Wednesday, February 13, 2013

Kek Coklat Puding Susu Peach.. Mood: Tengah Rajin

Apabila datang mood rajin, saya tetiba akan ada idea untuk menambah nilai sesebuah resepi. Tambahan pula, kalau saya asyik teringat stok-stok bahan masakan yang kadang-kala hampir luput tempoh penggunaannya dek kerana faktor ketiadaan masa atau masalah kemalasan jiwa.
 
Semasa saya merancang untuk pulang ke rumah My Dad, saya mula terfikir-fikir akan ole-ole yang sesuai untuk dibawa. Saya teringat pula yang saya sudah lama tidak membuat puding untuk My Dad.
 
Malangnya, saya tidak ada stok buah-buahan campuran dalam tin di rumah. Sebaliknya saya ada stok buah pic dalam tin. Kurang meriah pula kalau sekadar membawa ole-ole puding peach untuk My Dad. Oleh yang demikian, saya terfikir untuk menambah kek coklat eggless sebagai dasar (base) kepada puding peach tersebut.




 
 
Sila ke  link ini untuk mendapatkan resepi Super Moist Eggless Choc Cake. Sila ikut step by Step cara membuat kek coklat tersebut. Kemudian saya sediakan 4 bekas sederhana besar dan masukkan adunan kek coklat tadi. Saya bakar pada suhu 160 darjah sehingga kek masak.

 
 
Untuk resepi Puding Susu Peach saya ambil dari dapur CT Delima.
 
Bahan-bahan
 
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail - saya letak buah peach dalam tin tanpa airnya

 

Cara-cara
 



Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
 
 
 
Sementara itu, pukul telur dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.

Apabila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
 
 
 
 
Masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan buah peach (saya tak letak semua, saya letak dalam 8 potong yg saya potong lagi kecil-kecil) dan kacau sebentar. Tutup api.
 
 
 
 
Saya biarkan seketika adunan puding sehingga tidak terlalu panas. Kemudian saya  susun lebihan buah peach dalam bekas yang dah ada kek coklat tadi.
 
 
 
Kemudian, saya tuangkan adunan puding dan sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.


 
 
Selepas dah sejuk betul, barulah boleh dihidangkan. Comel dan menawan kan gabungan kek dan puding ni?



 
 
Selamat mencuba!
 
Nota: Sekiranya adunan puding anda ada lebihnya, boleh gunakan untuk buat puding susu peach. Terus masukkan dalam bekas/loyang kegemaran anda.


 
 



Sebelum dimakan, boleh tuangkan sedikit susu cair untuk menambah kemanisan dan lebih berkrim.


 
 
Sekian.



No comments: