Tuesday, April 2, 2013

Hello Kitty Town.. Riang Ria di Johor Negeriku! (Part II)

Bersambung dari Part I

Oleh kerana saya ada 2 orang puteri cilik, tentunya Hello Kitty Town adalah taman tema yang amat sesuai untuk dikunjungi. Ye kan, kucing comel dan warna pink pasti akan menambat hati kanak-kanak perempuan.


Harga tiket untuk satu taman tema ialah RM50. Manakala bagi 2 taman tema (hello Kitty dan Little Big Club) ialah RM85. Maka, saya memilih untuk beli tiket 2 taman ini sekali. Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama sahaja. Walau bagaimana pun, Khayra masuk percuma sebab masih di bawah 3 tahun.


dah beli tiket

tag tangan


Menuju ke pintu masuk Bandar Hello Kitty ini, segala-galanya berlatar belakangkan warna merah jambu.

depan pintu masuk Hello Kitty Town


Meskipun taman tema indoor ini baru dibuka pada penghujung tahun lepas, namun ramai sungguh pengunjung memeriahkan suasana.






Justeru, kami perlu beratur lama lah juga untuk menyertai aktiviti-aktiviti di Wishful Studio.




Mula-mula kita buat biskut dulu.


guna ni utk hias cookie


Lepas tu kita hias kuku.


pewarna kuku

Hasya

Dah siap


Lepas tu kita buat rantai tangan.


Bracelet Hello Kitty


Dan kita jadi Hello Kitty & Friends hehehehe...


Costume My Melody


Kami juga bermain cawan pusing-pusing (Tea Cup Rides).



Juga ada persembahan atau Mini Karnival pada masa-masa tertentu.






Kemudiannya melawat Rumah Hello Kitty yang pinky, comel dan cantik.


Ruang tamu

Dapur



Almari

Kabinet dapur

Kalau lapar boleh makan di cafe-cafe yang ada dalam taman tema ni.




Aktiviti di Friendship Land.




Dan kemudian ke Black Wonder untuk selamatkan Hello Kitty. 


pengembaraan bermula

kena kurung

kesian ngan Kitty

puzzle?




Stamp dah penuh. Aktiviti dah selesai. 

Kad ni terlebih kolum. Dah abis dah aktiviti. 

Bersambung di Part III.




Monday, April 1, 2013

Puteri Harbour .. Riang Ria di Johor Negeriku!

JOHOR. Negeri Darul Takzim ini amat dekat di hati saya. Inilah negeri saya dibesarkan. Dari tidak kenal ABC sehingga habis zaman persekolahan, di negeri inilah segala pahit dan manis meniti alam kanak-kanak dan remaja. Dan, hujung minggu yang baru sahaja berlalu ini saya kembali ke negeri yang penuh nostalgia ini.

Johor, saya datang!

Perjalanan ke Selatan tanah air tidak begitu mencabar berbanding dengan perjalanan ke Utara tanah air yang mana terpaksa menempuh bentuk muka bumi berbukit-bukau, berliku dan kesesakan trafik yang luar biasa. Kurang 4 jam kami telah menyusur keluar lebuh raya menuju ke rumah My Sis di Senai, Johor.

Banyak sungguh perubahan di negeri tempat saya bermain ini. Kalau tak kerana bantuan GPS, pastinya saya akan menempuh kesukaran untuk mencari rumah My Sis. Sedangkan 5 tahun yang lalu saya masih mahir lagi selok-belok jalan di daerah Senai. Mana tidaknya, Johor sekarang sudah ada pelbagai tarikan baru. Ada Bandar Nusajaya dan Puteri Harbour. dan esok pagi (Sabtu 30 Mac 2013) kami akan ke Puteri Harbour.




Pagi Sabtu, Hasya amat teruja sekali untuk ke Puteri Harbour. Pagi ini kami akan ke destinasi Riang Ria yang pertama iaitu ke Little Red Cube, Puteri Harbour yang mana terletaknya Taman Tema Hello Kitty Town dan Little Big Club. Perjalanan dari Senai ke Puteri Harbour hanya memakan masa kira-kira 30 minit.

Menuju ke Bangunan Little Red Cube


Sebaik sahaja tiba di Puteri Harbour, kami ambil kesempatan untuk melihat-lihat sekitar kawasan tersebut.





kapal layar mewah



Seterusnya, kami menuju ke Bangunan Little Red Cube untuk ke taman-taman tema yang terletak dalam bangunan tersebut.




Saya tidak pasti bangunan ini berapa tingkat sebenarnya. Yang saya diberitahu, Hello Kitty Town berada di Aras 1 bangunan manakala Little Big Club di Aras 2 dan 3. Sebaik sahaja menaiki eskalator, pandangan kami tertumpu kepada Restoran Lat's Place.






FYI, restoran ini tidak menawarkan hidangan sepanjang masa sebaliknya hidangan dibuat secara berjadual. Ini kerana pengunjung akan dihiburkan semasa makan. Justeru, restoran ini dibuka untuk makan tengah hari (hujung minggu sahaja) dan makan malam. Kami tidaklah terasa untuk makan di sini, cuma lukisan-lukisan Dato' Lat pada dinding luar restoran ini begitu menarik perhatian Hasya dan Khayra.


Lat's Place







Juga decor yang bermotifkan tradisional dan kampung.





Terdapat juga kedai cenderahati Lat yang dijual untuk peminat-peminat kartun ini.


Tumbler

Beg

T-shirt


Bersambung di Part II.