Thursday, March 14, 2013

Paratha Wrap... Chicken & Cheese (Resepi Mudah)



Hari ni saya nak kongsi resepi mudah untuk sediakan sarapan pagi/minum petang. Resepi ni ala-ala Hot & Roll yang jual di kioks-kioks. Kalau buat sendiri, bolehlah buat banyak (dan makan banyak) sebab harga kos yang tidak mahal. Kalau beli di Hot & Roll memang mahallah (tapi lebih best sebab orang lain buatkan hahaha).
 
Bahan-bahannya pun yang senang didapati. Oleh kerana nama resepi ni `Paratha Wrap', maka kenalah gunakan roti canai segera. Cumanya, saya tak gulung atau wrap. Saya makan begitu sahaja. Untuk topping pula, anda boleh letak apa sahaja topping yang anda suka. Seperti mana di Hot & Roll, kan toppingnya boleh dipilih-pilih. Keju pula, gunalah cheddar atau mozarella. Kali ini saya guna mozarella.


 
 
 
Bahan-bahan
 
2 keping roti canai segera (saya guna jenama Kawan)
2 keping chicken meatloaf
keju mozarella secukupnya
 
Nota: Kalau nak nampak cantik dan berwarna-warna letaklah sayur-mayur untuk menceriakan Paratha Wrap anda. Saya tak makan sayur hehehe...
 
 
Cara-cara
 
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Pastu masak roti canai segera.


 
 
Angkat dan letak atas pinggan. Saya ambil sekeping meatloaf, potong 2 dan letak atas roti.


 
 
Lepas tu saya tabur keju.


 
 
Saya panaskan roti dalam mikrowave sehingga keju mencair.


 
 
Paratha Wrap yang akan menawan selera kanak-kanak dan bapa budak sudah siap. Potong dan makan.



 
 
Yummy!
 
Sekian. 
 
 


Sunday, March 10, 2013

Bebola Daging Telur Puyuh




Dah lama tak masak telur puyuh. Kalau masak telur puyuh, selalunya akan masak sambal. Tapi hari ni nak masak lain sikit. Nak masak `Bebola Daging Telur Puyuh'. Idea resepi ni bukan saya yang hasilkan, sebaliknya hasil ronda-ronda saya di blog-blog masakan. Tetiba terjumpa resepi yang menarik ni di dapur ibundo.
 
FYI, resepi bundo ni ada kuahnya, tetapi saya malas nak sediakan kuah, jadi saya buat bebola sahaja. Hasilnya, 20 Bebola Daging Telur Puyuh yang sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja. Kalau nak cicah dengan sos pun boleh je.
 
 
Bahan-bahan
 
20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya
400 gm daging cincang ramli.
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur

sedikit serbuk stok ayam/daging
sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 tangkai daun sup dicincang halus halus.
 

Cara-cara


Campurkan kesemua bahan di atas.


 
 
Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan. Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbuka.




 
 

Buat seperti itu sehingga habis.


 

Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.


 
 
Senang je kan? dah siap pun...
 
Sekian.



Saturday, March 9, 2013

Step by Step... Sambal Tumis Kerang

Kerang. Cockle. Satu rumah saya suka makan kerang. Masak apa pun memang sedap. Mr. Hubby memang suka sangat makan kerang. Hasya pun sama. Khayra je yang belum lagi tahu nikmatnya makan kerang.
 
Selalunya kalau beli kerang, memang rebus je lah. Tapi kali ni nak masak sambal. Ini gara-gara jumpa kerang sederhana gemuk di pasar malam. Terfikir akan nikmatnya kalau makan sambal tumis kerang menggunakan kerang yang gemuk-gemuk.


 
 

Walau bagaimanapun, memang kena banyak bersabar masa nak menyediakan kerang ni. Mana taknya, selepas balik dari pasar malam tu, kenalah cuci kerang tu. Kena buang lumpur-lumpur pada cengkerangnya. Selepas tu barulah kerang tu direbus. Saya rebus agak-agak dah masak je iaitu sehingga ada kerang yang terbuka cengkerangnya sendiri.
 
Seterusnya, operasi mengopek cengkerang kerang untuk keluarkan isinya. Perrggghh, memang penat. Kepada sesiapa yang simpan kuku panjang, tak payahlah kopek kulit kerang ni kerana kuku anda yang cantik menawan tu akan jadi buruk. Jari pun rasa pedih-pedih. Belum lagi rasa gatal-gatal sebab kena air rebusan kerang tu.
 
Atas segala cabaran, sambal tumis kerang ini memang sangat sedap dimakan. Berbaloi-baloi.
 
 
Bahan-bahan
 
1kg kerang (direbus, ambil isi)
20 tangkai cili kering (potong, rendam, tos) - kisar
8 ulas bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1cm halia - kisar
1cm belacan - kisar
1 batang serai - kisar
 
1sb pati asam jawa
1sb sos tiram
3 helai daun limau purut - saiz kecil (hiris kecil)
garam dan gula secukup rasa
 
 
Cara-cara
 
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak atau sambal masak.


 
 
Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam dan gula (gula lebih sikit pun takpe). Kacau sebati. Masukkan kerang. Kacau sehingga sambal agak kering.


 
 
Masukkan hirisan daun limau purut, kacau sebentar. Tutup api.


 
 
Boleh dihidang dan dimakan dengan nasi putih.


 
 
Saya makan dengan nasi lemak.


 
 
Sekian.

blackout

[a week blackout]
 
 
 
 
Do not stand at my grave and weep.
I am not there, I do not sleep
I am a thousands words that blow.
I am the diamond glints on snow.
I am the sunlight on ripened grain.
I am the gentle autumn rain.
When you awaken in the mornings hush,
I am the swift uplifting rush
Of quiet birds in circled flight,
I am the soft stars that shine at night.
Do not stand at my grave and cry,
I am not there, I didn't die.
 
 
Hampir seminggu saya tidak menulis untuk blog ini. Ini kerana seperti mana rakyat Malaysia yang lain, saya sangat sedih dengan kematian 8 perwira negara yang terkorban di Sabah.
 
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan insan-insan yang soleh... Al-fatihah..