Thursday, May 2, 2013

Undi Pos: Buat Pertama Kalinya untuk Media..

Hari ni saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia yang berhak mengundi. Saya dah selesai memangkah calon yang saya suka. Saya mengundi hari ni dan bukan pada 5.5.2013 kerana saya mengundi secara pos. Terima kasihlah kepada SPR kerana membenarkan MEDIA mengundi secara pos buat pertama kalinya pada PRU-13 ini.


Kemeriahan nak PRU-13


Entry ni nak cerita sikit pengalaman mengundi secara pos nih. 

Pertamanya nak cerita pasal alamat surat-menyurat. Ini adalah pengajaran buat saya. Kalau rasa kat rumah memang takde orang nak terima surat, lain kali saya akan letak alamat pejabat. Akibat kegagalan posmen menghantar surat berdaftar undi pos ini ke tangan saya, maka terpaksalah saya pergi menuntut surat tersebut di Pejabat Serahan Pos di Pusat Bandar Puchong. 




Kat pusat serahan surat ni, tak ramai orang. Cumanya agak sukar nak ke sini kerana jauh dari pejabat. 



Ini Syida, model sampul surat saya


Apa-apapun, rasa gembira sangat sebab surat undi pos tu dah ada dalam tangan.




Balik pejabat, hati terasa teruja sangat nak tengok isi di dalam sampul. Dalam sampul rupa-rupanya ada 2 sampul. 


Satu Sampul Parlimen & Satu sampul DUN


Dalam setiap sampul ada 2 benda:

1. Borang 2 - perisytiharan identiti (ada arahan cara nak isi borang)





2. Kertas Undi (diisi dalam Sampul A)


Sampul A untuk DUN



DUN

Parlimen


Borang 2 pula perlu dapatkan tandatangan saksi. Suruh je sapa-sapa di opis yang sudi jadi saksi. Saksi isi borang ye, Bukan saksi pangkah undi.

Selepas isi borang, bolehlah pangkah mana-mana calon yang anda suka.




Kemudian, masukkan kembali borang 2 dan kertas undi dalam sampul B yang mana ada alamat pengurus pusat mengundi di hadapan sampul tersebut.




Selepas itu, saya ke pejabat pos terdekat untuk hantar sampul surat tu. Saya bagi di kaunter sahaja. Kerani pos tu kata suruh bagi dekat dia. 




Selesai sudah tanggungjawab saya. Kalau kertas undi saya tak sampai, sila salahkan pejabat pos tu okey. Sebab saya dah laksanakan tanggungjawab saya. Saya sudah, anda jangan lupa ye Ahad ni. 

Sekian. 

No comments: