Monday, May 21, 2012

Ada Apa di Kota Kinabalu... Part III

Part II sila klik sini.

Pagi ini badan mula terasa sengal dan lenguh-lenguh akibat berdiri terlalu lama sepanjang perasmian Kompleks Bersepadu KPKK semalam. Oleh kerana penat yang teramat, kami tidak berjaya bangun awal pagi untuk ke pasar basah bagi memancing makanan laut. Walau bagaimanapun sekitar jam 8 pagi, saya dan Fiza turun ke pesisir pantai di belakang Pasar Filipina untuk melihat keadaan sekitar pada waktu pagi.

Pagi yang Indah dan Harmoni



Bot-bot nelayan telah pun sampai dan menurunkan muatan tangkapan. Tidak hairanlah kenapa makanan laut yang dijual di pasar ini sangat segar kualitinya.



Pasar di tepi laut

Kami juga mengambil kesempatan untuk mencari makanan sesuai untuk kudapan di waktu pagi yang indah ini.

Saya beli Goreng Pisang


Keledek Goreng

Apam Balik

Macam Pasar Malam kan? Dan, ada lagi....

Murtabak

Nasi

Kopok Lekor

Ubi Goreng

Jam 9 pagi kami bertolak ke lapangan terbang. Sebaik sampai, kami menuju ke tingkat 3 untuk mencari kedai yang menjual frozen seafood. Banyak sungguh pilihan yang menggoda.

Tingkat 3, KKIA

Ikan

Udang Harimau Aummmm...

Lobster/Udang Kara

Scallops

Setiap pembelian dibungkus dengan kemas untuk dibawa naik ke udara.


Maka jam 11.30 pagi, pesawat kami berlepas dari KK ke Kuala Lumpur menerusi pintu A8.



The end? Belum lagi la... Atas kapal terbang, kami memilih untuk makan Nasi Briyani Ayam. Boleh juga tahan sedapnya. Ada coklat Kitkat juga.


Nasi Briyani di atas udara
Akhir kata, the end.


Ada Apa di Kota Kinabalu... Part II

Sambungan daripada Part I.

Malam di KK sungguh panjang. Selepas makan, saya dan Fiza memulakan pencarian benda-benda menarik di sekitar Pasar Malam yang berdekatan dengan Pasar Filipina.

Pilih Gelang Mutiara

Cincin Mutiara

Warna-warni


Dan malam yang panjang itu berakhir dengan tidur yang lena. Esoknya, turun untuk rehearsal di Pentas Utama perasmian Kompleks Bersepadu KPKK, Jalan Lintas Kepayan.

Orang-orang kuat RTM, My Bos takde dlm gambar sebab sedang menjadi pengarah rehearsal.

Matahari semakin meninggi, My Bos ajak pergi lunch. Oleh kerana masa yang amat terhad, kami memilih untuk makan di La Manila Cafe di Warisan Square. FYI, sebab takut terlambat nak ke majlis perasmian, jadi kena cari tempat makan yang berada walking distance dengan hotel.


Kami semua lapar nasi.
Nasi Goreng Special

Nasi Goreng Seafood

Nasi Putih dengan Sweet Sour Chicken


Hampir jam 3 petang, majlis perasmian pun bermula. Cuaca agak panas, berpeluh-peluh dibuatnya. Bagaimanapun, semua berjalan dengan lancar. Maka, Kompleks Bersepadu KPKK pun dirasmikan dengan jayanya oleh TYT Sabah.






Oleh kerana semua orang pulang dengan gembira, maka bolehlah kami pergi makan ke tempat yang best sikit. 1Borneo Hypermall jadi pilihan untuk mencari makanan yang lazat. Kompleks ni terletak di Jalan Sulaman, dekat dengan UMS.


1Borneo Hypermall



Langkah menuju ke sini.



Dan My Bos, Saya, Fiza dan Puan Lucy makan ini dan ini. Sungguh sedap, tempat yang selesa dan hati yang gembira.

Tomyam Campur

Sotong Grilled Belacan


Kangkung Goreng Belacan


Fish Cake

Butter Prawn

Ikan Sebelah

Jus Kedondong yang awesome!

Malam kedua di Sabah ini merupakan malam yang penat dan kenyang. Esok saya dan Fiza akan bertolak pulang.

Saturday, May 19, 2012

Apa ada di Kota Kinabalu (formerly known as Jesselton)

Hujung minggu ini nampaknya kena kerja lagi. Nampaknya juga kena keluar dari ibu kota lagi. Dan kali ini kena merentas Laut China Selatan. Saya akan terbang menggunakan sayap besi untuk ke Negeri Di Bawah Bayu. Kota Kinabalu destinasi dituju.

Dah nak landing


Tujuan kali ini kerana ada perasmian bangunan baru KPKK di Negeri Sabah. Untuk entry hari ni, saya belum nak cerita tentang event ni. Seperti biasa mari kita tinjau dulu, apa yang ada di Kota Kinabalu.

Tentunya antara yang menambat hati para wanita  ialah Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih popular dengan nama Pasar Filipina (Filipino Market). Kenapa nama pasar ini `Filipina'? Orang Filipina je ke yang jual kat sini? Hurmmm?

Dalam Pasar Filipina


Rupa-rupanya, pasar ini ada sejarahnya. Bangunan pasar ini pernah menjadi penempatan sementara pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah akibat perang di Selatan Filipina sekitar tahun 1970-an.



Pilih-pilih

Pilihan yg mega banyak


Bersebelahan Pasar Filipina ini pula ada pasar yang jual pelbagai bahan-bahan masakan yang best.

udang kering

sotong kering

Ikan Keropok

Kuda Laut, tapi saya tak makan ye.
Naga laut pun saya tak makan

Tulang ikan Yu, saya tak makan juga

Kaki dah mula lenguh dan penat, hari pun dah semakin gelap. Nak makan kat mana ni? Nak pergi jauh-jauh dah tak larat ni. Tiba-tiba tercium bau makanan yang dibakar. Ada bau ikan bakar, udang bakar, ketam bakar, sotong bakar....

Pilihan ikan

Ikan Jenahak & Ikan Merah
Sotong Bakar


Tak perlu pergi jauh-jauh, kat sebelah Pasar Filipina je tempat ni. Malam-malam memang meriah. Macam-macam Grilled Seafood ada. Kepak ayam bakar pun ada jual. Rasa nya pun ok, harga pun ok cuma tempat ni sangat berasap.  

Kepak Ayam
Fiza

Ikan dan sotong bakar
Kepak ayam

Selesai makan, sambung jalan-jalan kat pasar malam pula... Sunggguh panjang malam ini....