Sunday, March 18, 2012

Step by Step... Crab Stick Crackers (Snek mudah!)



Tajuk entry hari ni: `Mari belajar buat Snek'.

Kekadang tu kalau nak layan movie best kat TV, lagi best kalau dapat kunyah kudapan/snek. Kalau di US, kudapan paling syok adalah popcorn atau Nachos. Oleh kerana saya berpijak di bumi yang nyata, maka marilah kita membuat snek yang mudah diperolehi di Malaysia. Bukan sahaja bahan-bahannya mudah diperolehi, malah snek ini juga mudah disediakan dan murah pula harganya.



Diingatkan juga, kalau anda super malas, tak perlu bersusah payah nak buat snek sendiri. Anda boleh beli Mamee atau Twisties yang sangat sedap dan rangup rasanya. Ini kerana, kalau anda super malas, anda akan rasa terbeban untuk menghidupkan api pada dapur anda.

Walau bagaimanapun, kalau anda terajin sedikit (seperti saya) dan mampu untuk menggoreng snek, marilah kita mulakan membuat Crab Stick Crackers ini.


Bahan-bahan

Filament Crab Sticks secukupnya, kalau lebih boleh simpan dalam bekas.
Minyak untuk menggoreng.

Nota: 2 bahan ni je memandangkan filament ni dah ada perisanya yang tersendiri.


Cara-cara

Potong filament kepada 2 bahagian (secara memanjang) dan asingkan lapisan-lapisannya.



Panaskan minyak dalam kuali, goreng filament sehingga garing.




Dah siap pun keropok saya.




Sedap dikudap begitu sahaja. Mr. Hubby kata, "Lain kali kita beli crab sticks dan buat keropok lagi."


Saturday, March 17, 2012

Step by Step... Grilled Chicken ala Nandos




Saya memang suka sangat dengan Ayam Nandos dan Perisa Peri Peri nya! Saya juga tahu, ramai orang suka Ayam Nandos. Tapi tak boleh nak makan tiap-tiap hari, takut purse kopak sebelum hujung bulan.

Maka, apabila saya terjumpa sos Peri Peri Nandos di Pasaraya, saya tidak teragak-agak untuk membeli sos ini. Semestinya, saya nak cuba menggrilled ayam, ala Nandos.



FYI, anda boleh dapatkan beberapa perisa sos Peri Peri Nandos ini di beberapa Pasaraya besar seperti Carrefour, Giant dan Cold Storage. Untuk resepi ini, saya guna Sos Peri Peri Medium Hot Garlic. Simple je resepi ni. Preparation timenya sekejap je dan rasanya memang hebat. Ala Nandos lah katakan :)


Bahan-bahan

5 kepak ayam atau 1/2 ekor ayam saiz besar
1/4 cawan olive oil
1/4 cawan Sos Peri Peri Nandos
1 ulas bawang putih (tumbuk atau kisar kering)
1cm halia (tumbuk atau kisar kering)
1sk serbuk cili
1sk garam


Cara-cara

Senang je, gaul je semua bahan dalam bekas. Pastikan semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 3 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sebati perapannya. Rasa peri-peri akan sampai ke tulang ayam.



Sediakan loyang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Gris sedikit aluminium foil dengan olive oil. Susun ayam atas loyang.



Panaskan oven suhu 200 darjah celcius. Bakar ayam sehingga masak. Untuk pembakaran ayam yang cantik dan berkesan, terbalikkan ayam kira-kira 12 minit. Tujuannya adalah supaya pembakaran lebih sekata. tempoh pembakaran, lebih kurang 25 - 30 minit. Jangan sampai ayam anda hangus okey.


Wah3x sudah masak


Hasilnya sungguh menawan, juicy dan sedapppp sangat. Meskipun takdelah sama 100% dengan ayam kat Nandos tu, tapi 70% - 80% tu bolehlah nak dikatakan sama. Mana taknya kan, dah pakai Sos Peri Peri Nandos, takkan bila siap rasa cam Ayam McD pulak kan. Kan? hehehehe...



Selamat mencuba dan jangan takut mencuba. Jangan biarkan hidup anda bosan dengan masakan yang sama.. kari, kari, kari.. Asam pedas, sambal tumis, masak lemak... Hurrmmmm... sesekali kita masak Ayam Nandoslah pulak... ;)



Thursday, March 15, 2012

Step by Step... Spaghetti Beef Aglio Olio


First of all, saya nak minta maaf kalau ada sesapa yang tak puas hati dengan saya. Ini kerana saya masak Spaghetti Aglio Olio dengan daging. Yelah, kebanyakan resepi Aglio Olio akan guna seafood.

Maka, kalau anda rasa saya merosakkan keaslian masakan ini, tak payahlah anda teruskan bacaan. Anda boleh klik entry2 saya yang lain, yang mungkin dapat mengembirakan hati anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sukakan Spaghetti Aglio Olio tetapi alergik dengan seafood atau ingin cuba suatu kelainan, teruslah bersama saya untuk mencuba resepi yang sedap ini.



Bahan-bahan
200 gm spaghetti
1/4 cawan olive oil
2 ulas bawang putih (kisar kering atau tumbuk)
1sk chili flakes (saya takde stok jadi saya guna serbuk cili)
1sb oregano flakes
1sb parsley flakes
1/2sk lada hitam
1/2sk garam
1/2 kiub pati ayam

sedikit keju Pamesan (untuk ditabur)

Untuk daging
200gm daging (hiris nipis)
1sk serbuk garlic salt
1/4sk lada hitam

Cara-cara
Rebus spaghetti sehingga lembut, tos dan ketepikan.



Gaul daging dengan garlic salt dan lada hitam.



Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun. Goreng daging sehingga masak kedua-dua belah. Saya potong/gunting daging saiz lebih kecil supaya mudah dimakan.



 
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.

Masukkan spaghetti.
Masukkan daging. Kacau hingga sebati dan agak kering.

Hidang dengan taburkan sedikit keju Parmesan.



Hasya memang suka sangat spaghetti ni. Makan sampai bertambah-tambah. Sedap tau!

 

Thursday, March 8, 2012

Step by Step.. Chocolate Bottom Banana Square

Dah banyak kali saya buat kek ni. Mungkin dah 6 atau 7 kali. Sebabnya, buat kek ni taklah rumit sangat dan kek ni tak guna bahan-bahan yang complicated. Guna telur pun sebiji je. Kek ni pun agak tahan lamalah. Tapi sebenarnya saya pun tak tau berapa lama boleh bertahan kalau simpan dalam peti sejuk. Sebabnya, biasanya saya biar je pada suhu bilik dan kek ini akan habis dalam masa 3 hari.



Sebenarnya, kalau kek ni dibuat oleh Kak Limah di rumahnya di Kampung Pisang, nama kek ni akan menjadi `Kek Coklat Pisang'. Walau bagaimanapun, disebabkan resepi kek ni dihasilkan oleh Rima Singapore, maka nama kek ni jadi Western iaitu `Chocolate Bottom Banana Square'.  

Sekiranya kalau kek ni dibuat oleh Makcik Ivanova di Moscow, maka kek ini akan berubah nama menjadi `Шоколад бананов снизу кв'. Harap maklum ;)

Kesimpulannya kek ini adalah sebiji kek pisang yang sangat dimeriahkan dengan rasa coklat dan diriang-riakan dengan rasa kismis dan badam cincang. kalau tak sedap, takkanlah saya buat banyak kalikan.



Ada my colleagues yang nak order, tapi saya tak tanya pun pada dia `berapa yang dia sanggup bayar' kerana awal-awal lagi saya dah cakap, `saya memang tak sanggup nak buat'. Almaklum, saya ni buat kek time hati saya berbunga-bunga je hehehehe....

Oleh yang demikian, mari belajar buat kek ni secara step by step.. kalau saya boleh, anda 10 kali lagi boleh. Saya ni pun amatur juga, baru-baru belajar...

Bahan-bahan

1/2 cawan mentega (113gm)
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan pisang yang dilenyek (lebih kurang 3 biji pisang saiz sederhana)


1 1/2 tepung gandum
1sk baking powder
1sk baking soda
1/2sk garam
1/4 cawan serbuk koko (saya letak 2 sudu makan)

Chocolate chips, kismis dan badam cincang secukupnya untuk ditabur pada permukaan kek


Cara-cara

Putar mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur, esen dan pisang dan putar lagi hingga sebati.






Dalam mangkuk berasingan ayak bersama tepung, baking soda, baking powder dan garam. Masukkan bahan-bahan yang diayak ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit. Putar sehingga adunan sebati.




Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Salah satu bahagian masukkan serbuk koko dan gaul sebati.



Lenserkan loyang dengan sedikit mentega. Saya guna loyang segiempat 9 x 9 inci. Masukkan adunan berselang-seli. Senget-sengetkan sedikit loyang supaya adunan rata di sekitar loyang.





Tabur choc chips, kismis dan badam cincang atas adunan di serata permukaan adunan.



Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.



Wanginya bau rumah. Bau pisang coklat..... Sila potong mengikut saiz kesukaan anda.