Wednesday, December 12, 2012

Nasi Goreng Udang Galah



Saya ada terbeli beberapa ekor udang galah. Masa beli tu saya asyik teringat nak buat mee udang. Terbayang betapa bestnya kalau dapat buat mee udang guna udang galah. Malangnya, kemalasan terus menjadi penyakit utama diri saya. Malas nak buat itu, malas nak buat ini. Si kecik Khayra tu pun semakin pandai merengek-rengek. Asyik nak minta didukung. Oleh kerana tak tau bila nak buat mee udang, saya buat Nasi Goreng Udang Galah je la dulu ye. Saya tak guna banyak udang, guna 3 ekor je hehehehe....



Bahan-bahan (2 orang)

5 tangkai cili kering (buang biji, rendam air panas, tos dan kisar)
2 ulas bawang merah -kisar
2 ulas bawang putih - kisar
secubit belacan - kisar
2-3 cawan nasi putih
3 ekor udang galah (kalau nak letak 6 ekor pun takpe) - bersihkan
sebiji telur
1 sb kicap manis
garam secukup rasa

Nota: Boleh letak sayur seperti sawi atau kangkung, kalau suka. 

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jangan banyak sangat minyak, nanti nasi goreng anda berminyak2). Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering dan naik bau. Masukkan udang galah dan goreng seketika sehingga udang masak.



Masukkan telur. Kacau di dalam kuali sehingga telur masak.



Masukkan nasi dan kicap.


Masukkan garam secukup rasa. Kalau letak sayur, boleh masukkan di sini. Goreng sebati. 


Tutup api. Boleh dihidang. Makan dengan senyuman. 


  

Sunday, December 9, 2012

Bun Kari Daging & Bun Butter Sugar

Terasa lama betul tak meroti. Apa kata hari ni kita meroti. Hujung-hujung minggu begini barulah ada masa lebih sikit nak meroti. Almaklum nak minta bibik BM250 tu uli roti pun ambil masa 1 jam 30 minit.

Saya terasa nak makan roti kari. Teringat masa kecik-kecik dulu, saya suka sangat dengan roti kari. Bun kari ni dijual oleh penjual roti yang naik motor, yang kiri kanan motor penuh dengan roti tu hehehehe...



Untuk doh roti, saya akan gunakan resepi dari Amanda. Saya memang suka resepi doh ni sebabnya, dapat bun yang lembut tanpa perlu menyediakan water roux. Oleh kerana resepi doh ni boleh dapat banyak doh, kali ni pun saya akan buat dua jenis bun. Dipersembahkan Step by Step... Bun Kari Daging dan Bun Butter Sugar. Pilihan anda sama ada suka yang pedas atau manis:)


Bahan-bahan (untuk roti)

3 1/4 cawan tepung roti
1 1/3 cawan susu segar
2 1/4 sk yis
1 sb gula
1 sk garam
3 sb minyak zaitun
 
Cara-cara

Bahan-bahan untuk roti tu saya masukkan je dalam breadmaker. Pastu saya pilih fungsi menguli doh dan BM tu pun ulilah selama 1 jam 30 minit.



Bila dah siap, saya pun keluarkan doh yang sudah licin, kembang dan sebati tersebut. Saya uli-uli guna tangan seketika. Donh ini akan jadi lebih kenyal dan tidak melekat pada tangan. Kemudian, saya bahagikan doh ini kepada 2 bahagian.



Saya ambil satu bahagian. Satu bahagian ini saya bahagikan pula kepada 8 bahagian. Mnakala satu lagi bahagian, bahagi kepada 6. 8 bahagian tu untuk Bun Butter Sugar dan 6 bahagian tu untuk bun kari.



Kita buat bun kari daging dulu. Untuk kari daging, anda boleh guna resepi seperti di link ini.

Leperkan satu bahagian doh yang telah dibahagi 6 tadi. Kemudian letakkan inti kari daging ditengah-tengah. Tutup doh dan uli bulatkan. Ulang sehingga siap lapan biji bun kari daging. Boleh tabur sedikit keju parmesan dan parsley flakes atas bun untuk kesan yang lebih menarik.

 
Ini gambar selepas doh kembang 2 kali ganda
 


Lepas tu kita buat Bun Butter Sugar pula. Resepi inti adalah seperti di bawah:
 
50 gm mentega



sedikit esen vanilla 
20gm gula perang (brown sugar) 

Gaul inti ini dengan sebati. Kemudian, sama seperti buat bun kari tadi, ambil satu bahagian doh yang telah dibahagi 8, leperkan. Letak inti butter sugar di tengah-tengah, tutup dan uli bulatkan.





Untuk Bun Butter Sugar ni saya akan buat Bun berkembar, jadi kembarkan setiap doh seperti foto di bawah. Boleh guna pelapik muffin untuk jadikan pelapik bun.



Bahagian atas bun boleh sapu sedikit inti untuk kesan yang lebih menarik. Kemudian, biarkan 30-40 minit sehingga bun naik sekali ganda.



Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 10-15 minit. Saya bakar 10 minit je.


6 bun kari & 4 bun berkembar butter sugar



Bun Butter Sugar

Bun Kari Daging

 


Berhati-hati ye makan Bun Butter Sugar tu panas-panas sebab inti dia mencair dan panas sangat.

Bun Butter Sugar


Bun Kari Daging ni memang awesome.

 

 Sekian.


Thursday, December 6, 2012

Baked Cherry Cheesecake untuk Birthday Datuk Tiger


Sebenarnya hari ini bukan hari jadi Datuk Ibrahim Yahaya (DIY) atau lebih dikenali sebagai Datuk Tiger. Ulang tahun kelahiran Datuk Tiger adalah pada 4 Disember setiap tahun. Oleh kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan, hari ini (6 Disember 2012) barulah dapat saya dan rakan-rakan meraikan ulang tahun kelahiran ex-boss kesayangan kami ini. FYI, Datuk Tiger adalah mantan Ketua Pengarah Penyiaran. Sekarang ni DIY bertugas sebagai Pegawai Media kepada YB. Menteri KPKK.



Saya buat `Baked Cherry Cheesecake' untuk my ex-boss ni. Resepinya saya berikan secara Step-by-Step pada penghujung entry ini. 

Baked Cherry Cheesecake


Sekarang ni nak cerita tentang sambutan hari jadi dulu ye. Mula-mula Datuk Ibrahim kena la tiup lilin dulu. Pastu kena potong kek.

DIY Sedang tiup lilin diiringi oleh 2 orang model novel `YB Beruk' :)

DIY memotong kek diiringi ulasan secara langsung oleh Hafizal Hamad


Kek ini memang anggun.


Sepotong Baked Cherry Cheesecake
Model Kek yang Gorgeous


Bunga dan kad comel iringan untuk birthday boy. 




Kebetulan pula novel tulisan Datuk Tiger `YB Beruk' baru sahaja diterbitkan. Maka kami dapat sorang satu masterpiece ini. 


Novel karya Datuk Ibrahim Yahaya


Yang bestnya, ada tandatangan dan ucapan daripada penulis.  Nampaknya, kenalah baca cerita pasal `YB Beruk' ni hehehehe.. (Siapakah itu YB Beruk?)




Makan pizza juga. 




Ambil gambar kenangan.


Intan, Zura, Fizal, Saya & Syida bersama DIY.



Jom kita tengok resepi `Baked Cheery Cheesecake'. Resepi ini saya olah dari resepi Baked Cheesecake  ummizaihadi.
Bahan-bahan
Lapisan bawah (crust)
230 gm serbuk biskut digestive (saya guna biskut oreo, hancurkan dan buang krim ye)
30 gm gula kastor
75 gm butter - cairkan

Lapisan atas
250 gm cream cheese 

Ini cherry filling yang saya guna
125 ml whipping cream
1 camca besar jus lemon
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telur


Cheery filling secukupnya



Cara-cara 

Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang yang telah digris terlebih dulu. Simpan dalam fridge 20 minit.


Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telur dan esen vanila. Putar lagi.


Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.


Kemudian putar putih telur hingga separuh kental (saya pukul hingga kental dan bertanduk), masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.



Tuang ke dalam loyang lapisan biskut tadi. Saya letak beberapa biji cheery filling dalam kek. Buah-buah cheery ni mendap sendiri dalam kek. 




Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 30-35 minit (bergantung kepada oven)
Nota: Saya bakar suhu 165C selama 50 minit. 



Tips: Jangan buka pintu oven semasa memasak. Bila kek telah masak, renggangkan pintu oven. Bila telah sejuk, baru masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau benar-benar sejuk. 

Setelah sejuk, barulah saya keluarkan kek dari loyang dan letak atas pelapik kek. Kemudian saya piping cantik-cantik Cheery Filling atas kek. Siap, tu je. Kiut-miut kek ni. 

Selamat Hari Jadi Datuk Ibrahim!