Assalamualaikum..
Melengkapkan resepi hari ni, mari kita kongsi resepi buat aiskrim yang simple dan ringkas. Yelah kan, brownies kedut dah siap, jadi kenalah buat aiskrim untuk pelengkap selera. Barulah ummmpphhh...
Resepi aiskrim ni saya ambil dari Blog Cik Epal. Menurut Cik Epal, guna jelah resepi ni sebagai asas membuat aiskrim. Lepas tu, letaklah apa-apa perisa untuk jadikan aiskrim anda mempunyai perisa berlainan. Kalau tak tambah apa-apa, jadilah aiskrim vanilla.
Oleh yang demikian, saya buat dua perisa aiskrim sahaja, vanilla dan milo. Semestinya vanilla untuk saya dan milo untuk bebudak.
Jom tengok resepi yang simple ni!
Bahan-Bahan
1 tin susu cair
1/4 susu pekat manis
1 biji telur
1sk esen vanilla
1sb ovalett
Eh, 5 bahan je rupa-rupanya.
Cara-cara
5 bahan kat atas tu, masuk dalam mangkuk adunan.
Lepas tu, putar guna mixer. Putar sampai berkrim (pekat dan likat) ya. Cik Epal kata, dalam 15 - 20 minit.
Lepas tu, asing-asingkan adunan kalau nak buat beberapa perisa. Saya asingkan dua bekas. Salah satu bekas tu, saya tambah 2sb milo dan kacau sebati.
Tutup bekas dan sejuk bekukan dalam freezer. Biar sampai sejuk beku, lepas tu barulah boleh dimakan dengan senang hati.
Dah beku |
Cun tak?
Sekian.
1 comment:
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi đài loan và gửi hàng đi pháp và dịch vụ gửi hàng đi canada uy tín, giá rẻ
Post a Comment