Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

Resepi Shell Out kat rumah...

Assalamualaikum...



Pagi tadi tetiba je rasa rajin. Apabila rasa rajin, tetiba je rasa nak masak special sikit untuk iftar. Entah macam mana, tercetus idea untuk buat `shell out'. Shell out ni sejenis masakan pelbagai seafood berkulit/cengkerang. Katanya popular sebab ada nama restoran shell out. Entah ler... saya memang tak tahu kat mana dan bagaimana. Saya cuma tahu pasal shell out ni sebab ramai yang post foto makan pelbagai seafood ni di laman sosial.



Sebab saya tak tahu nak masak, jadi saya pun google resepi. Hati berkenan dengan resepi di Blog Mama to Eryna. Katanya ambil dari blog auntie nanirostam. 

Jadi, pagi tadi saya mencari bahan-bahan mentah yang sesuai digunakan untuk menyiput & menseafood malam ni. Hasilnya tadaa...



FYI, untuk kerang dan siput sedut, saya masak goreng kicap. Untuk ketam, udang dan sotong, saya masak ala-ala shell out ni. Sayur pula saya rebus sahaja, letak garam dan pati ayam.



FYI juga, saya ubah sikit resepi untuk hasil yang ikut suka hati saya. 


Bahan-bahan

3 ekor ketam (potong 2)
10 ekor udang saiz besar
5 ekor sotong (potong sederhana)

1kg siput sedut
1kg kerang

Bahan-Bahan rempah Shell Out

10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
1 inci halia (kisar)
1sk udang kering (kisar)
1 inci belacan (kisar)
1sb rempah kari
1/2 kiub pati ayam
1 batang daun kari
sedikit serbuk lada hitam
1sb sos tiram
1sk sos ikan
2sb mentega
2sb minyak masak
lemon (saya tak letak)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

Saya siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Selepas tu saya panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali. Saya tumis bawang dan besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.



Masukkan rempah kari. Kacau lagi.



Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. 



Selepas tu saya tutup api. 



Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak. 



Diingatkan sekali lagi, siput sedut dan kerang tu saya masak kicap. Saja nak bagi rasa lain sikit.



Memang heaven makan shell out ni. Kenyang melampau-lampau. Rempah dia memang sedap.




Sekian.

Sunday, February 23, 2014

Ketam Masak Kicap Pedas.. (sedap dan mudah)

Saya tak pernah masak atau makan Ketam Masak Kicap. Selalunya kalau beli ketam, saya akan masak sambal, sos, lemak, atau sup. Maka, saya pun google lah, betul ke ketam boleh masak kicap? Rupa-rupanya, banyak je resepi Ketam Masak Kicap nih. 

Ketam yang menjadi pujaan


Oleh kerana saya memang malas nak kisar atau tumbuk bahan-bahan, maka untuk resepi ni, sekali lagi kita campak-campak je. Cumanya, ketam tu kena goreng dulu, barulah firm dan awesome struktur isinya. Jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan

3 ekor ketam (sila potong 2 kalau ketam tu besar)
2 biji bawang merah besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
3 batang cili padi (sila tambah mengikut kepedasan yang disukai) - hiris

2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2sb sos tiram
1sb sos cili
1sk gula
garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
sedikit daun sup (hiris halus)


Cara-cara

Gaul ketam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng ketam sehingga ketam masak (sekadar masak, tak payah nak garing). Angkat dan ketepikan.



Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi. 



Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.



Masukkan ketam, gaul rata.



Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api.



Ketam Masak Kicap pedas dah siap. 



Hasya suka. Khayra pun suka cuma dia komplen "pedas" hehehe.. Resepi ni memang sangat sedap dan boleh dimasak lain kali.

Selamat mencuba!

Saturday, October 5, 2013

Ketam Goreng Telur Masin yang Wow!

Kadang-kadang apabila berjaya masak resepi baru, saya pun jadi macam tak percaya. Sebabnya, kadang-kadang tu memang tak percaya boleh jadi. Terutamanya kalau rasa masakan yang dibuat tu menjadi sedap sangat. Dan, barulah rasa berbaloi mencuba sesuatu. Seterusnya teruja untuk terus mencuba dan mencuba.

Hari ni saya cuba masak Ketam Goreng Telur Masin. Nak cuba buat sendiri. Selalunya makan kat Adam lai je hehehe. Dan hasilnya, tadaa!



Nak menyediakannya tak la sesusah mana, cuma kena rajin la sikit. Almaklum, telur nak kena rebus dulu dan ketam perlu digoreng dulu. Bukannya main campak je semua ramuan dalam kuali. Tapi kelazatannya, hingga menjilat jari. Must try resepi dan apabila makan  ketam ni terasa seperti berada di restoran hehehe...



Terima kasih kepada Qaseh Honey atas perkongsian resepi berserta foto ketam yang cantik di blog beliau. 

Bahan-bahan

3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2)
10 biji cili padi (saya potong 2 untuk rasa pedas sedikit)
2 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
2sb mentega
5 biji telur masin ( buang 3 putih telurnya)
1sk gula
3sb susu cair
2 ulas bawang putih (diketuk)
3sb tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam


Cara-cara

Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).

Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.




Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.



Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.



Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.




Makan dengan nasi putih. ratah begitu sahaja pun awesome sangat!



Happy!

Sekian.

Saturday, November 3, 2012

Step by Step.. Sup Ketam



Sup memang sejenis masakan yang sedap. Kalau sakit, lagilah bertambah sedap. Tapi saya tak sakit, saya cuma terasa nak masak sup. Kali ni nak masak sup ketam.
 
Orang kata, kalau kena denggi, sesuai sangat makan sup ketam. Tapi tak tau la betul ketidak, sebab saya lum pernah buat kajian atau baca kajian yang dibuat mengenai sup ketam ni. Yang saya tahu, sup ketam memang sedap. Kuahnya wangi, manis dan sangat yummy.
 
Segar je rasa tekak bila hirup sup ketam ni.. Sedapnya.... Jom kita masak main campak2 je.

 
 
Bahan-bahan
 
3 ekor ketam (bersihkan dan potong 2- tak nak potong pun takpe)
1 ulas bawang merah (saiz besar) - hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1 cm halia - hiris
1 bunjut sup
2 batang serai - titik
1-2 cawan air - ikut suka ikut nak kuah banyak mana
daun sup dan daun bawang secukupnya - hiris halus
 
Cara-cara
 
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau.

 
 
Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan sup bunjut dan serai.

 
 
Masukkan ketam. Kacau sesekali sehingga ketam masak. Selalunya ketam akan bertukar warna merah apabila masak. Masukkan garam secukup rasa.


 
 
Tutup api dan tabur daun sup serta daun bawang.

 
 
tak sabar nak masuk dalam pinggan. Perrgghh sedapnya makan dengan nasi putih.

  

senduk nasi la cepat hehehe...

Tuesday, October 16, 2012

Step by Step.. Ketam Lemak Cili Api



Ketam.. Ketam.. Ketam.. Memang sedap dimasak apa jua masakan. Saya paling suka ketam masak pedas/sambal. Tapi kalau selalu sangat, nanti Mr. Hubby bosan. Eh, bosan ke? Haha.
Oleh yang demikian, hari ni kita masak lain pulak. Kita masak Ketam Lemak Cili Api. Dan semestinya, rasa masakan ini sehebat namanya. Memang pedas, lemak dan manis-manis ketam je kuahnya. Isi ketam pun rasa sungguh lazat.

 Masa penyediaan juga sekejap dan bahan-bahan pun mudah. Saya guna santan kotak je untuk masak lemak ni. Malas nak pergi kedai beli kelapa parut hehehe...


Bahan-bahan

3 ekor ketam (bersihkan dan potong dua setiap seekor)
200ml santan kotak
1 cawan air
3 ulas bawang merah (kisar/tumbuk)
4 biji cili api (kisar/tumbuk)
2 batang serai (titik)
1 asam keping
serbuk kunyit dan garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan santan dan air dalam kuali/periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk kunyit mengikut warna yang anda suka. Jangan banyak sangat, lebih kurang 1/2 - 1 sk je. Kacau sehingga mendidih.



Masukkan ketam dan kacau lagi sehingga mendidih. Ketam apabila masak, selalunya dia bertukar warna jadi merah.



Masukkan asam keping dan masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih seketika. 


Dah masak


Dah masakpun. Senang sungguh masak lemak ni. Baunya sungguh harum dan rasanya yang enak. Jom la makan.




 

Wednesday, September 19, 2012

Step by Step... Kari Ketam Nipah




Hari tu saya ada kata yang saya akan kongsi satu lagi resepi masak Ketam Nipah. Masakan ni pun saya masak semasa berada di Kuching, Sarawak. Masakan yang saya nak kongsi hari ni ialah Kari Ketam Nipah.
 
Oleh kerana semasa saya masak ketam ni saya masih berada di bumi Kenyalang, maka ada bahan yang tak cukup. Contohnya, saya tak jumpa daun kari jadi saya tak pakailah daun kari. Kalau guna daun kari, mesti lagi wangi kari ni.
 
 
 
Bahan-bahan
4 ekor ketam nipah
sepeket serbuk kari (saya guna kari ikan Babas) -bancuh dengan satu cawan air
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 batang kulit kayu manis
2 buah pelaga
1 keping asam keping
setangkai daun kari
garam secukup rasa
 
 
Cara-cara
Cuci dan potong dua ketam.
 



Tumis bahan-bahan kisar, kayu manis, buah pelaga dan daun kari sehingga berbau wangi dan kering sedikit.



Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh tadi. Kacau sehingga mendidih.



Masukkan ketam, asam keping dan kacau sehingga ketam masak.




Simple je tapi kuah kari ni manis dan sedap rasa dia. Mr. Hubby sangat suka kari ni.