Semalam Hasya Irdina menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6. Maksudnya, sudah 6 tahun Hasya menjadi penyeri hati saya dan Mr. Hubby.
Oleh kerana tahun ini adalah tahun akhir Hasya akan berada di Tadika, saya merancang untuk mengadakan sambutan di Tadika beliau. Justeru, cuti terpaksa saya ambil pada hari Khamis untuk memastikan saya berjaya menyiapkan sebiji kek dan juga cenderahati untuk rakan-rakan sekelas Hasya.
Saya ambil keputusan untuk buat kek coklat. Tentunya anak-anak kecil di Tadika akan lebih teruja untuk merasa kek coklat daripada kek keju. Oleh yang demikian, saya memilih Super Moist Eggless Chocolate Cake yang mana pernah saya buat sebelum ini. Cuma kali ini saya gandakan sukatan untuk mendapatkan kek yang lebih besar. Saya juga guna loyang 10 inci. Untuk topping, saya hiaskan dengan coklat masakan, strawberry dan walnut!
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking
powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
2 cawan gula
perang
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil chocolate emulco - optional
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
1 sudu kecil chocolate emulco - optional
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
2 sudu kecil cuka atau
jus lemon
Cara-cara (sila ke link ini untuk langkah Step by Step)
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang
kek (saya pakai 10 inci).
Griskan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda
bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan
gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk (saya guna mixer, tapi tak putar lama). Pastikan adunan tidak berketul. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama (ini pun saya guna mixer).
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk (saya guna mixer, tapi tak putar lama). Pastikan adunan tidak berketul. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama (ini pun saya guna mixer).
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar
selama 50 - 60 minit atau hingga cukup masak (saya ambil masa 55 minit).
Nota: Masa membakar adalah berbeza bagi oven yang berlainan. Jangan panik kalau nampak kek ni lambat nak masak tengah-tengahnya. Kalau tengah-tengah tu dah tak cair (cucuk guna lidi), maka dah masak le tu.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga
dihiaskan dengan topping kegemaran. Tapi biarkan kek sejuk dulu. Saya cairkan 125gm coklat masakan, 15gm mentega
dan 70ml susu segar (guna api kecil atau double boil).
Lepas tu saya tuang atas kek, saya hiaskan atas kek dengan hirisan buah strawberry dan walnut (saya hancurkan sedikit) yang saya dah goreng tanpa minyak.
Paipkan coklat masakan |
Lepas tu saya tuang atas kek, saya hiaskan atas kek dengan hirisan buah strawberry dan walnut (saya hancurkan sedikit) yang saya dah goreng tanpa minyak.
Kek dah siap, saya siapkan pula beg cenderahati (goodies bag) untuk rakan-rakan sekelas Hasya. Sebab saya tak cukup masa nak menjadi kreatif, beg ni saya beli yang dah siap je. Dalam beg ni saya masukkan snek, coklat, lolipop, mainan dan alat tulis.
Buat 35 beg |
Beg yang comel |
Intai isi beg |
Bangun pagi-pagi Jumaat itu juga, saya sediakan sosej puff (buat) dan donut (yang ni beli) untuk dibawa ke Tadika.
FYI, sambutan hari jadi Hasya di Tadika ni dibuat pada hari Jumaat 18 Januari. Sehari sebelum hari jadi dia yang sebenar. Selamat hari Jadi Hasya!
No comments:
Post a Comment