Sunday, May 10, 2020

Pau Kelapa Homemade..

Assalamualaikum..

Salam Ramadan. 

Sebelum ni tak pernah saya terfikir nak buat Pau Kelapa. Sebabnya, saya takla suka sangat pau kelapa. Pau paling saya suka pau kari. Tapi, Hubby suka pau kelapa. Hari tu, ada orang jual pau kelapa. Maka, Hubby pun beli. Pau kelapa tu intinya tak sedap. Dahla kelapanya warna hijau. Jadi, Hubby terpaksa habiskan dengan muka tak berapa selera. 

Jadi, saya buatkan jelah pau kelapa. 



FYI, kat rumah takde stok tepung pau. Dah lama tak buat pau. Jadi, saya guna tepung gandum. Jadi, pau saya ni tak putih melepak macam pau guna tepung pau. 

Walau bagaimanapun, rasa pau ni tetap lembut dan lazat. Intinya pun cukup-cukup manis dan lemak. Yelah, yang orang jual tu, kelapanya ntah-ntah dah diambil santan. Manalah tak kering dan macam makan hampas. 

Nota: Saya buat versi sukatan sikit. Dapat cuma lebih kurang 10 biji pau aje. 

Bahan-Bahan

250gm tepung gandum (kalau ada tepung pau, lagi bagus)
1/4 sk baking powder

*Ayak dua-dua bahan ni bersama


Bahan dilarut

1/4sk garam
60ml minyak masak
130ml air
1sk yis
3gm gula (sedikit je)
7gm susu pekat manis
1/2 biji telur


Bahan-Bahan Inti

4sb kelapa parut
2sb gula merah
sedikit air
Sehelai daun pandan
Kalau kurang manis, tambah gula pasir

Cara-Cara untuk Inti

Masuk semua bahan inti dalam periuk. Kacau sehingga semuanya sebati dan sedikit kering.




Cara-Cara

Tepung dan baking powder diayak dalam mangkuk besar. Bahan-bahan larut dicampur semua, kacau sehingga gula larut. Masukkan bahan larut ke dalam mangkuk tepung, sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan sehingga sebati dan tak lekat. Kalau lekat, jangan bimbang sangat, tapi janganlah pula terlalu lembik. Lembik melekit-lekit sedikit, ok.



Biarkan doh 5 minit.



Saya sediakan alas pau guna daun pisang. Boleh juga gunakan kertas minyak.  



Ambil sedikit doh. Leperkan. Kalau doh melekat, letak tepung atas tapak tangan. Letak inti, tutup dan bulat-bulatkan dengan kemas. 




Susun, jarak-jarakkan sebab pau akan naik lagi. 



Biarkan doh naik 2 kali ganda. Saya tak kukus terus, saya nak makan buka puasa. Jadi, saya simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. 



Nak makan, boleh kukus selama 10 minit. Air dah mendidih, baru masukkan pau. 



Pau sungguh lembut dan sedap. Alhamdulillah. 



Sekian. 

Wednesday, April 29, 2020

My Lovely.. Nestum Cookies with Dates & Choc

Assalamualaikum...

Salam 6 Ramadan.

Hari tu pergi beli barang, pasaraya tu bagi sebekas kurma. Oleh kerana saya susah sikit nak makan kurma gitu aje. Jadi, saya buat biskut kurma. 



Resepi adalah inspired dari blog Food Network. Tapi, saya ubah ikut citarasa saya. Hasilnya memang sedap sangat. Sapa-sapa yang merasa cookies ni akan ingat yang saya buat fruit cookies. Manis-manis dan yummy sangat. 



Bahan-Bahan

110 gm mentega
1/3 cawan gula perang 
1/3 cawan gula pasir
1 sk esen vanilla
1 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
1/2 sk baking powder
1/3 cawan coklat chip (saya guna coklat nipis yang saya patah2kan)
1 cawan kurma (dicincang kasar)


Cara-Cara

Putar mentega, gula perang dan gula pasir sehingga sekata. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi guna mixer sehingga sekata.



Masukkan tepung, nestum dan baking powder. Putar lagi sehingga sekata. 



Masukkan kurma dan coklat chip. Gaul sekata.




Panaskan oven 180 darjah. Sudukan adunan atas tray. Lapik dengan baking paper untuk elak melekat.  Jarakkan sedikit untuk elakkan bercantum. 



Masukkan adunan dalam oven. Bakar selama 12 ke 15 minit sehingga warna bahagian bawah cookies coklat gelap. 




Sejukkan cookies dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



Sangat sedap dan saya sangat suka.

Sekian. 

Sunday, April 26, 2020

Kambing Bakar yang wow..

Assalamualaikum.

Salam 3 Ramadan..



Sepanjang musim PKP ni memang ramai orang yang tetiba jadi chef. Tetiba juga cuba masak resepi baru. Almaklum, majoriti luangan masa adalah di rumah. Ini adalah waktu paling tepat untuk mencuba dan mencuba.

Justeru, memandang harga beli kambing bakar agak mahal berbanding buat sendiri. Maka, marilah cuba untuk buat sendiri. Saya guna resepi dari Saji.my. Saya adjust sedikit resepi ni. Masak elok kambing bakar ni. Lembut dan juicy. FYI, saya dah buat 2 kali. 

Bahan-Bahan

Daging kambing 5 - 6 slices
Sos tiram 2 sudu makan
3 sudu makan sos lada hitam (saya ganti dengan 1 sudu makan lada hitam ditumbuk)
2 sudu makan kicap
1 inci halia (tumbuk halus)
1 sudu kecil gula perang
1/2 sudu kecil daun rosemary kering
sedikit minyak masak


Cara-Cara

Semua bahan gaul sebati dengan daging. Perap daging 2 - 3 jam dalam bekas bertutup dan dalam peti sejuk.




Keluarkan dari peti sejuk. Letak sedikit (1/2 sudu kecil) minyak masak dalam kuali. Terus bakar. Saya bakar guna kuali ajaib. 




Hangus-hangus sikit dan tak berdarah, tanda dah masak. 



Boleh makan begitu sahaja. kalau terlebih rajin, buatlah gravy. Tapi, makan begitu sahaja pun dah sedap sangat. 

Sekian.

Saturday, April 25, 2020

Rendang Ayam Kampung Nismilan

Assalamualaikum.. 
Salam Ramadan al-Mubarak.



Sempena berbuka puasa 1 Ramadan semalam, saya masak special sikit. Saya masak Rendang Ayam Kampung Negeri Sembilan. Sesekali makan rendang cili api, memang podeh dan sodap. 

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam kampung (kalau saiz kecil, seekor pun ok)
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 sudu makan kerisik
2 batang serai (dititik)
1 keping asam
2 helai daun limau purut (hiris halus)
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

13 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
3cm kunyit hidup
1cm halia
1cm lengkuas




Cara-Cara

Masukkan ayam dalam kuali besar. Gaul bahan kisar dan serai. Biarkan sehingga ayam sedikit kering. Kacau sesekali bagi mengelakkan ayam melekat.




Masukkan santan. Kacau sekata. Masukkan air sedikit bagi memastikan ayam masak. Masukkan garam dan asam keping. Biar kuah pekat sedikit.



Masukkan kerisik. Masukkan daun limau purut. Gaul lagi sampai kuah pekat dan ayam masak.



Rendang Ayam Nismilan siap sedia untuk dihidang.



Sekian.