Semalam semasa saya ambil Hasya dari rumah babysitter, Hasya cakap dengan saya, "Mama, Hasya ada hadiah nak bagi Mama."
Selalunya kalau Hasya cakap begitu, sebenarnya dia tengah buat lawak. Kadang-kadang tu, dia buat reka bentul LEGO yang kononnya burger atau kek. Dan kemudiannya cakap `burger' atau `kek' itu adalah hadiah untuk saya.
Oleh yang demikian, saya tak excited pun. Saya cakap ok, nanti sampai rumah, bagilah kat saya. Then, rupa-rupanya memang ada something dia nak bagi. Jeng.. Jeng.. Jeng...
Dia nak bagi Kad Mother's Day rupa-rupanya.
 |
Muka hadapan kad |
 |
Tengah kad (gambar bola ngan bunga?) |
 |
Belakang kad (Gambar gula2, hati ngan pokok.. hurmmm) |
Baguskan sekolah-sekolah tadika sekarang ni. Meskipun kad ni takde lah cantik, tapi saya sangat happy. Ini first time saya dapat kad Mother's Day. Terima kasih Hasya. Love u so much.
No comments:
Post a Comment