Saturday, February 7, 2015

Asam Pedas Ikan Merah.. Untuk dia, dia & dia....

Assalamualaikum.



Sejak-menjak ada Drama `Asam Pedas Untuk Dia', ramai pula kengkawan yang post gambar masak asam pedas. Maka, apabila selalu sangat melihat foto-foto asam pedas yang menggiurkan tersebut, saya pun menjadi craving a.k.a terliur.

Maka, apabila saya mempunyai beberapa jenis ikan yang sesuai untuk dijadikan `asam pedas ikan', semangat makin berkobar-kobar untuk menyinsing lengan. Tapi, nak guna ikan apa ye? 

Ikan pari atau ikan merah? Dua-dua pun sodappp... Maka, akhirnya saya pilih untuk masak ikan merah. Sebabnya, ikan merah tu bahagian ekor, bahagian yang paling saya suka hehehehehe......

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Puan Ramona (kawanku yang pandai masak) sebab beri resepi dan tip nak masak asam pedas yang lazat. Saya tambah sikit bahan untuk menjadikan asam pedas ikan merah ni lebih meriah.

Dan asam pedas hidangan makan malam ni, memang untuk dia, dia dan dia.. Sebab satu rumah suka. Cukup rasa katanya. 

Bahan-bahan

3 keping ikan merah (saiz besar) kalau seekor pun boleh, saiz sederhana.
2sb asam jawa (bancuh dalam setengah mangkuk air)
4 batang bendi (belah 2)
Sebiji tomato (belah empat)
Secekak daun kesom (dalam 12 tangkai gitu, agak-agak)
Garam dan gula (mesti ada rasa masin dan manis. Kalau tak ada rasa manis, tak awesome le)
Air secukupnya

Bahan Kisar

16 tangkai cili kering (gunting, rendam dan buang biji)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit je air untuk kisar. Jangan guna banyak.

Cara-cara

Panaskan minyak (dalam 5sb) dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik minyak. 



Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan air asam jawa. Kacau sampai naik minyak.



Masukkan ikan, tomato dan bendi. Kacau sekali sekala sehingga ikan dan bendi masak. Kalau nampak agak kering, boleh tambah air. 



Masukkan daun kesum dan boleh tabah air ikut kadar kepekatan yang disukai. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan dah siap le tu.



Asam pedas yang menawan selera. 

ekor ikan merah argghh :D


Sekian.  

Sunday, January 25, 2015

Petrosains Tour @ Suria KLCC (for Her 8th Birthday)

Tahun ni kami tak beri Hasya hadiah berbentuk objek. Tapi, kami beri Hasya sebuah perjalanan dan pengembaraan yang mengembirakan hati. Kami bawa dua beradik ni ke Petrosains KLCC. 



Tiket masuk ke Petrosains ni memang berbaloi-baloi harganya. RM30 untuk kami berempat. Family package katanya. Mula-mula nak masuk tu kena beratur. Agak lama juga, 20 ke 30 minit. 


muka bosan beratur

Perjalanan dimulakan dengan menaiki kapsul `Perjalanan Sekilas Masa'. Budak-budak akan mula excited. Keletihan beratur hampir setengah jam yang lalu, akan dilupakan. 


kapsul masa


Kapsul yang berjalan lambat ini akan membawa pengunjung merentasi masa. Melihat bumi yang menghijau dan tidak tercemar sebelum ini. 

Hasya siap tanya: Ni Roller Coaster ke? :D


Budak2 dalam kapsul


Kemudiannya, pengunjung akan turun. Penerokaan  dan pengembaraan akan bermula mencari bagaimana Petroleum boleh ditemui awal-awal dulu. Budak-budak boleh cuba macam-macam eksperimen dan permainan di sini.




astronaut cilik


Perjalanan berjalan kaki juga akan membuatkan budak-budak gembira. Dari satu ruang ke satu ruang.

zaman dinasour



Hasya



Malangnya Khayra tak cukup tinggi nak naik helikopter untuk ke Pelantar Minyak. 

Laluan ke pelantar minyak

Khayra hiburkan hati

Tapi boleh juga ke pelantar, cuma jalan kaki, bukan naik helikopter :D




Perjalanan diteruskan dengan menjadi Pemandu F1.

abaikan kaki yang tak sampai tu :D

Tengok tayangan 3D.



Berakhirlah perjalanan. Masa nak balik pun naik kapsul. 



Khyra pulak yang terlebih happy!



Sekian.

Monday, January 19, 2015

Her 8th Birthday... (Cik Hasya Irdina)

Assalamualaikum. 

Hasya Irdina dah 8 tahun hari ni. Kami belikan dua slices kek sahaja & pizza untuk makan malam. 



Tapi sebenarnya kami dah buat early celebration. Oleh kerana hari jadi Hasya jatuh pada hari isnin, jadi kami celebrate sedikit awal iaitu hari Sabtu kelmarin. 

Seperti biasa, kami celebrate dalam keluarga kecil kami je. Atas permintaan Hasya, kami ke Haagen Dazs. Kata Hasya, dia nak sangat makan fondue.


birthday girl dengan fondue


Pada mulanya ingat nak ke Sunway Pyramid. Tapi, teringat pula yang kami tak bawa Hasya dan Khayra jalan-jalan masa cuti sekolah yang lepas. Almaklum, ada baby kecik. Jadi, kami ubah plan. Bawa dorang ke KLCC. Dan untuk memastikan Hasya dan Khayra dapat meriang-riakan diri, kami terpaksa tinggal Rizqy. Tak mengapalah, tunggu Rizqy boleh makan, barulah Mr. Baby tu tak kena tinggal.   



Syok juga makan fondue. Semua orang excited. 



English Breakfast Tea

Choc Brownies


Sebenarnya Haagen Dazs ni ada banyak produk. Ada pilihan-pilihan ice-cream yang lazat dan kek aiskrim yang awesome. 

aiskrim

kek aiskrim

aiskrim yang dah dipek


Selepas ke Haagen Dazs, kami beri Hasya surprise. Bukan surprise berupa barang/item tetapi sesuatu yang menyeronokkan budak-budak. Apakah surprisenya? Jeng..Jeng..Jeng..

Tunggu entry yang berikutnya:)

Sunday, January 18, 2015

Rasa Selamat dengan Ladies Parking :)

Assalamualaikum.



Rasanya semenjak ada Kementerian Wanita, semakin banyak kemudahan-kemudahan khas untuk wanita yang diwujudkan. Sekarang ni di ibu negara, bukan sahaja ada Ladies Coach semasa naik komuter. Malah, untuk pemandu-pemandu kereta wanita, terdapat mall yang sediakan Ladies Parking khas untuk kita (jeng jeng jeng.. penggunaan kata ganti nama `kita' di situ). 

Sebenarnya, saya dah lama nampak kemudahan ini disediakan, namun tak pernah pula saya cuba untuk parking di Ladies Parking ni. Almaklum kalau ke mall, selalunya Mr Hubby yang pandu. 

Akhirnya minggu lepas, buat pertama kalinya saya memasuki parking untuk wanita ini. Kebetulan pergi Mid Valley dengan member. Tapi bukan saya sendiri yang drive, BFF yang drive hehehe...



FYI, kalau anda bersendirian atau bersama kengkawan perempuan, elok sangatlah kalau parking di Ladies Parking ni. Ini kerana, untuk masuk dan keluar dari kawasan Ladies parking, ada palang dan Pak Guard khas yang menjaga kawasan. Kalau jerit, Pak Guard akan dengar. Dan, kereta-kereta yang parking di situ pula, semuanya dipandu oleh pemandu wanita juga. 

ada pak guard kat hujung lorong


palang keluar Ladies Parking


Paling best, kawasan parking juga taklah berada di ceruk ulu tetapi dekat je dengan pintu masuk. Memang menepati ciri-ciri keselamatan sangatlah.

dekat ngan travellator mall

Kalau ada benda nak complain, boleh isi borang.



Saya tak pasti berapa banyak Mall di Malaysia yang dah menyediakan salah satu fasiliti terbaik untuk wanita ini. Setakat yang saya tahu adalah di Megamall Midvalley dan di Suria KLCC. 

Di Mid Valley syarat-syaratnya lebih luas iaitu hanya tak boleh ada lelaki je dalam kereta tu. Maksudnya, dibenarkan bagi pemandu wanita berkumpulan atau bersama kanak-kanak. Tapi di KLCC, pemandu wanita tu perlu pandu seorang sahaja. Car pool tak boleh gamaknya.  

Ini jalan masuk ke Ladies Parking Suria KLCC.
Ada Pak Guard jaga juga.


Harap-harap lepas ni lebih banyak Mall yang akan menyusul dengan Ladies Parking yang membuatkan wanita-wanita tersenyum ini.

Cik Pora yang berasa selamat


Sekian.