Saturday, December 13, 2014

Ayam Masak Ginger Blackpepper

Hari ni nak share resepi simple lagi. 



Resepi ni saya dapat ilham selepas makan di kantin office. Pada satu hari (once upon a time) saya ke kantin untuk makan tengah hari. Tiba-tiba mata saya tertarik kepada lauk ayam yang dipotong kecik-kecik. I'm just wondering, lauk apa ni? Nak kata goreng kunyit, bukan. Paprik? Lagilah bukan. Masak apa ni? Naluri penuh persoalan menyebabkan saya menceduk lauk tersebut. 

Apabila lauk yang digaul dengan nasi putih itu disuapkan ke dalam mulut, rasanya memang lazat! Ada rasa pedas-pedas lada hitam, rasa wangi daun sup, rasa halia dan bawang. Masin-masin sikit dan manis-manis sikit. Cukup rasa gitu.

Maka, apabila takde idea nak masak apa, tetiba je saya teringat lauk yang saya tak tahu namanya apa ni. Jadi, saya cubalah masak sendiri berdasarkan lidah yang merasa. Hasilnya, tada... Jadik pun. Lazat dan cukup rasa. Saya pun bagi nama lauk ni `Ayam Masak Ginger Blackpepper'. Okeylah tu kot nama dia hehehe..


Bahan-bahan

5 bahagian kepak ayam (potong dua) -kalau nak guna bahagian lain pun boleh. suka hati. 
1 labu bawang besar - nak ganti dengan bawang merah pun boleh. Pandai2 adjust.
2 ulas bawang putih.
1sk lada hitam - kalau suka pedas, boleh tambah.
1 inci halia
1 batang cili merah (hiris)
1/2 kiub pati ayam
sedikit daun sup (hiris)
garam secukup rasa dan sedikit sahaja gula


Cara-cara

Ayam tu boleh goreng separuh masak dulu atau tak goreng pun boleh. Dua-dua versi saya pernah cuba. Dua-dua pun awesome juga. Kalau rajin saya goreng dulu, gaul sikit garam dan kunyit. Kalau malas, takyah pun takpe. Gambar yang saya post dalam entry ni versi tak goreng.

Nota: Kalau guna bahagian ayam yang besar-besar, baik goreng dulu. Almaklum takut tak masak pula. Itu sebab kat kantin tu dorang potong kecik-kecik.

Kisar bawang, lada hitam dan halia. Panaskan dua sudu besar minyak, tumis bahan-bahan kisar. Agak-agak dah naik bau, masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. 

Masukkan ayam dan pati ayam, kacau sesekali. Biar sampai ayam masak. 

Kalau suka berkuah, tambah sikit lagi air, ikut pada citarasa. Masukkan garam dan gula. Masukkan lada merah dan daun sup. Biar sampai ayam masak dan kuah pekat sesedap rasa.




Dah siap pun. Makan panas-panas, memang awesome. 



Sekian. 

8 comments:

iryantyismail said...

macam senang je buat...leh cuba ni

weezana said...

insya-Allah senang. Saya dah masak beberapa kali :)

rossi rossa said...

Menarik ni..bole cuba nanti

weezana said...

rossi rossa, cubalah :)

nursuri said...

TQ Zana..

weezana said...

Sama-sama Shima

Unknown said...

Salam sis, dah siap ikut your recipe, bagi mak sikit n bagi wife sikit bekal mkn kat tmpt keje, mak give thumb up...hopefully wife will do the same...kipidap...
wassalam...Jobless Billionaire

weezana said...

Wassalam Rusaidi, terima kasih sebab sudi cuba.. hopefully, your wife suka:)