupa kacau sekali sekala. kalau terlalu kering boleh tambah air dan tambah sedikit minyak.




Masukkan kentang dan garam secukup rasa. Juga boleh masukkan sedikit air. Kacau sesekali sehingga kentang masak.






Maka, masaklah kari kambing. Sila hidangkan dengan Roti Arab yang digoreng panas-panas.





Makan sehingga badan terasa panas.

Sekian.

Monday, February 20, 2012

Step by Step.. Nasi Briyani Kambing



Hari tu kan saya dah kongsi cara nak masak Nasi Briyani Ayam (klik sini untuk Briyani Ayam) . Kali ni, mari kita buat Nasi Briyani Kambing pula. Sedap tau Nasi Briyani Kambing. Tapi, kalau anda tak suka makan kambing, maka anda akan rasa tak sedaplah nasi briyani ni.

Masa kat US, selalu juga saya beli dan masak daging kambing. Sebabnya, daging kambing halal lebih senang didapati daripada daging lembu halal. Daging kambing halal dari Australia ada dijual di Sam's Club.



Kat KL ni pun tak susah nak cari daging kambing. Saya beli kat Giant je. Ada jual kat tempat daging-daging frozen. Kalau tak silap, datang dari Australia juga ni. Harganya pun biasa-biasa je. Lebih kurang harga ayam juga. Dagingnya pun lembut. Jom kita mulakan. Kali ni masak 2 cawan nasi je sebab untuk makan anak-beranak je. Inipun banyak portionnya, cukup untuk lunch dan dinner sekali.


Bahan-bahan (untuk 2-4 orang)


Nasi
2 cawan beras basmathi (saya pakai yang super panjang)
1 batang kulit kayu manis (saiz kecil je)
2 sudu makan minyak sapi
1 biji buah pelaga
sekuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
secubit jintan manis
5 biji lada hitam (yang sebiji-sebiji)
1sk garam

Kambing
300-400gm daging kambing (potong kiub besar-besar sikit - saya beli yang dah dipotong dan ada tulang sikit)
 
 
1/3 kotak rempah Shan (sekotak 60gm, pakai le 20gm tapi kalau memang suka super pedas, boleh tambah sedikit lagi)
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 tangkai daun kari
1 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

1 tangkai daun ketumbar (cilantro)
Pewarna merah dan kuning
 
 
Cara-cara

Basuh beras dan kemudian sukat air seperti nak masak nasi. Letak semua bahan-bahan kecuali minyak sapi je letak 1 sudu makan dulu (1 sudu makan lagi letak kemudian).
 
 
Masak nasi seperti biasa (guna rice cooker). Apabila nasi masak, masukkan 1 sudu makan minyak sapi lagi, gaulkan sebati.
 
 
 
Masak kambing pulak: Kisar bawang besar, bawang putih dan halia (kalau nak cincang pun boleh). Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar. Tumis bahan-bahan kisar hingga berwarna perang dan naik bau. Masukkan rempah Shan, kambing dan air. Biarkan kambing masak dan air kering. Kacau sekali-sekala. Kalau tak berapa masin kena letak garam, tapi selalunya rempah ni memang dah masin.
 
Sebelum kering

Dah kering
 
Setelah kambing masak dan agak kering, tutup api. Potong daun ketumbar kecil-kecil.
 
 
 
Sediakan bekas/loyang sederhana besar yang boleh dibakar dalam oven. Mula-mula letak 1/3 nasi dalam bekas.
 
 
 
Lepas tu letak 1/2 kambing. Tabur 1/2 daun ketumbar dan letak beberapa titik pewarna di sekitar permukaan.
 
 
 
Kemudian, letak 1/3 lagi bahagian nasi. Letak 1/2 lagi ayam dan 1/2 lagi ketumbar (dah abis tau kambing n daun). Letak lagi beberapa titik pewarna.
 

 

Akhir sekali letak 1/3 nasi (bahagian terakhir nasi). Dah abis pun.
 
 
 
Panaskan oven suhu 160-170 darjah. Masukkan bekas tadi selama 20-30 minit. Tutup permukaan bekas dengan aluminium foil.
 
 
 
Keluarkan nasi dari oven dan gaul-gaulkan guna senduk supaya sekata dan sebati.
 
 
 
Dah siap. Tambah telur rebus hehehe :)