Sunday, May 26, 2013

Pizza Cheezy Hotdog saiz regular..

Semalam budak-budak kat rumah tak nak makan nasi. Hasya kata dia nak makan pizza. Hmmm... Nak buat pizza saiz macam biasa (besar) memang tak abis. Sebabnya Mr. Hubby takde kat rumah. Mr. Hubby tengah sibuk makan Kimchi kat Seoul.




Oleh yang demikian, saya belek resepi pizza yang pernah saya buat. Apa kata cuba buat separuh adunan. Saya ok je, saya takut breadmaker tu yang tak ok. Yelah sikit sangat jadinya bahan-bahan yang nak diadun. Pedulikan perasaan breadmaker tu, dia kan my maid (pembantu uli). Jom kita buat pizza saiz regular.




Bahan-bahan

100 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
1 sk gula
sedikit garam
1/2 sk yis
70 ml air
1/2 sk
1 sk susu tepung

Topping
Sos Tomato
Sebatang sosej (hiris kecil)
Oregano & parsley flakes
Keju Mozarella dan Parmesan secukupnya


Cara-cara

Saya masuk je semua bahan-bahan dalam BM. Pastu tekan fungsi uli. Biarlah BM tu uli sendiri. 




Nota: Oleh kerana adunan ni tak banyak, BM mungkin susah sikit nak uli pada peringkat awal. Sila bantu BM dengan tolong satukan semua bahan-bahan dahulu. Kepal dan masuk dalam BM. Tak pun bila dah masuk dalam BM, tolak-tolakkan sedikit adunan supaya semuanya dapat bersatu.

Selepas sejam setengah BM menguli, keluarkan doh. Dan boleh canai doh saiz bulat. Buat leper pun ok. Suka hati.





Tempekkan di atas loyang. Dan ratakan sedikit sos tomato. Kalau suka banyak, boleh letak banyak. Taburkan parsley dan oregano flakes.




Susun hirisan sosej.




Akhir sekali taburkan keju sesuka hati.




Panaskan oven 200 darjah dan bakarlah selama 8-10 minit. Saya bakar 10 minit, jadi terlebih garing. 




Walau bagaimanapun tetap awesome hasilnya.




Habis dimakan oleh budak-budak.






Sekian.

8 comments:

Unknown said...

selamat pagi kak, boleh tanya BM tu apa? sori tak tau bahasa dapur ni.. huhuhu... bermnat sangat nak cube resepi ni kak

weezana said...

BM tu breadmaker.. sebenarnya kalau nak uli sendiri pun boleh. Tapi akak malas dan tak larat. Jadi beli BM dan senang nak buat apa2 doh. Bm tolong uli.

Unknown said...

oic.... terima kasi diatas maklumatnya.. so happy to know.. :)

weezana said...

sama2 :)

Unknown said...

assalamualaikum...
salam perkenalan...sukanya tengok resepi disini sbb ada tutorial..resepi pun leh wat terliuq..:)

weezana said...

waalaikumsalam Herni.. Terima kasih juga sebab sudi datang sini :)

jaja said...

Salam. Sy mmg suka bc blog sis. Dah byk resipi yg sy try dan menjadi dgn jayanya. Semoga sis dikurniakan pahala berterusan atas ilmu yg diberi. Ni br try buat pizza ikut resepi kat sini. Cuma derhaka malas nak amik butter so guna minyak je. Tp omaigadd!! Lembut gile. Sedap. Terima kasih byk2.

weezana said...

wassalam Jaja.. terharu baca komen Jaja.. Terima kasih banyak2 atas sokongan.. :)