Saturday, April 14, 2012

Step by Step.. Maggi Kari Supreme



Kadang-kadang tetiba je saya terasa nak makan Maggi Kari. Dan saya rasa, orang lain pun berkemungkinan merasai perkara yang sama. Yelah kan, kalau tidak takkanlah Mi Maggi menempah populariti yang tinggi di restoran-restoran Mamak.

Apabila mood `kerajinan dalam kemalasan' melanda (mood kecelaruan), maka saya mula menggeledah kabinet dapur tempat penyimpanan Mi Maggi dan stok-stok makanan kering mudah dimasak dan yang seangkatan dengannya. Hasil penggalian, memang di rumah saya ini ada beberapa bungkus Mi Maggi Kari yang belum expired tempoh gunanya.

Pencarian dan penggeledahan diteruskan ke peti sejuk. Kali ini untuk mencari bahan-bahan sesuai untuk menaikkan taraf Maggi Kari biasa kepada Maggi Kari Supreme. Mari kita sama-sama ikuti proses yang tidak berapa susah ini. Anda juga boleh buat meskipun ketika dalam mood `kerajinan dalam kemalasan'.

Bahan-bahan (untuk 3-4 orang makan)



3 bungkus Mee Kari (saya pakai jenama Maggi, suka hati pakai brand apa ok)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
sebatang cili merah (hiris nipis)
5 batang kacang panjang/kacang buncis
Sedikit daging kisar atau daging yang dicincang/potong halus (guna isi ayam pun ok)
5-6 ekor udang saiz sederhana
3 biji telur
Air secukupnya

Cara-cara

Didihkan air dalam kuali atau periuk. Masukkan daging dan rebus sehingga daging masak. Kemudian masukkan bawang, cili dan kacang. Biarkan selama 5 minit.



Masukkan Mi Maggi dan perencah mi.



Kacau sehingga Mi jadi lembut. Kemudian masukkan udang dan masukkan telur. Jika nak telur kuning cepat masak, boleh tutup kuali/periuk seketika. Kacau-kacau biar sebati.




Sila hidangkan. Meskipun cuma makan Maggi Mi, tapi yang menu yang Supreme ini memang heaven.





No comments: