Nampaknya rajin juga saya menulis tentang Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Mana taknya, amalan 5S ini merupakan amalan yang berterusan. Justeru, sekali-sekala tu haruslah diadakan bengkel atau seminar untuk memastikan amalan ini terus subur di Jabatan. Untuk jadikan 5S ni satu budaya, maka kali ini nak cerita tentang Bengkel Pembudayaan 5S di Cherating, Pahang.
Legend Resort Cherating |
Edmund di hadapan resort |
Mula-mula nak kongsi foto-foto pantai Cherating. Ni betul-betul di Belakang Legend Resort.
Ketam buat corak |
Pemandangan hotel dari pantai |
Cantikkan? Tapi pantai ni tak ada sangat orang mandi sebab ombak besar dan obor-obornya yang aneh. Dan mungkin juga obor-obor dan ombak besar ni terlalu independent hehehe. Baca papan tanda ni...
Resort ini juga ada kolam renang yang cantik dan luas.
Dan bilik yang luas dengan pemandangan di balkoni yang mendamaikan jiwa.
Makanya, atas faktor persekitaran resort yang indah di mata, kenalah saya memberi tumpuan sepenuhnya dalam bengkel pembudayaan 5S ni.
Encik Anuar dari MPC |
Selama 2 hari 2 malam berbengkel, perjalanan pulang pula tidaklah lengkap sekiranya tidak disusuli dengan buah tangan pantai timur yang popular seperti keropok lekor.
Yang bestnya, boleh makan keropok lekor panas-panas atas bas.
Akhir kata, terima kasih pada urusetia yang bertungkus-lumus menggembirakan kami semua. Semoga RTM dapat memperbaharui sijil 5S untuk tahun yang kedua :)
Sekian.
2 comments:
Alahai akak nape datang kuantan tak bagitau. Jue orang kuantan klo tak mesti kita boleh jumpa..
pergi kursus je dik.. tak sempat nak kemana-mana pun :)
Post a Comment