Saturday, April 14, 2012

Step by Step.. Maggi Kari Supreme



Kadang-kadang tetiba je saya terasa nak makan Maggi Kari. Dan saya rasa, orang lain pun berkemungkinan merasai perkara yang sama. Yelah kan, kalau tidak takkanlah Mi Maggi menempah populariti yang tinggi di restoran-restoran Mamak.

Apabila mood `kerajinan dalam kemalasan' melanda (mood kecelaruan), maka saya mula menggeledah kabinet dapur tempat penyimpanan Mi Maggi dan stok-stok makanan kering mudah dimasak dan yang seangkatan dengannya. Hasil penggalian, memang di rumah saya ini ada beberapa bungkus Mi Maggi Kari yang belum expired tempoh gunanya.

Pencarian dan penggeledahan diteruskan ke peti sejuk. Kali ini untuk mencari bahan-bahan sesuai untuk menaikkan taraf Maggi Kari biasa kepada Maggi Kari Supreme. Mari kita sama-sama ikuti proses yang tidak berapa susah ini. Anda juga boleh buat meskipun ketika dalam mood `kerajinan dalam kemalasan'.

Bahan-bahan (untuk 3-4 orang makan)



3 bungkus Mee Kari (saya pakai jenama Maggi, suka hati pakai brand apa ok)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
sebatang cili merah (hiris nipis)
5 batang kacang panjang/kacang buncis
Sedikit daging kisar atau daging yang dicincang/potong halus (guna isi ayam pun ok)
5-6 ekor udang saiz sederhana
3 biji telur
Air secukupnya

Cara-cara

Didihkan air dalam kuali atau periuk. Masukkan daging dan rebus sehingga daging masak. Kemudian masukkan bawang, cili dan kacang. Biarkan selama 5 minit.



Masukkan Mi Maggi dan perencah mi.



Kacau sehingga Mi jadi lembut. Kemudian masukkan udang dan masukkan telur. Jika nak telur kuning cepat masak, boleh tutup kuali/periuk seketika. Kacau-kacau biar sebati.




Sila hidangkan. Meskipun cuma makan Maggi Mi, tapi yang menu yang Supreme ini memang heaven.





Wednesday, April 11, 2012

Step by Step... Cinnamon Roll yang gebu dan manis!



Cinnamon Roll yang saya buat pagi ni memang sedap sangat. Sangat sesuai dijamu untuk sesiapa sahaja yang suka makanan yang manis. Sweet tooth kata orang. Memang hasilnya setaraf dengan bakery (kecuali bakery yang anda pergi tu memang tarafnya tersangat awesome).

Dah lama dah saya plan nak bake Cinnamon Roll. Tapi seperti biasalah, kekangannya adalah `MASA'. Oleh kerana tetiba je rakyat Malaysia diberi cuti umum sempena Pertabalan YDP SBP Agong yang ke-14, maka saya ada extra sehari untuk membaking apa sahaja yang saya suka. Justeru, pagi ini saya pilih untuk membaking Cinnamon Roll!


Resepi ini bukanlah ciptaan saya. Saya ambil dari dapur Yani di My Resepi. Saya rasa dah banyak juga resepi Yani yang saya dah cuba. Terima kasihlah Yani, meskipun tidak pernah berkenalan di alam nyata, tapi sebenarnya kita ni menjalinkan silaturrahim di alam maya. Saya memang berterima kasih sangat pada semua blogger-blogger masakan. Tanpa wujudnya blog-blog mereka ni, saya tentunya tidak tahu bagaimana untuk masak itu dan ini. Resepi di dalam majalah masakan atau buku resepi, bukannya boleh percaya sangat kan

Untuk kengkawan yang takde breadmaker, tak perlu risau kerana resepi Yani ni sebenarnya tak pakai breadmaker pun. Tapi saya uli pakai BM ler, sebab dah ada BM kan..  Boleh ke link Yani My Resepi kalau anda nak uli pakai tangan.

Bahan-bahan (Saya buat 12 Cinnamon Rolls)

 Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        

Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           

Icing
             
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (saya kurangkan kepada 60gm)
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara

Saya masukkan semua bahan-bahan roti ke dalam breadmaker. Saya pilih function uli dan BM saya uli selama 1 jam 30 minit.


Selepas 1 jam 30 minit

Selepas siap diuli, keluarkan doh. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 10 minit.



Satukan bahan-bahan filling dalam mangkuk kecil. Gaul sebati.



Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai lebih kurang ukuran 25cm X 20cm.



Sapukan separuh bahan-bahan filling yang digaul tadi ke atas doh.



Gulung doh dengan kemas.



Potong doh kepada 6 bahagian. Letak roll dalam Muffin Cup. Susun atas loyang.



Ulang langkah di atas untuk separuh lagi doh. Kemudian biarkan 12 rolls tadi sehingga naik lagi sekali ganda.


Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 10-15 minit. Jangan sampai hangit ok.


Sediakan icing. Masukkan semua bahan icing ke dalam mangkuk. Putar guna mixer sehingga berkrim.

Sudukan icing ke atas roll yang dikeluarkan panas-panas dari oven.


Sungguh bahaya Cinnamon Roll ini sekiranya anda sedang berdiet. Selamat mencuba!




     

Monday, April 9, 2012

Step by Step... Sotong Percik Ramadhan



Berdasarkan nama resepi ni, saya sepatutnya masak `Sotong Percik Ramadhan' nih pada bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, memandangkan saya dah tak sabar-sabar nak menunggu bulan Ramadhan yang lama lagi nak berkunjung tiba, maka haruslah saya buat juga masakan ini dalam bulan Jamadil Awal.

Apa-apapun saya percaya bahawa sotong ini sama sahaja rasanya, tak kiralah sama ada saya masak pada bulan Ramadhan ke, Rejab ke, Rabiulakhir ke.... Mungkin juga, kalau dimasak dalam bulan puasa, rasanya akan double-triple lazat kerana perut yang berkeroncong sepanjang hari.

Idea nak masak sotong ni setelah ditagged oleh Puan Nora Ali yang duduk jauh nun di pekan Fayette. Tahap wajib cuba lah nampaknya. Mana taknya, sedangkan pekan Fayette yang jauh dari laut pun boleh je dapat sotong, inikan pula Semenanjung Malaysia yang memang senang nak cari stok seafood (akhir-akhir ni saya asyik salah eja `seafood' sebab terpengaruh dengan cerita kartun `seefood').


Maka, apabila orang ngantuk ini disorongkan bantal iaitu sotong bersaiz besar di Pasar Malam, main masak-masak pun bermulalah di hujung minggu yang permai ini. FYI, resepi asal datangnya dari Rossitamz di My Resepi. Saya adjust bahan-bahannya sedikit, memandangkan ramai yang komen, `pedas sangat'.

Bahan-bahan (saya buat untuk 3-4 orang makan)

4 ekor sotong bersaiz besar
5 biji cili kering (**) - rendam, buang biji, tos
2 biji cili padi (**)
2 biji cili merah (**) -buang biji
1 labu bawang besar (**)
1" halia (**)
1" lengkuas (**)
1 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1/2 sudu besar air asam
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara        

Bersihkan sotong dan potong sotong seperti dalam gambar.          

      

Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan. 



Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 



Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih. 


Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. 


Minum air laici..

Sotong Percik Ramadhan sudah siap.



Sunday, April 8, 2012

Step by Step.. Garlic Shrimp Pasta


Last week ada orang bagi udang kat My Boss. Oleh kerana udang yang diberikan oleh`orang itu' agak banyak, maka My Boss pun bagilah kami sorang sedikit untuk merasa. Terima kasihlah kepada `orang' yang bagi udang ni, walaupun kami tak tau pun sapa pun orang ini. Terima kasih sangat kepada yang memberi kerana tak kedekut. Maka, kami di sini dapat merasa udang dari Kota Kinabalu.


Apabila bawa balik udang saiz besar ni kat rumah, Mr. Hubby terus request "Kari Udang boleh?" Ala Mr. Hubby, kari udang kita masak nanti-nanti ye. Hari ni saya nak masak Western lagi. Saya nak masak `Garlic Shrimp Pasta'. Wallaweh, Italian Cuisine lagi!

Resepi asal saya ambil daripada food.com. Tapi saya dah ubah sedikit sebanyak untuk menyesuaikan dengan bahan-bahan yang saya ada. Kalau masak pasta, saya memang tak risau tentang pembaziran. Ini kerana, Mr. Hubby dan Hasya akan makan banyak. Memang laku sangatlah pasta kat rumah saya ni.


Bahan-bahan (untuk 3- 4 orang)

Udang saiz besar (saya guna 8 ekor) - bersihkan dan buang kulit kalau suka.
Pasta ( 200gm more or less untuk 3-4 orang)
4 ulas Bawang putih (cincang atau tumbuk halus)
50gm mentega
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar Italian Seasoning
1/2 sk red pepper flakes (saya pakai ground chilli powder)
1/2 sk serbuk lada hitam yang kasar sedikit.
garam

Cara-cara

Rebus pasta sehingga lembut. Toskan pasta. Simpan sedikit airnya (3 sudu besar lebih kurang).


Panaskan kuali. Cairkan mentega. Masukkan udang dan kacau seketika.


Masukkan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.


Masukkan olive oil. Masukkan pasta. Gaul sebati.



Masukkan Italian Seasoning, red pepper flakes, black pepper flakes dan garam secukup rasa. Masukkan air rebusan yang disimpan tadi (3 sudu besar je tau, bukan semua).  Gaul lagi sehingga sebati.



Tutup api dan boleh dihidangkan. Boleh tabur keju Parmesan kalau suka. Kali ni saya tak letak sebab saya lupa hehehe.



Sedap. Boleh jadi regular dinner menu..