Thursday, November 24, 2011

Step by Step... Roti Jala cicah Kari Daging



First time ni nak cuba buat Roti Jala atau nama orang putihnya Net Bread (direct translation ni!).

Seperti mana namanya, roti ini takdelah rupa macam roti-roti gebu yang dipamkan kegebuannya oleh encik-encik mauripan sebaliknya Net Bread adalah sejenis roti yang seksi dan kelihatan seperti jala ikan.

Oleh kerana acuan saya ada sedikit masalah pembentungan (tersumbat sikit) jadi jala-jala yang dihasilkan kurang cantik. Tapi setelah dilipat segi tiga, difahamkan juri-juri chef tidak berjaya menemui kecacatan roti jala yang saya buat hehehe. Hakikatnya, roti jala saya memang terlebih seksi jalanya. Nescaya kalau menjala ikan dilaut, ikan tersebut akan dapat melepaskan diri kerana jalaku ini koyak-rabak dan compang-camping.




Walau bagaimanapun, seperti yang diduga, rasanya tetap curlasttt.. Mana taknya, sekali lagi laman sesawang Myresepi memang sangat bermanfaat. Kali ini resepi daripada lynn diguna oleh saya. Terima kasih Lynn, resepi anda tidak ada cacat-celanya, cuma acuan saya nih yang tak berapa nak elok.

Maka Step by Step.. Roti Jala bermula di sini...

Bahan-bahan

450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

 

Cara menyediakan

Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.




Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.






Gunakan balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.




Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.




Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.




Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.




Anda boleh dapatkan resepi kari daging di sini.

Oleh kerana, roti saya kurang cantik, saya sediakan video youtube yang mana anda boleh merujuk cara-cara membuat pusingan jala di atas kuali. Sekian, terima kasih.




Step by Step... Kari Daging



Menu hari ni kita masak masakan berempahlah pulak. Kita masak kari daging. Seperti ramai yang sedia maklum, kari sangat popular di India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan negara-negara di rantau Asia Tenggara. 

Perkataan `curry' berasal daripada perkataan Tamil iaitu kari (கறி ) yang bermaksud `sauce' (sos ler tu). Definisi lanjut bagi kari adalah daging atau sayur-sayuran yang dimasak dengan rempah-ratus sama ada dengan kuah atau tanpa kuah. 

Terdapat pelbagai jenis masakan kari di seluruh dunia. Rempah-ratus resepi-resepi kari ini dipelbagaikan dan berbeza mengikut budaya dan geografi. FYI, kat Jepun pun ada kari tau. Rasanya agak sedap juga cuma rasa kari dorang nih manis. So, macam pelik sikit la..

Kari Jepun

Kari yang saya nak masak hari ni adalah Malaysian Curry. Kari yang guna rempah kari dalam paket tu. Dari dapur Life is Colorful, mari kita mulakan Step by Step... Kari Daging..

Bahan-bahan

1 kilo daging (potong kecil2)
2 biji kentang (sebiji potong empat)
2 paket rempah kari daging/ayam saiz kecil (saya guna rempah Babas)
1 paket kerisik (40 gm)
1 biji kelapa parut (perah santan pekat dan santan cair - masing-masing satu mangkuk kecil)
1 asam keping
garam secukupnya
jika suka pedas, boleh tambah serbuk lada hitam

Bahan Tumis
4 ulas Bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
4 biji kayu cengkih
4 biji bunga lawang
4 biji pelaga
3 helai daun kari

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara menyediakan

Panaskan kuali/periuk dengan api sederhana besar. Tuangkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau.

Masukkan bahan kisar dan kacau selama 5 minit.



Masukkan rempah kari dan kacau lagi hingga sebati.



Masukkan daging dan kacau selama 5 minit. Masukkan garam secukup rasa.




Masukkan pati santan (santan pekat) dan kacau sesekali sehingga pecah minyak (kira-kira 20 minit).




Masukkan kerisik dan asam keping.



Masukkan santan cair dan akhir sekali masukkan kentang. Kacau sehingga kentang empuk. Setelah kentang masak, boleh tutup api sebab kari dah masak.



Kari ini sedap dimakan dengan nasi, roti jala (resipi roti jala, click sini), roti arab (resepi roti arab click sini) dan banyak lagi padanannya. Semuapun boleh...



Wednesday, November 23, 2011

Apabila Hasya sudah penat...

Setiap kali buat kek, setiap kali juga my daughter sibuk je nak menolong. Kalau betul-betul nak tolong tu takpe lah jugak. Tapi, selalunya lebih kepada tolong mengacau je. Suka sangat nak `tolong' pukul adunan..

Bila nak snap Step by Step.. Ayam Masak Kicap, Hasya sibuk  je mintak nak makan ayam goreng. Ish budak ni, ayam tu untuk masak kicap lah.



Tapi sebab dah berdengung-dengung gegendang telinga sebab dia asyik tanya je "Boleh makan tak ayam tu?", maka sayapun bagi jelah. Kot dapatlah ketenangan untuk seketika.

Lepas dapat drumstick tu, terus diam je Hasya. Ingatkan makan ayam goreng tu dengan bersopan, rupa-rupanya dah tertido kat atas lantai...

Hmmm...Tido siap peluk ayam goreng tu lagi!


berbantal lengankan ayam goreng


Step by Step.. Chocolate Sour Cream Cake




Hari tu suruh Mr. Hubby beli sour cream. Hajat di hati nak buat no-bake cheesecake. Tapi kekangan melanda sebab cream cheese tak dak. Jadi, kena ubah resepilah hari ni.

Jari-jemari pun gatallah menggoogle perkataan kek sour cream. Maka, keluarlah entry dari Myresepi `Chocolate Sour Cream Cake'. Resepi ini  daripada Alia.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat Step by Step... Chocolate Sour Cream Cake..

Bahan-bahan ( 18 cm )

1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang
 1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
1/2 cawan sour cream
1 sudu kecil esen vanilla
80g coklat chips
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum


[ sirap coklat ]

1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar fresh milk
30g coklat masakan
1/4 cawan gula perang

Cara-cara

Pukul mentega dan gula sehingga berkrim




 Masukkan telur sebiji demi sebiji




Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan kering. Kacau sebati.




Masukkan sour cream dan esen vanilla




Kemudian masukkan coklat chips. Kacau sebati.




Sediakan sirap coklat. Masukkan semua bahan-bahan untuk sirap. Cairkan dengan kaedah double bowl.



Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang.





Masukkan 1/2 sirap coklat.




Ulang kaedah 7 dan 8




Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 55-60 minit.


Kek yang saya buat ni merekah sedikit di tengah-tengah. Tapi tak mengapalah, bukan nak masuk pertandingan masakanpun.. Cuma nak makan je kan..

Walaupun rupa kek tak berapa cun, tapi rasa kek ni tetap sedap dan berkrim.. Dah rasa macam kek coklat pulak sebab moist dan kaya dengan rasa coklat. Gigit sana coklat, gigit sini pun coklat hehehe...