Sunday, July 9, 2017

Cara buat kerisik

Assalamualaikum...

Kalau tiba-tiba anda terlupa nak beli kerisik, maka kenalah buat sendiri. Kalau nak buat sendiri, pastikan ada kelapa parut. Tak ada kelapa parut, memang tak bolehlah nak buat kerisik. 

Cara-cara nak buat kerisik memang mudah. Cumanya, remeh dan makan masa. Asyik nak kena kacau sebati je. Kalau tak kacau, hangus tak sekata nanti kerisiknya. 



Anda cuma perlu kelapa parut dan kemudian goreng kelapa parut dalam kuali tanpa minyak (sangai). Masa inilah perlu banyak bersabar sebab kena guna api kecil. 



Kena sampai kelapanya warna coklat gelap. Sentiasa dikacau ya. Barulah tak hangus kelapa anda. 



Selepas warnanya dah coklat gelap, bolehlah kisar guna pengisar kering. Kalau pengisar susah nak kisar, tambah sesudu kecil minyak masak. Kalau terlebih rajin, boleh tumbuk atau giling. Asalkan kelapa parut tadi lumat.



Maka, hasilnya itulah yang dinamakan kerisik. 

Sekian.  

No comments: