Monday, January 2, 2012

Step by Step... Nasi Minyak Olive Hujan Panas



Masih dalam hari-hari cuti umum tahun baharu 2012. Masih meraikan kedatangan tahun baharu 2012. Dan saya masih teringatkan kemanisan dan keindahan pavlova yang membuka tirai Life is Colorful tahun 2012 ini....

Walau bagaimanapun, perut yang lapar harus diisi. Hari cuti umum bermakna kena masak special sikit sebab ada 3 orang yang akan lunch di rumah iaitu Mr. Hubby, Hasya dan tentunya saya. Saya berkira-kira untuk masak nasi minyak, tapi kalau boleh nak kurangkan kolestrol dalam makanan. Yelah, 2-3 hari ni banyak sangat makan makanan berlemak, kalau buat nasi minyak, makin berminyaklah badan kami semua.



Maka, saya terfikir untuk buat nasi minyak tapi menggunakan olive oil (minyak zaitun). Ini bermakna, nasi minyak ini tidak menggunakan minyak sapi dan mentega. Meskipun, diganti dengan olive oil, rasanya sedap dan menggembirakan hati. Malah, tidak ada rasa muak kerana nasi minyak olive ini tidak terlalu berminyak atau berlemak.




Pewarna merah, kuning dan hijau yang ditambah pada nasi, menambahkan kecantikan nasi ini dan secara tidak langsung membangkitkan selera. Penyediaannya juga mudah dan mengambil masa yang singkat. Mari kita lihat langkah demi langkah... Nasi Minyak Olive Hujan Panas....

(Resepi Ayam Masak Merah sila klik sini)

Bahan-bahan (untuk 3-4 orang)

2 cwn beras basmathi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan olive oil
1 helai daun pandan
1/2 sk garam

1 btg kulit kayu manis (saiz kecil)
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga

pewarna - merah, kuning dan hijau
sedikit kismis (jika suka - saya tak letak)


Cara memasak

Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.



Panaskan kuali. Masukkan olive oil.



Setelah minyak panas, tumis bahan-bahan hirisan sehingga berwarna kuning dan berbau wangi.



Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji buah pelaga. Kacau hingga naik bau.


Tutup api. Cuci beras dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air yang secukupnya.



Masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi dalam periuk nasi.



Masukkan daun pandan dan garam.



Masak nasi seperti biasa.



Apabila nasi sudah masak, letak beberapa titik pewarna merah, hijau dan kuning. Gaul rata.



Telah siap untuk dihidangkan. Nasi ini amat sesuai dimakan dengan rendang (resepi rendang ayam klik sini), kari (resepi kari daging klik sini), ataupun ayam masak merah. Kali ini saya makan dengan Ayam Masak Merah. Untuk resepi Ayam Masak Merah sila klik sini.





Step by Step... Ayam Masak Merah



Ayam masak merah amatlah sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi tomato ataupun nasi minyak. Saya ingin kongsikan cara saya menyediakan masakan popular ini.


Bahan-bahan

400gm ayam (5 potongan yang sederhana sahaja saiznya)
6 tangkai cili kering (dipotong, direndam, dicuci dan ditos)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
100 gm tomato puri
1/2 cawan sos tomato
1 tin kecil kacang hijau (saya guna kacang pea AyamBrand)
sebiji bawang besar dipotong bulat (yang ni saya tak letak)
Garam dan gula secukupnya
serbuk kunyit untuk menggoreng ayam


Cara Memasak

Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.



Panaskan minyak, dan gorang ayam sehingga ayam masak dan berwarna keemasan.



Tos dan ketepikan.



Kisar cili kering, bawang dan halia.



Panaskan minyak (lebih kurang 4 sudu besar minyak). Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan agak kering.



Masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau lagi. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.



Masukkan kacang hijau dan potongan bawang (saya tak letak bawang). Kacau lagi.




Masukkan ayam yang telah digorang tadi. Gaul sebati. tutup api.




Siap dan sedia dimakan.



Sunday, January 1, 2012

Step by Step.. Pasta Carbonara

Hari ini Jan 1, 2012. Buat pertama kalinya saya begitu berat hati untuk menulis entry seterusnya untuk Life is Colorful. Bukan kerana saya malas atau saya merajuk, tapi kerana entry Pavlova yang saya buat pada detik 12 malam semalam begitu indah di mata dan di hati. Sehinggakan, saya seperti mahu entry tersebut berada di puncak paling atas blog ini tanpa ada kemasukan mana-mana entry yang lain.

Kemudian, saya tersentak daripada lamunan akan keindahan Pavlova tersebut. Saya sedar yang saya harus teruskan perjuangan. Tahun baharu sepatutnya memberikan semangat berganda buat saya. Entry Pavlova bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya satu permulaan bagi langkah ke peringkat yang seterusnya.

Maka, kuatkan hati dan semangat dengan kata-kata inspirasi daripada Einstein:

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.



Mari kita teruskan membloging menerusi Life is Colorful. Entry pada 1 Jan ini adalah Pasta Carbonara. Sekali lagi Italian Cuisine menjadi pilihan selera. Resepi adaptasi dari Yani di MyResepi.




Bahan-bahan (saya adjust sedikit Yani buat utk 2 org, tapi saya buat utk 3 org)

3 biji telur separuh masak
Pasta utk 3 org makan (saya guna Tagliatelle sebanyak 160gm, boleh guna spaghetti juga)
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar butter
sedikit garam
1 ulas bawang putih- dicincang (saya kisar)
1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang (saya kisar)
2 sudu besar minyak zaitun
80 gm Isi ayam dipotong kecil (saya tambah)
Parmesan cheese secukupnya
Parsley kering secukupnya
4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu) - saya tak letak sbb tak international
serbuk lada sulah/lada hitam


Cara memasak

Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.

Pasta yg saya guna, tapi tak pakai semua

Cuma pakai 6 gulung


toskan


Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masuk isi ayam dan kacau hingga ayam masak.



Masukkan pasta bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin.




Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.




sepatutnya telur kuning tu tak pecah, saya terkasar pula

Siap untuk dimakan.





Step by Step.. Pavlova (It's a Celebration!)

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua! 

“To follow, without halt, one aim: There’s the secret of success.”
Anna Pavlova (1881-1931)

Celebration for me: Sebagai seorang blogger, saya berjaya mencapai salah satu matlamat iaitu untuk membangunkan blog `Life is Colorful' sekurang-kurangnya dengan 100 entry. Saya juga dapat mencuba banyak resepi masakan yang sebelum ini saya tidak yakin yang saya boleh menghasilkan masakan tersebut. Saya percaya ramai di antara anda yang selalu berasa takut untuk mencuba sesuatu. Tapi, jika anda tidak mencuba, anda tidak akan tahu sama ada anda akan berjaya ataupun gagal. Kalau saya boleh lakukan, anda juga boleh.




Bagi membuka tirai tahun 2012, saya buka blog ini dengan sebuah resepi hebat yang saya sendiri tidak percaya yang saya akan dapat buat iaitu PAVLOVA.





Setelah hampir 3 bulan saya meninjau-ninjau resepi Pavlova dan melihat ramai blogger masakan berjaya membuat dessert ini, akhirnya saya memberanikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah, usaha saya berjaya.

FYI, Pavlova merupakan dessert yang popular di Australia dan New Zealand. Dessert ini dinamakan sempena nama penari ballet, Anna Pavlova (dari Russia) yang melawat kedua-dua negara tersebut pada tahun 1926. Dessert ini memainkan peranan penting sebagai makanan kebangsaan bagi Australia dan New Zealand. Dihidangkan semasa perayaan dan acara-acara penting.




Australia dan New Zealand masing-masing mendakwa Pavlova berasal dari negara mereka. Pertikaian tersebut sehinggalah ke hari ini walaupun terdapat kajian yang mengesahkan bahawa dessert ini berasal dari New Zealand.

Tak mengapalah, biar dari manapun asal-usul meringue dessert ini, yang penting kita kena cuba masak dan cuba makan. Dipersembahkan secara langkah demi langkah... Pavlova... (resepi saya adaptasi dan terjemahkan dari joy of baking)


Bahan-bahan (untuk 6-8 orang makan)

4 putih telur (lebih kurang 120 gm)
3/4 gula kastor (saya kurangkan, resepi sebenar 1 cwn)
1/2 sk esen vanilla
1 sk cuka putih (cuka masakan)
1/2 sudu makan tepung jagung


Untuk Topping

1 cawan (240ml) whipping cream 
1 sudu makan gula kastor (resepi asal 1 1/2, saya kurangkan)
1/2 sk esen vanilla

Buah-buahan segar yang anda suka - saya letak strawberry, kiwi dan anggur (dinasihatkan untuk memilih buah-buahan yang masam kerana Pavlova ini sudah manis bangat).


Cara membuatnya

Dalam mangkuk besar dengan kelajuan sederhana, pukul putih telur guna mixer sehingga soft peak. Maksudnya pukul sampai kental sedikit tetapi belum berkilat dan bertanduk sepenuhnya.


Soft peak


Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi. Kali ini kena sampai bertanduk dan berkilat. Rujuk gambar untuk lihat rupa tanduk-tanduk tersebut. Apabila adunan ni bertanduk, ia adalah kental dan tak tumpah kalau diterbalikkan. Adunan putih telur yang kental ini dipanggil `meringue'.


masuk gula sedikit demi sedikit

Nampak tak, ada banyak tanduk

Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.




Masukkan tepung jagung dan cuka masakan. Gaul guna spatula hingga sebati.



Sediakan loyang pembakar dan letakkan sekeping kertas minyak. Di atas kertas minyak (saya pakai baking sheet yang non-stick), lukis bulatan 7 inci. Saya guna loyang 7 inci untuk lukis bulatan 7 inci. Terbalikkan kertas minyak untuk letak adunan.



Sendukkan (guna spatula je) adunan meringue tadi ke atas kertas minyak. Saya mulakan dengan letak di tengah-tengah dan kemudian cantikkan adunan dalam bulatan yang dah dilukis tadi. Bentukkan tebing-tebing meringue supaya lebih tinggi daripada bahagian tengah. Seolah-oleh seperti sarang burung (nanti nak letak topping).




Panaskan oven pada suhu 130 darjah dan bakar meringue selama 60-75 minit. Saya bakar selama 75 minit iaitu sampai warna meringue jadi coklat muda.


masuk oven


selepas 75 minit

Selepas itu, tutup api oven, tapi jangan keluarkan meringue. Biarkan sejuk dalam oven selama sejam lagi. Sila renggangkan pintu oven anda. Meringue yang berjaya adalah apabila di luar permukaannya `firm' bila disentuh dan apabila telah sejuk ia akan retak sedikit. Menerusi keretakan tersebut, anda boleh lihat dalam meringue yang lembut dan seperti marshmallow. 


Nampak tak rekahan di sekitar meringue?

Kalau tak nak makan sekarang, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Jika dah nak makan, kita perlu siapkan topping.

Perlahan-lahan alihkan meringue ke atas pinggan atau dulang hidangan. Sila berhati-hati yang amat kerana meringue ini sangat rapuh. Itulah sebabnya saya gunakan non-stick baking sheet supaya meringue ini senang nak saya pisahkan dengan kertasnya.


Rekahan bertambah besar berlaku semasa proses pengalihan

Pukul whipping cream guna mixer sehingga kental. Masukkan gula dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.





Sudu atau paipkan whip cream tadi ke atas meringue.




Susun buah-buahan ikut kreativiti anda. Maka dengan ini siaplah Pavlova..






Pavlova ini memang manis tetapi akan seimbang kemanisannya dengan gigitan buah-buahan masam pada toppingnya. Akhir kata sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2012!