Ramai blogger yang dah cuba resepi ni. Most of them kata, resepi ni sedap dan simple. Kata-kata tersebut amatlah saya setuju. Setuju 200%.
Namun begitu, ada satu perkara yang saya tak setuju. Kata mereka, rasa mufin ini ala-ala mufin Kenny Rogers. Malah, kebanyakkan blogger yang menulis mengenai mufin ini meletakkan nama resepi mereka sebagai, `Mufin Vanilla ala Kenny Rogers'.
Maka, apabila saya tiba-tiba menjadi seorang yang sarkastik, tajuk yang saya pilih untuk entry ini adalah seperti yang tuan-tuan dan puan-puan baca di atas tadi iaitu `katanya ala Kenny Rogers'. Maksudnya, bukan saya yang kata.
Sebabnya, untuk menyamakan mufin ini dengan mufin Kenny Rogers adalah `a long way to go'. Namun seperti yang saya katakan awal tadi, saya bersetuju bahawa mufin ini sedap dan simple.
Sedap. Mufin ini memang sedap. Tambahan pula, jika anda meletakkan filing di dalamnya. saya memilih untuk menambah blubery filling pada sebahagian mufin. Sebahagian lagi saya letakkan hirisan kacang tanah.
Si Bluberry |
Si Kacang |
Simple. Mufin ini amat mudah dibuat. Tak perlu berperah otak, cuma main campak dan putar semua bahan dalam mangkuk adunan. Malah, kalau anda ada gadget canggih seperti Kitchenaid Stand Mixer, gadget anda akan melakukan ini semua, sebaik sahaja anda mencampakkan semua bahan ke dalam bekas pengadunnya. `Oh, my wishlist gitu'.
Kononnya juga, dengan adunan ini saya akan mendapat 2 dozen mufin iaitu bersamaan dengan 24 biji mufin. Namun realitinya, saya mendapat banyakkkk mufin iaitu 60 biji apabila menggunakan cup bersaiz 38 x 30mm.
Bahan-bahan (Resepi asal dari deenoos di MyResepi)
8 sudu makan mentega (dicairkan) = 113.4gm
4 cawan tepung = 500gm
2 cawan gula = 400gm
2 cawan susu segar = 480ml
4 sudu makan baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu makan esen vanila
Tambah: bluberry filling dan hirisan kacang.
Cara-cara
Putar ke semua bahan hingga sebati.
masukkan semua bahan |
selepas sebati |
Isikan adunan tadi ke dalam bekas mufin. isipadu 2/3 bekas sahaja. (saya guna cup 38 x30mm).
Letak filing atau kekacang sesuka hati.
Panaskan oven 180 darjah. Bakar selama 20 minit.
Nota: Kalau oven anda jenis panas sangat, sila kurangkan suhu dan lebihkan masa pembakaran.
Akhir kata, apa salahnya anda cuba resepi ini. Sangat sesuai untuk dihidangkan semasa majlis hari jadi dan minum petang bersama jiran tetangga (sebab dapat banyak). Bukan sahaja simple, tapi rasanya juga sedap. Cuma, takdelah rasanya macam mufin Kenny's.. A long way to go gitu.....
Sekian.
12 comments:
wahhh menarik..
tapi ayu minat coklat lagi
akk ada buat mufin coklat sempena raya haji. tapi belum sempat post:)
4 sudu makan tu.. sudu besar la ? Banyak nya baking powder kak
Sang Pemerhati,
Bukan resepi yang saya cipta. ada backlink tu. memang 4 tablespoon resepi asalnya.
Bolehkan saya tanya 4 sudu makan baking powder ialah besar atau kecil?
Rachel Yee,
Sudu makan tu tablespoon (memang sudu sukatan). bukan sudu kecil tapi yg besar.
maaf mencelah sikit... saya dah cuba buat muffin ni... baking powder tu bukan 4 sudu makan tapi 4 sudu kecil.
.
Okey Rose.. sebab saya buat ikut resepi di Myresepi tu... boleh tengok di backlink
pkai tpung gandum kan
Ya Sis Siti, tepung gandum.
Mcm best resepi ni, sis sinar nk buat la.. Tima ksh ats perkongsian.
Sedap n menjadi saya buat tq sis
Post a Comment