Thursday, March 21, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes yang Lembut dan Berkrim!



Dah lama sebenarnya saya teringin sangat nak buat sendiri Hokkaido Chiffon ni! Tapi tak tahulah kenapa, baru semalam saya berjaya buat sendiri kek ni. Dan.... Saya sangat happy! Kek comel ni bukan sahaja cantik, malah sangat lembut dan sangat berkrim! Sungguh sedap pada setiap gigitan dan kunyahan (bahaya-bahaya, memang termakan banyak). 

Nampaknya memang buat kek atau masak menjadi terapi jiwa saya. Sangatlah terapinya apabila melihat hasil yang sungguh menjadi ini. Azlita sememangnya memberikan ulasan yang cukup tepat. Kek Cawan Hokkaido Chiffon ini memang hebat dan menawan selera. 

Tahap keremehannya juga tidak melampau. Masih boleh ditangani. 






Bahan-bahan (dari Azlita Masam Manis)

4 biji kuning telur
30 gm gula kastor
1sk esen vanila
40ml susu segar
40ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55gm tepung kek
20gm tepung kastard
1sk baking powder

Dalam bekas lain:


4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor


Cara-cara



Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras (saya dapat 16 biji kek comel). 

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje. (Nota: Saya putar guna mixer pada kelajuan perlahan).




Tambahkan esen vanila, susu dan minyak dan pukul rata. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata. 






Dalam bekas lain 
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).





Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama.






Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh. Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek.





Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. (Nota: Saya bakar 20 minit). Keluarkan dari oven bila kek masak. 





Mari belajar buat krim kastard pula: 

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

1 sudu teh esen vanila
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. Saya masak atas api sederhana kecil dan kacau sehingga adunan pekat. Setelah pekat tutup api dan saya masukkan mentega. 






Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag. 




Dan saya letak strawberry untuk menambahkan kecantikan kek cawan ni. 




Cantik, lembut dan berkrim.. Seadanya menawan...


Wah, seksi...

Yummy!

Sekian.

29 comments:

Yong Is My Name said...

Emilia,

thanks for your steps & recipes.
Love it

nurda said...

Assalamualaikum sis Emilia,

sy sgt suka masuk blog sis nie.....macam2 resepi sy dah cuba..alahmdlh mmg menjadi..nak sgt mengenali sis...sis ada FB ker? hehehe...halal yer ambik resepi

weezana said...

terima kasih ye Yong dan Nurda sebab sudi baca blog ni... Ambil je mana2 resepi, memang dipost utk sama2 kongsi. sama2 belajar :)

fb saya guna e-mail ini:
emiliaputeri@yahoo.com
- wizana emilia

FaiZil dan RaiHan said...

salam sis..xfaham la ayak tepung 3 kali..lepas abeh ayak, ayak lagi ke...

weezana said...

haah ayak 3 kali. lepas ayak, ayak lagi supaya sebati semuanya...

Sue said...

Sis....masa bakar tu nak pkai api atas atau api bawah....

Sue said...

Anyway tq for the recipe

weezana said...

Su, pakai api atas bawah.

Unknown said...

maaf sis...sy nak btanye...dlm list cream custard tu sis tulis ( 1 sudu besar tepung)..tepung apa yg sis maksdkan....tepung custard atau tepung apa...coz bnyk mksd tepung ni..boleh jelaskan...tq sis

weezana said...

mojako, tepung tu tepung gandum :)

Roza said...

Sya nk bertanya... sis bakar cup cake ni guna rak bawah sekali atau tengah oven? trima kasih.

weezana said...

salam Roza,

guna rak tengah.

Unknown said...

mudah faham ikut cara sis...tq, baru jadi hokaido sy...lamo doh dok cuba2...tp x pernah rasa segebu ini...tq, hehehe

weezana said...

Ibrahim,

sama2.. tq sudi cuba:)

Sheera Ismail said...

salam sis susu segar tu..susu ap ye?

weezana said...

Sheera, full cream milk

green love said...

salam akk, sye nak tnye if sye simpan hokkaido cupcake tu dlm fridge utk bawak jamuan keesokan harinye boleh ke ?texture dia masih okay ke ? terima kasih :)

weezana said...

Wassalam green love, insya-Allah ok lagi.. :)

Unknown said...

Sis telor gred apa ya

weezana said...

Rabiatul,

Gred A

Unknown said...

Kenapa lepas kaup balik adunan jadi cair je...dah bakar kek xgebu... boleh ajar step buat meringue?

weezana said...

nurul fadila,

putar putih telur tu memang kena sampai kental (soft peak)

Unknown said...

Assalam..sis bakar oven tu api atas bawah ka..

weezana said...

Wassalam Nuha, Ya api atas dan bwh :)

Unknown said...

Assalam yunkk...akak nk tnye tlur yang saiz L tu gred apa..tq

weezana said...

Wassalam sis Rohayu, kalau nak pakai yang saiz A, cari telur Extra Large..

Unknown said...

Salam SiS l nk tnye knpe l pnye jadiii MEREKAH diatas lepas Bakar

weezana said...

Wassalam Ruli,

Ada oven yang sangat panas. Jadi, kena kurangkan suhu atau letak di tray yang bawah sedikit.

Indra said...

Salam akk,kenapa setiap kali sy buat Hokkaido cup cake,ianya tak melekat di papercup setelah hilang panasnya?