Bersambung dari Part I.
Pernah makan Maggi Ketam? Saya sebelum ni memang tak pernah. Setahu saya Mee Segera Maggi tu memang tak ada perisa ketam. Kalau beli ketam pun, saya tak terfikir nak masak dengan Mee Maggi. Kesimpulannya memang tak pernah rasa.
Justeru, apabila mendapat tahu yang saya akan berhadapan dengan Maggi Ketam, saya mula rasa amat teruja sekali. Macam mana ek agaknya rupa Maggi Ketam ni? Adakah penuh dengan isi ketam? Atau ada seekor ketam? Atau beberapa ekor ketam? Wah.. Wah.. Wah...
Dan rupa-rupanya, beginilah indahnya hidangan makan malam ini.
|
Tokey Maggi Ketam yang baju putih tu |
|
Nak pilih yang mana ek? |
|
yang ni ok tak? |
|
Maggi ketam saya sedang dituang kuahnya |
Posing sebelum makan.
Dan mari kita lihat secara close-up.
|
sebelum disentuh |
|
Maggi, Ketam dan ada seafood yang lain seperti sotong dan lala |
Seindah rupanya, Maggi ketam ni memang awesome! Cepat kenyang sebab portionnya yang banyak.
|
saya dah kopek ketam tu. Wah isi yang banyak! |
FYI, kami makan Maggi Ketam ni di Holiday Villa Cherating. Pak Menteri adakan makan malam tertutup untuk tetamu-tetamu Majlis Merdeka Raya yang datang dari jauh. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana untuk dapatkan hidangan istimewa ini pada masa-masa akan datang:)
Makanya, malam itu memang tidur nyenyak kerana kenyang dan letih yang amat. Sudahlah penat, hujan yang turun seawal subuh juga menyebabkan kami rasa sungguh selesa untuk terus tidur sehingga ke pagi. Meskipun, matahari pagi sedikit sahaja memancarkan sinarannya, kami harus juga bangun untuk berada di Kuala Kemaman untuk program hari ini.
|
Lopak-lopak air |
|
Pagi di Impiana Cherating |
|
Dah siap untuk beraya |
|
Fiza dengan bos |
|
Posing kenang-kenangan |
Sebelum meninggalkan Impiana, mata saya tertarik pada pintu tandas di hotel ini. Pakcik dan Makcik hehehe.. Kemelayuan sungguh.
Dan jam 8.30 pagi kami dah berada di dataran Kuala Kemaman untuk Majlis Merdeka Raya Parlimen Kemaman.
|
Persembahan |
|
Ramai sungguh orang |
Menjelang jam 11.30 pagi, waktu makan telah tiba. Selain daripada 34 gerai yang menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu, ada juga meja-meja disediakan untuk makan berhidang.
|
Ada buah-buahan tempatan |
|
Durian! |
|
Fiza mula menceduk durian |
|
Makan durian dengan sudu dan garfu? Hehehe |
Dan juadah-juadah yang lain juga.
|
Lauk-pauk makan dengan nasi minyak, lemang & nasi impit |
|
Encik Zainal, Encik Zubad dan peg dari SKMM. |
Sebenarnya juga, perjalanan kami tidak berakhir di Kemaman. Lewat petang ini kami akan ke Bukit Gambang Resort City untuk Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan. Tapi, saya akan buka entry lain. Almaklum entry ini `in between Kemaman-Cherating'.
Selamat Hari Raya kepada semua. Mesti korang pun terlebih makan macam saya juga. Open house sana, open house sini hehehe...
Sekian.
4 comments:
sedapnya maggie ketam tuh..
alhamdulillah memang sedap. tang ketam tu yg menarik sangat.
sedapnya.... ketam memang favourite..
hehehe.. samalah kita.. seafood2 memang saya suka..
Post a Comment