Tuesday, June 7, 2016

Marble Cake Moist... resepi drpd buku lama..

Assalamualaikum...

Saya ada sorang aunty yang pandai sungguh buat kek. Tiap-tiap tahun, my aunty akan buat kek signature dia yang cuma dia sendiri je tahu bahan-bahannya. Setiap kali tanya, dia macam tak nak cerita je. Balik-balik dia kata, macam biasalah, letak tepung, mentega, telur... Hmmm....

Maka, nak dijadikan cerita, pada satu hari yang baik, entah macam mana, my aunty tetiba je bermurah hati nak kongsi resepi kek dia. Rupa-rupanya memang betullah kata dia, bahan-bahannya memang biasa-biasa je. Dan rupa-rupanya juga, dia pelbagaikan kek-kek yang dia buat berdasarkan resepi asas tersebut. Macam-macam kek yang dia buat, antaranya marble dan vanilla.

Yang paling ironinya, my aunty siap cakap dengan my mom, "hang pun ada resepi tu"... Oh, rupa-rupanya, resepi kek tu my aunty guna daripada buku resepi lama yang depa adik-beradik ada sorang satu hehehehe...

Disclaimer: kalau tak faham cerita poyo di atas, harap maaf ya.





Oleh kerana saya ni pelupa dan pelbagai kejadian berlaku (yang menyebabkan saya lupa). Maka, baru last weekend tetiba je tergerak hati nak buat kek ni. Nasib baiklah, ada lagi resepi ni saya simpan. Kalau nak minta semula kat my aunty, ntah dia bagi, ntahkan tidak. Makanya, projek membuat kek marble moist ini pun bermula. Jeng.. Jeng.. Jeng.. memang hasilnya, best giler. 

FYI, saya gandakan adunan sebab tamak. Nak dapat banyak kononnnya. Dan memang saya dapat banyak, selain daripada 9 biji mini kek, dapat sebiji kek panjang. 


Bahan-Bahan

125gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
200gm tepung naik sendiri
75ml susu tin
1sb serbuk koko
1/2 sk esen vanilla


Cara-Cara

Putar mentega dengan gula sehingga kembang (berkrim). Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.



Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit. Putar lagi.



Campurkan susu dan esen, putar lagi hingga sebati. 



Adunan akan gebu seperti ini:




Ambil 1/3 adunan. Masukkan serbuk koko dalam adunan 1/3 tadi. Gaul sebati.



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan anda dalam loyang pilihan. Saya buat mini kek + sebiji kek rectangle. Cara buat mini kek seperti di bawah:





Lorekkan guna lidi :)

Kek rectangle pula macam ni:



Bakar lebih kurang 40-60 minit. Bergantung kepada saiz loyang dan suhu oven masing-masing. Kalau dah cucuk, tak lekat tu maksudnya dah masak.



Rugi tak cuba, memang moist sangat (dinasihatkan simpan semalaman dulu pada suhu bilik untuk hasil yang sangat awesome).



Sekian.

6 comments:

Sheera Ismail said...

Sis bekas kecik2 tu saiz ap? nk bli bks yg mcm mne? heee tu susu pekat ke?

weezana said...

sheera, tak tau saiz apa.. sbb bekas ni dh lama beli.. lebih kurang besar massimo chiffon tu.. susu tu mmg susu pekat..

Unknown said...

Assalam sis mcm mana nak pelbagaikan resepi dr asas resepi kek diatas. Selain tu dapat buat kek apa ye sis

weezana said...

Wassalam Fouziah, mungkin boleh tukar perisa.. ikut kesukaan.

Ibu Putra said...

Terima kasih atas perkongsian resepi kalau tak keberatan boleh sis kongsi resepi nie dalam sukatan cawan.

weezana said...

Ibu Putra.. boleh guna converter untuk dapatkan sukatan cawan..