Dunia ini sungguh berwarna-warni. Hidup seharian kita juga penuh dengan warna-warna hidup. Adakalanya kita gembira dan dikelilingi warna-warna riang. Adakalanya juga, kita bersedih dan dilitupi dengan warna-warna kelam serta suram.
Dunia ini sungguh berwarna-warni. Hidup seharian kita juga penuh dengan warna-warna hidup. Adakalanya kita gembira dan dikelilingi warna-warna riang. Adakalanya juga, kita bersedih dan dilitupi dengan warna-warna kelam serta suram.
Hari ini warna merah baldu akan menjadi warna keriangan saya. Merah baldu? Kenapa pula merah baldu?
Kerana hari ini saya akan persembahkan Kek Baldu Merah atau nama omputihnya Red Velvet Cake! Like Like Like.
Red Velvet Cake ini adalah kek berwarna merah gelap, merah terang atau merah coklat. Lazimnya kek ini ditoppingkan pada permukaannya dengan vanilla icing atau cream cheese icing. Rasanya sedap sebab gabungan rasa kek coklat dan topping cream cheese.
Bahan-bahan
1/4 cwn mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
1/4 cwn minyak canola/minyak jagung
1 1/2 cwn gula kastor
2 biji telur saiz A
1sk esen vanilla
1 cwn buttermilk (kalau tak ada, saya ajar cara buat di bawah)
1 sudu makan pewarna merah
1sk cuka masakan
2 1/4 cwn tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko
1sk baking powder
1sk baking soda
1/4sk garam
Cara-cara Membuat Buttermilk
Kalau tak ada `buttermilk', cara membuatnya adalah:
1 sudu makan cuka putih atau perahan jus lemon
Cuma masukkan cuka dalam bekas sukatan 1 cup dan masukkan susu pada sukatan 1 cup tersebut. Biarkan selama 5 minit.
Cara-cara Membuat Kek
3. THIRD BOWL: Dalam mangkuk yang lain pula, ayak bersama tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam.
Masukkan bahan-bahan THIRD BOWL sedikit-sedikit ke dalam FIRST BOWL. Putar guna mixer pada kelajuan perlahan sahaja sehingga sebati. Selang-selikan dengan bahan-bahan SECOND BOWL. tak perlu putar lama, berhenti sekadar dah sebati.
Keluarkan loyang bulat 9 inci. Lenserkan dengan sedikit mentega. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Saya ambil sedikit untuk bakar dalam ramekin kecil.
Mari buat topping. Saya akan buat Cream Cheese Frosting.
1/4 cwn mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
250gm cream cheese
2 cawan gula aising
1/4 cwn susu segar
1sk esen vanilla
Cara-cara
Dalam mangkuk yang agak besar, putar mentega dan krim keju sehingga berkrim. Sedikit demi sedikit masukkan gula, susu dan esen. Putar sehingga berkrim dan sebati.
Menyiapkan kek
Tangkupkan bahagian yang satu lagi. Sapukan frosting cream selebihnya pada kek.
Tadikan saya ada bakar kek dalam ramekin kecil. Ambil sedikit, hancurkan dan tabur atas kek. Sejukkan kek selama 4-5 jam. Barulah sedap dimakan.
Kek ini saya buat untuk hari jadi Cik Zanariah. Cik Zana ni sangat sibuk orangnya. Meskipun kami dah bersedia nak nyanyi lagu happy birthday, tapi Cik Zana masih juga sibuk melayan telefon. Hehehe...
2 comments:
Salam sis..slm kenal..bleh kukus x gune resepi ni
wassalam nurhayati,
salam kenal juga. saya tak pasti boleh kukus ke tidak, sbb saya tak pernah cuba kukus.
Post a Comment