Tuesday, March 3, 2015

Kek Mentega Moist (Extra Moist Tips)

Assalamualaikum...

Last week, entah kenapa saya terasa nak makan Butter Cake. Masalahnya, keinginan ini datangnya apabila saya terjaga jam 5.00 pagi. Akibatnya, saya terus ke dapur untuk membuat sebiji Butter Cake. 

Apabila mengeluarkan butter (a.k.a) mentega dari peti sejuk, sebuku butter tersebut dalam kondisi yang amat keras. Nescaya jika diputar menggunakan mixer, akan mengambil masa yang agak lama untuk sebati. Maka, tiba-tiba idea untuk mencairkan butter ini muncul di fikiran. Persoalannya, adakah Kek Mentega Moist ini akan bantat sekiranya saya mencairkan butter terlebih dahulu?

Untuk mengetahui akibat perbuatan ini, saya harus berani mencuba. Maka sebuku mentega 250gm tersebut, saya cairkan di dalam periuk. Hmm.. Jadi ke tak jadi kek ni?

Memang jadi...


Bahan-bahan

A
250gm butter (cairkan)
170gm gula
210gm tepung gandum
1sk baking powder

B
5 biji telur
1/2 sk esen vanila
2sb susu segar - tambah

Ya, saya tambah 2 sudu besar susu segar.

Cara-cara

Boleh tengok link ni untuk foto step by step.  

Masukkan bahan-bahan A dalam mangkuk. Putarkan guna mixer sampai sebati.

Masukkan bahan-bahan B iaitu esen, susu segar dan telur satu persatu. Putar hingga sebati.

Selepas masukkan telur yang terakhir, putarlah dalam 4 minit je, jangan putar lama sangat okey.

Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Saya guna loyang bulat 8 inci yang tinggi.

Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi). 

Apa perbezaan?

Apabila saya mencairkan mentega, adunan menjadi lebih berkrim dan mudah untuk diratakan. 



Apabila saya tambah dua sudu besar susu segar pula, kek menjadi lebih lembap. 



Apa-apa pun, kek ini memang terbaik bagi penggemar kek-kek biasa tapi lazat. Semoga tips extra moist ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

extra lembap


Sekian.

Saturday, February 28, 2015

Mendaftar untuk Program Bayaran Makanan Secara Bulanan

Assalamualaikum..

bekas makanan & bekas minuman yg disediakan


Dengarnya dah banyak sekolah kebangsaan yang memulakan Program Bayaran Makanan Secara Bulanan. a.k.a Program Makanan Sihat/Seimbang. Pendapat saya: Tentulah bagus. 

Yelah, budak-budak kecik terutamanya tahun 1, 2 & 3, bukannya reti sangat nak pilih makanan. Kalau bagi duit belanja sekolah, entah apa-apa yang dibeli di kantin sekolah. Takkanlah pula tiap-tiap hari kerja kita nak mengintai apa yang mereka beli. Atau berleter tentang perlunya mereka membeli makanan seimbang pada waktu rehat. Ish... Kalau pantau pun belum tentu dorang ikut cakap kita. Budak-budak lerr katakan. 

Foto: dari Mymetro

Foto ni pun dari Mymetro


Saya rasa ibu-ibu yang bekerja seperti saya, ramai yang memang tak sempat kalau nak buatkan bekal untuk anak-anak. Yelah, kita ni dah cukup supermak, tak larat dah nak menambah extra super power. 

Justeru, apabila sekolah Hasya mengadakan program ini, pastinya saya akan menjadi penyokong yang setia. Sebab-sebabnya ialah:

1. Makanan seimbang 
-menu yang lengkap dengan makanan berat, buah-buahan dan milo panas.

2. Penjimatan
-lebih jimat dan menguntungkan sebab menu lengkap ni kosnya RM3. Bekas makanan dan minumannya juga besar.

3. Tidak perlu beratur/bersesak-sesak
-Makanan dah tersedia atas meja. Jadi, budak-budak tak perlu nak bersesak, bertolak atau berpeluh ketiak untuk membeli makanan di kantin.

Pas makan untuk bulan Mac


Jadi, hari ni saya ke sekolah Hasya untuk membayar bayaran bulanan program ini. Isnin nanti Hasya akan menikmati makanan seimbangnya di bawah program ini buat kali yang pertama. 

Harap-harap program sebegini akan mendapat sambutan daripada ibu bapa dan berkembang/improvised dengan jayanya. Di US dah lama ada program macam ni. Namanya National School Lunch Program (NSLP). 

Sekian.  

Wednesday, February 18, 2015

Ambal a.k.a Pepahat Goreng Kunyit

Assalamualaikum...
 
Hari tu selepas merajinkan diri mencari stok makanan laut di Telok Panglima Garang, terjumpalah pula dengan Ambal a.k.a Pepahat. Entah kenapa, rasa macam okey je harga ambal ni. Dah le tu si ambal ni nampak besar-besar. Justeru, saya pun terbelilah ambal 1kg ni.
 
 
 
Makanan laut jenis siput dan cengkerang, memang tak sesuai disimpan lama dalam peti sejuk. Maka, ambal ni terus je dimasak pada hari yang sama juga. Kali ni saya masak, Ambal Goreng Kunyit hehehehe..
 
 
 
Bahan-bahan
 
500gm ambal (cuci dan tos)
1/2 bawang besar (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
 
Cara-cara
 
Panaskan 2 sb minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan hirisan sehingga naik bau.
 
 
 
Masukkan ambal, serbuk kunyit dan garam.. Kacau sebati, agak-agak sampai ambal masak. Ambal ni akan keluarkan banyak air, jadi susah nak goreng kering (memang akan berair). Petanda ambal ni masak, bila makin banyak ambal tertanggal dari kulitnya.
 


 
 
Kejap je masaknya. Boleh hidang panas-panas (of course!)
 
 
sepinggan ambal goreng kunyit &
sepinggan ambal goreng berlada hehehe
 
 
Sekian.

Saturday, February 7, 2015

Asam Pedas Ikan Merah.. Untuk dia, dia & dia....

Assalamualaikum.



Sejak-menjak ada Drama `Asam Pedas Untuk Dia', ramai pula kengkawan yang post gambar masak asam pedas. Maka, apabila selalu sangat melihat foto-foto asam pedas yang menggiurkan tersebut, saya pun menjadi craving a.k.a terliur.

Maka, apabila saya mempunyai beberapa jenis ikan yang sesuai untuk dijadikan `asam pedas ikan', semangat makin berkobar-kobar untuk menyinsing lengan. Tapi, nak guna ikan apa ye? 

Ikan pari atau ikan merah? Dua-dua pun sodappp... Maka, akhirnya saya pilih untuk masak ikan merah. Sebabnya, ikan merah tu bahagian ekor, bahagian yang paling saya suka hehehehehe......

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Puan Ramona (kawanku yang pandai masak) sebab beri resepi dan tip nak masak asam pedas yang lazat. Saya tambah sikit bahan untuk menjadikan asam pedas ikan merah ni lebih meriah.

Dan asam pedas hidangan makan malam ni, memang untuk dia, dia dan dia.. Sebab satu rumah suka. Cukup rasa katanya. 

Bahan-bahan

3 keping ikan merah (saiz besar) kalau seekor pun boleh, saiz sederhana.
2sb asam jawa (bancuh dalam setengah mangkuk air)
4 batang bendi (belah 2)
Sebiji tomato (belah empat)
Secekak daun kesom (dalam 12 tangkai gitu, agak-agak)
Garam dan gula (mesti ada rasa masin dan manis. Kalau tak ada rasa manis, tak awesome le)
Air secukupnya

Bahan Kisar

16 tangkai cili kering (gunting, rendam dan buang biji)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit je air untuk kisar. Jangan guna banyak.

Cara-cara

Panaskan minyak (dalam 5sb) dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik minyak. 



Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau sampai naik minyak.



Masukkan ikan, tomato dan bendi. Kacau sekali sekala sehingga ikan dan bendi masak. Kalau nampak agak kering, boleh tambah air. 



Masukkan daun kesum dan boleh tabah air ikut kadar kepekatan yang disukai. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan dah siap le tu.



Asam pedas yang menawan selera. 

ekor ikan merah argghh :D


Sekian.