Friday, July 4, 2014

Marble Chocolate Cheesecake.. (utk peminat kek choc & cheese)

Ingatkan pada bulan Ramadan ni, saya akan berhenti membaking kek. Rupa-rupanya tidak. Rupa-rupanya juga, terasa best apabila dapat mengunyah kek pada malam hari. Sekurang-kurangnya, ada dessert lazat dalam peti sejuk yang boleh dimakan untuk 2-3 hari (itu pun kalau tak ngap semua dalam sehari).



Sememangnya, masa amatlah terhad pada bulan yang mulia ini. Namun, atas kegigihan dan kegagahan, dapatlah saya menyiapkan Marble Chocolate Cheesecake yang saya ambil resepinya dari blog Kak Yatie. Almaklum bulan puasa, jadi keinginan untuk makan akan bertambah-tambah pada siang hari. Nak tak nak, terpaksalah mengerah kudrat untuk membaking kek yang awesome ni. 



Kek ni memang sedap sangat dan sesuai dimakan sejuk. Jadi, potonglah kecil-kecil, simpan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Nescaya kek anda akan kekal lembut dan awesome dalam tempoh beberapa hari. Seperti biasa juga, saya tak tahu kalau kek ni boleh tahan lebih seminggu, sebab kek-kek yang saya buat, tak akan berjangka hayat terlalu lama sebab sudah habis dimakan :D

Bahan-bahan

Bahan A:

250gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cwn serbuk koko *
1 1/2 cwn tepung halus *(kak yatie guna tepung gandum, saya guna tepung kek)
2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
1/4 cwn susu cair (saya guna susu segar)

Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telor gred A

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci (saya guna loyang segiempat 10x10) . Ketepikan.

Putar mentega dan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.



Masukkan chocolate emulco. Putar sebati.



Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.



Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.

Adunan choc dah siap


Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.



Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.

Nota: Saya buat versi mudah (malas nak lapis selang seli). Basedkan dengan  1/2 adunan choc, ratakan. Kemudian letak adunan cream cheese di tengah (ratakan) dan letak baki 1/2 adunan choc di atas (ratakan). Adunan cream cheese tu saya tinggalkan sedikit untuk letak di atas permukaan kek dan kacau-kacau sedikit untuk kesan corak pada permukaan kek.  

Step 1 - 1/2 choc

Step 2 - cream cheese

Step 3 - baki choc

Step 4 - sedikit cream cheese
dan corakkan sikit


Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Cucuk dengan lidi kecil untuk test kek dah masak ke belum. Kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi. Jangan lupa ye, setiap oven tak sama kepanasannya. Jadi, kalau kek tak masak tu (cair di tengah) silalah tambah masa membakar. 



Kek dah siap. Dan sila sejukkan dulu. Lepas tu sila ngap sehingga kek habis.

cantik eh?


Selamat berpuasa dan berbuka puasa. Sekian. 


4 comments:

Anonymous said...

terliurnye tengok kek ni..

weezana said...

sedap kek ni.. puas hati kalau buat. dapat banyak pun.

safya saufi said...

dappp!!!

weezana said...

safya :)