Thursday, February 2, 2012

Step by Step.. Bun Sosej Goreng



Rasanya macam dah lama pula tak meroti. Maka, marilah kita meroti pada hari ini. Roti yang kita nak buat kali ini adalah roti yang digoreng dan bukannya roti yang dibakar.

Resepi asal saya ambil dari dapur  Alma di MyResepi. Resepi ini menggunakan breadmaker. Alma buat 8-10 ketul bun. Saya cuma buat separuh daripada adunan Alma kerana 8-10 bun adalah terlalu banyak untuk kami bertiga. 5 bun sudah cukup.

Bahan-bahan (8-10 bun)

Untuk bun:
180ml air
15g butter
3/4 sdk garam
1 sdb gula
330g tepung gandum
1 sdb susu tepung
1 sdk instant yeast

Untuk salutan luar:
1 biji telur
Breadcrumbs (orange color) - saya pakai yang kaler putih je
Untuk bhg dalam: 8-10 btg sosej
Minyak secukupnya untuk menggoreng

 

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan ikut susunan ke dalam breadmaker. Ikut arahan breadmaker anda untuk uli doh. Apabila sudah siap, keluarkan doh dan tumbuk untuk keluarkan angin.



Bahagikan kepada 8 (saya bahagi 5 sebab separuh adunan), buat bentuk bulat. Kemudian rehatkan doh selama 10 minit.


Selepas 10 minit, amik satu doh, gentel memanjang dalam 20cm. Setiap penghujung buat leper sedikit. Lingkarkan pada sekeliling sosej.  Ulang buat sampai habis doh.





Biarkan dalam 40-50min atau naik sekali ganda daripada saiz asal.


Utk salut: Pecahkan telur sebiji, kacau dengan garfu. Ambil satu bun, sapu rata dgn telur (smua bhg). Kemudian golek-golekkan dengan breadcrumbs. 



Panaskan minyak (lagi bagus kalau minyak banyak/deep fry) dan goreng dengan api sederhana. Setelah berwarna perang, keluar dan toskan bun. Siap dan sedap dimakan panas-panas.

3 comments:

Intan said...

kalau bakar boleh tak

Intan said...

kalau bakar boleh tak

weezana said...

intan, boleh rasanya. Cuma nnti tekstur roti akan keras sedikit.