Burger yang dijual di tepi jalan memang sedap dimakan. Burger yang dijual di McD, KFC, Carl's Jr, A&W dan Marrybrown pun sedap sangat dimakan. Tapi, hari ni saya buat burger di rumah (home-made lagi!). Ini gara-gara permintaan Mr. Hubby nak makan burger yang dagingnya tebal (lebih tebal daripada quarter pounder McD) dan apabila digigit terasa kepedasan cilinya.
Maka, cili yang sesuai adalah cili padi. Wow, cili padi dalam daging burger!
Sebenarnya (once upon a time), masa kami road trip di US dulu, kami ada singgah makan tengah hari di Indianapolis. Restoran Pakistan yang kami pilih tu ada buat burger yang sangat lazat. Tak tahulah dia guna lada apa (mungkin jalapeno), tapi apabila digigit, memang terasa kepedasan ladanya. Jadi, Mr. Hubby teringin nak makan burger yang pedas seperti yang kami makan di Indianapolis.
Maka, saya pilih cili padi kerana saya tak jumpa jalapeno di pasar raya dan pasar malam hehehehe... Marilah cuba resepi ni. Kalau tak suka pedas, tak perlu letak pun cili padi. Cuma tambah sikit lagi sukatan untuk lada hitam. Burger-burger biasa tu pakai lada hitam je pun.
Bahan-bahan
200gm daging kisar
1/2 biji bawang merah saiz agak besar (kalau bawang tu besar sangat, guna 1/3 jelah)
2 ulas cili padi (boleh guna 3 atau 4 untuk lebih pedas)
1/4sk lada hitam kisar
1/4sk oregano flakes
1/4sk parsley flakes
2sb serbuk roti
1sk olive oil
Cara-cara
Bentukkan daging. Kalau suka tebal, dapatlah dua keping je. Kalau suka nipis, boleh dapat 4 keping.
daging yang tebal |
Masukkan dalam bekas dan biar dalam peti sejuk dalam sejam dua. Kalau nak biar lebih lama pun ok je.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng daging burger hingga masak. Api jangan besar sangat nanti burger tak masak tengah. Saya tutup kuali seketika untuk memastikan daging masak hingga ke tengah.
Sudah siap |
Nota: Untuk roti burger, anda boleh beli roti dah siap di kedai atau boleh buat bun sendiri. Saya guna resepi bun ni. Boleh dapat 12 bun (saya sebenarnya buat 10 bun kari daging dan buat 2 bun kosong untuk buat bun burger). Cuma saya tambah bijan atas bun supaya sesuai jadi bun burger. Cara tambah bijan atas bun, cuma glis dengan sedikit air dan tabur je bijan atas permukaan bun.
Bun tu belah dua. Boleh sapukan mentega pada bun dan lepas tu letaklah sos, mayonis dan keju cheddar.
Sila letak Salad, tomato dan bawang jika suka dan untuk menambah keindahan burger anda. Saya memang tak makan sayur-mayur ni, jadi membazir untuk comel-comelkan burger hehehe..
Tebalkan? |
Sekian.
No comments:
Post a Comment