Saturday, February 11, 2012

Step by Step... Nasi Ayam Penyet (sangat awesome!)



Weekend menjelma lagi. Weekend sinonimnya adalah = makanan sedap. Sebabnya, saya ada banyak masa untuk masak makanan yang sedap-sedap. Ataupun, kami sekeluarga akan makan di luar, masakan yang sedap-sedap. 

Pada pagi yang cuacanya sungguh tenang dan indah ini (tenang sebab ramai yang bangun lambat), saya akan sediakan `Nasi Ayam Penyet'. Resepi yang sangat awesome ini saya ambil dari dapur blogresepi di MyResipi. Penyediaan nasi ayam yang awesome ini memang agak remeh tapi usaha anda akan berbaloi-baloi kerana rasanya yang sangat awesome.


Mr. Hubby suka sangat dengan Nasi Ayam Penyet ni. Makan sampai bertambah-tambah. Tempe goreng yang guna rencah yang sama dengan ayam penyet ni pun disukai ramai. Hasya tetiba je berjaya makan banyak kepingan tempe goreng!

Mr. Hubby paling suka ngan sambal ayam penyet ni. Sekali rasa macam sambal belacan tapi ada sedikit kelainan. Sambal ayam penyet ni memang sedap. Keseluruhan masakan ini memang sedap bangat dan awesome bangat. Kalau rajin, saya akan buat lagi dan lagi. Kalau malas, saya kena rajinkan diri untuk buat lagi kerana keawesomeman masakan ini. 



Bahan-bahan (3-4 orang makan) -saya adjust sedikit resepi asal

Untuk ayam


1 ekor ayam – potong 8 bahagian (saya guna 3 ketul quarter chicken)
½ sudu besar Jintan Manis
½ sudu besar Jintan Putih 
3 sudu besar Biji Ketumbar 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam

Tepung beras secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng.


Cara Masak untuk Ayam

Rebus ayam selama 10-15 minit. Toskan ayam.

Nota: Jangan buang air rebusan kerana nak guna untuk masak nasi dan sup.



Goreng jintan manis, jintan putih dan ketumbar tanpa minyak hingga naik bau.



Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Gaul bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. Kalau nak makan cepat, boleh perap 1-2 jam.



Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras. Panaskan minyak (guna minyak banyak kalau deep fryer lagi bagus) dan goreng hingga ayam garing dan masak.




Nota: Bahan-bahan kisar yang berlebihan digunakan untuk goreng tempe dan tauhu. Saya cuma goreng tempe.



Untuk Nasi Ayam
2 cawan beras dibasuh dan ditoskan
2 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
1/2 kiub pati ayam/daging
3 cawan air rebusan ayam


Cara masak Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.



Tuang ke dalam periuk nasi yang ada beras tadi. Masak nasi macam biasa.








Untuk Sambal


Sedikit minyak masak
5 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
5 biji Cili padi
5 biji Bawang kecil/merah, hiris
1 biji Bawang putih, hiris
3 biji Tomato, potong 4
2 cm Belacan
1 sudu Ikan Bilis
1 1/2 sudu gula merah


Cara Masak Sambal


Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.


untuk dikisar

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata.


Tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Nota: Kalau sambal tu agak berair, masak dalam periuk sehingga kering airnya.

Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam baki daripada masak nasi tadi. Masuk sup bunjut.



Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Dah siap pun. Senduklah semua yang dah dibuat tadi ke dalam pinggan. Saya tambah hirisan timun.

Penat dah ni. Nak makan pula. Nasi Ayam Penyet ni dah ler nampak sedap, rasanya pula sangat awesome. Mr. Hubby kata, sambal yang lebih jangan buang, esok leh makan ngan nasi biasa pulak.





Selamat berweekend! :)

No comments: