Bersambung dari Part I
Oleh kerana saya ada 2 orang puteri cilik, tentunya Hello Kitty Town adalah taman tema yang amat sesuai untuk dikunjungi. Ye kan, kucing comel dan warna pink pasti akan menambat hati kanak-kanak perempuan.
Oleh kerana saya ada 2 orang puteri cilik, tentunya Hello Kitty Town adalah taman tema yang amat sesuai untuk dikunjungi. Ye kan, kucing comel dan warna pink pasti akan menambat hati kanak-kanak perempuan.
Harga tiket untuk satu taman tema ialah RM50. Manakala bagi 2 taman tema (hello Kitty dan Little Big Club) ialah RM85. Maka, saya memilih untuk beli tiket 2 taman ini sekali. Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama sahaja. Walau bagaimana pun, Khayra masuk percuma sebab masih di bawah 3 tahun.
| dah beli tiket |
| tag tangan |
Menuju ke pintu masuk Bandar Hello Kitty ini, segala-galanya berlatar belakangkan warna merah jambu.
| depan pintu masuk Hello Kitty Town |
Meskipun taman tema indoor ini baru dibuka pada penghujung tahun lepas, namun ramai sungguh pengunjung memeriahkan suasana.
Justeru, kami perlu beratur lama lah juga untuk menyertai aktiviti-aktiviti di Wishful Studio.
Mula-mula kita buat biskut dulu.
| guna ni utk hias cookie |
| pewarna kuku |
| Hasya |
| Dah siap |
Lepas tu kita buat rantai tangan.
| Bracelet Hello Kitty |
Dan kita jadi Hello Kitty & Friends hehehehe...
| Costume My Melody |
Kami juga bermain cawan pusing-pusing (Tea Cup Rides).
Juga ada persembahan atau Mini Karnival pada masa-masa tertentu.
Kemudiannya melawat Rumah Hello Kitty yang pinky, comel dan cantik.
| Ruang tamu |
| Dapur |
| Almari |
| Kabinet dapur |
Kalau lapar boleh makan di cafe-cafe yang ada dalam taman tema ni.
Aktiviti di Friendship Land.
Dan kemudian ke Black Wonder untuk selamatkan Hello Kitty.
| pengembaraan bermula |
| kena kurung |
| kesian ngan Kitty |
| puzzle? |
Stamp dah penuh. Aktiviti dah selesai.
| Kad ni terlebih kolum. Dah abis dah aktiviti. |
Bersambung di Part III.
2 comments:
Rugi kalau pergi ke Johor, tidak pergi ke Legoland dan Hello Kitty Malaysia. Anak saya paling suka hias kuku kat sana.
Haah, saya akan pergi lagi.. tunggu anak no. 2 ni besar sikit :)
Post a Comment